Wednesday, November 30, 2011

A great weekend with my kids

Assalammualaikum kak long dan adik..moga sihat-sihat selalu


As mama promised, mama nak share cerita kita pergi taman tasik perdana.Saja bawak kak long main.Nanti kita pergi taman burung pulak ye.Situ sangat luas kawasannya, jadi mama kena bersiap sedia dengan keperluan anak-anak mama seperti susu,pampers,baby wipes,air mineral,stroller dan lain-lain lagi.mesti nak habiskan masa lama dekat situ.Nanti la mama plan betul-betul yer..ataupun tunggu adik dah boleh jalan laju, takde la penat sangat mama..eh tapi kalau adik dah boleh lari2 agaknya lagi penat la mama nak kejar dua-dua kan?hehehehe..sudahnya mama bawak 2 bijik stroller je senang :)

Ok, jom kita tengok gambar-gambar dekat taman ye..


in the car, heading to garden.Tu anak patung kesayangan kak long tu.ke mana-mana je usung.patung ni boleh cakap tau, boleh nangis jugak.






penat main kak long mintak air.cikedia kak long adik dah makan dulu..hehehe


anak mama memang pandai posing amik gambar


my heroes :)


buah hati mama yang naughty



having a great time together...mama tengah fikir nak bawak kak long dengan adik pergi bercuti end of this year...dekat-dekat saja la sementara kamu berdua kecik lagi.maybe Port Dickson tapi mama akan survey hotel yang best dan swimming pool yg cantik utk kak long dengan adik swim..hehehehe

~
~
~
~
~
Lots of love from...
~mama~

Monday, November 28, 2011

No birthday party

Assalamualaikum kak long dan adik..


8 hari je lagi adik ipan genap umur setahun..macam-macam perangai dah adik ni.Pandai jalan dah walaupun masih terhegeh-hegeh.hehehe..

Lepas tu pandai gaduh rebut brg dengan kak long, kalau bagi mandi tak nak keluar toilet menjerit-jerit sambil menggelupur nak lepaskan diri...comel je.

Mulut pun bising suka cakap sorang-sorang.pantang nampak org makan minum sibuk menjerit nak jugak siap panjat-panjat mama dengan papa lagi.Macam-macam la keletah adik yang mencuit hati dan buat mama tersenyum..seronok bila tgk anak-anak mama membesar.kadang-kadang rasa tak nak je adik dgn kakak besar sebab mama rindu saat kamu berdua masih baby, belum umur setahun.mama boleh lambung-lambung, gomol-gomol geram.Sekarang nak lambung kak long mmg mama tak larat la..walaupun kak long mintak lambung jugak macam mama buat dekat adik.Kalau papa kesian papa lambung la kak long.Sampai berpeluh-peluh papa..Kak long gemok..hehehe..

Ok, mama dah pun plan utk celebrate birthday adik, tapi dengan family terdekat je.Mama malas nak jemput ramai-ramai.Tunggu la adik dah pandai sikit baru boleh.Tapi mama dah pun order apam polkadot dengan ladybird dekat kawan mama.kawan mama auntie fizah nak sponsor adik red velvet cake, nanti mama order lagi kek untuk adik.Lepas tu mama plan nak goreng mihun dengan buat tripple je.Lepas tu mama beli la belon gantung dalam rumah,Kita celebrate kita-kita je,Ajak atok,onni,pak usu dan beberapa orang lagi dah la kan..budget pun tak berapa nak ada ni.Papa pergi pasang tinted kereta la pulak...mama pun terlebih shopping bulan ni..hurrmmmmm..takpe2 tu tak penting yang penting mama doakan anak-anak mama sentiasa sihat dan selamat dunia akhirat.aminyarabbalalamin....





Lots of love
~mama~

I-city

Assalammualaikum kak long dan adik


Lama mama tak update blog ni.Banyak pulak terlepas cerita-cerita menarik yang mama nak kongsi.Idea tu ada time je datang.kalau takde idea, mama tak tau nak tulis apa.tengok jela blog tu tanpa perasaan..huhuhu

Kelmarin mama bawak kak long dgn adik pergi i-city.Kak long kan suka tgk lampu.Kalau lalu dekat jusco tu asyik jerit 'lampu tantek lampu tantek!!' je.Ha ni mama bawak pergi tengok lampu cantik yang lagi cantik daripada dekat Jusco tu tau :)

Kita pergi dengan pak usu, onni sekali.Tapi kita masuk 3 orang je sebab adik ipan selsema, so papa jaga dekat luar dengan onni.Walaupun hingus kak long dah meleleh dekat dlm tu sebab sejuk tapi tak nak keluar.siap ckp 'kak long tak nak keluar nak main lagi'..Lepas tu masa nak keluar pintu tu kak long lari tak nak keluar..ehhehehe

Kak long comei sangat bila pakai baju sejuk tu.Sebijik macam anak jepun/korea dengan sepit rambut tu.Siap ada peminat amik gambar kak long.Ada je yang cuit cakap kak long comel.Masa kak long meluncur jatuh tu ada orang tolong dukung kak long lagi.Untung jadi comei ye???:p
Ok la jom kita tengok gambar sikit :)


Budak comel


kak long dengan pak usu


Sibuk tengok orang je


hingus dah meleleh akibat sejuk melampau.nasib baik blk tak demam


kiut je anak mama ni


mula nak memanjat pulak dah








adik,kak long,pak usu and onni


Papa yang handsome.hihihihi :p
~
~
~
~
Nanti mama update aktiviti dekat Taman Tasik Perdana pulak ye sayang.Teruskan membaca..precious moment between you and me (mama)...luv both of u ;)


Salam sayang
~Mama~

Wednesday, November 23, 2011

Adik dah jalan yeay!!

Assalammualaikum kak long dan adik


Adik ipan dah boleh jalan dah!tahniah utk anak bujang mama ni..walaupun tak cekap pun lagi at least adik dah boleh jalan dah.lagi seminggu laju la tu kot..boleh la main kejar-kejar dgn kakak ye.Dah bole jalan siap tendang bola lagi tu, padahal masih terkedek-kedek..heheheh..sabtu ni mama bwk jalan pergi taman burung ye kita tengok bird..dan satu lagi mama nak beli kasut kat adik sebab adik dah boleh jalan.sayang adik mmuahhhh! :)


Salam sayang

Mama

Friday, November 18, 2011

Gambar konvokesyen papa

Assalammualaikum Zara dan adik ipan...:)


Mama nak tunjuk gambar konvokesyen papa dekat Universiti Kebangsaan Malaysia tahun 2007 tak silap mama..Masa ni mama dengan papa bercinta la..hehehe..and 1st time jugak masa ni mama jumpa family papa..Berdebar-debar nak jumpa keluarga papa tau...huhuhuuhu....alhamdulillah berjalan lancar.Pakcik papa cakap muka mama manis...heeeee :p


gambar tak cantik mama snap dari album aje.Dari kiri tok perlis, tok jitra, mama, papa, abah wan dan mak tok






Salam sayang
Mama

Thursday, November 17, 2011

ESQ Training

Assalammualaikum kak long dgn adik


Jom tengok gambar mama masa training ESQ..ESQ ni mcm training untuk pengurusan la.Tapi lebih kepada rohani, dari dalaman jiwa kita.Banyak isu pasal ESQ ni tapi pada pendapat mama yg pernah mengikutinya, kursus ni byk buka mata mama terhadap kekuasaan Allah S.W.T yg menjadikan matahari, langit dan bumi.Dalam training ni jugak la mama menangis berkali-kali tersesak2 mengenangkan dosa-dosa dan kelalaian sebagai hamba Allah..Bagus sangat training ni.Mama pergi free sebab masa ni mama kerja dekat Sinar Harian.Bos mama pemilik Karangkraf hantar semua staff2 di bwh dia utk ikuti training ni.Bukan murah, seorang makan kos 1400++ rasanya..Jom tengok gambar mama dengan kawan2 mama :)

Opsss lupa nak bgtau, mama ni kita dah duduk kl, means mama dgn kak long la..mama sempat keje 3 bulan je lepas tu mama dpt kije gomen.masa ni adk blom ada lg dlm perut ;)






ESQ Training @ Matrade
~
~
~
~
Lots of love
Mama
18 November 2011
3.05pm

Mama naik pesawat TUDM

Assalammualaikum kak long dan adik


Mama nak cerita kenangan mama masa kerja dulu.Mama rasa bertuah sebab bukan semua orang dapat peluang mcm apa yg mama dapat.Itulah untungnya jadi wartawan...:)

Mama kena pergi Labuan dengan Kuching buat laporan pasal TUDM dan sistem-sistem yang digunakannya.Mama pergi sana 3 hari je rasanya..Yang best dan mencabar, mama bukan pergi dengan Malaysia Airlines ye..Mama pergi dengan pesawat TUDM!!

Mama excited sangat.Kami bertolak dari lapangan terbang TUDM kat Sungai Besi (sekarang dah pindah).Masa pergi tu mama naik kapal terbang kecik je tak silap mama namanya C130 untuk penerbangan ke Labuan.Tak best pun kapal ni sebab rasa bergoyang2 dan bising.Tak boleh memuatkan ramai orang pun.Kami duduk bertentangan dan pakai tali pinggang keselamatan.Gambar dalam pesawat ada mama ambil tapi mana entah mama simpan..:(

Sampai Labuan mama buat la kerja mcm biasa melawat pangkalan TUDM Labuan.Hari esoknya kami kena terbang ke Kuching pulak.Kali ni naik pesawat besar yg biasanya digunakan dalam misi menyelamat.Tak silap mama nama pecawat tu CN125 kut..huhu mama ingat CN je sebenarnya :p

Pesawat ni lagi bising sampai tak boleh nak tidur.Cuma seat dia lebih selesa la.Ada ruang kargo untuk letak makanan dan lain2 bantuan.

Jom la kita tengok sikit gambar yg ada dekat mama ni yer..


Dekat Pangkalan Udara Kuching.Sesi bergambar beramai-ramai.


sempat mama amik gambar masa diorang training :)


Dekat pekan Labuan.shopping time


Kat belakang mama tu la CN125 mama naik dari labuan ke kuching dan ke kl.


Ada show sebelum kami bertolak balik.Amik gambar lagi :)

~
~
~
~
Salam sayang dari mama
17 November
Khamis
4.57pm

Sama tak dengan kak long?

Assalammualaikum kak long dan adik...


Mama nak tunjuk gambar mama masa kecik..mama tak pasti berapa umur mama masa ni.mama agak dalam 2 tahun ataupun setahun lebih.Gambar ni dekat rumah atok mama, ayah atok..Bila mama tengok gambar lama ni, baru mama perasan ada jugak rupa mama kak long ni..Sebab semua orang cakap kak long sejati ikut papa, tak ikut mama langsung..hehhehehe..ini buktinya mama pun comel jugak macam kak long..sekarang pun mama comel juge...hihihhihi...:)


Mama tengah pegang duit seringgit atok bagi :)
~
~
~
~
~
~
Lots of love from mama
Khamis
17 November 2011
4.45pm

APPRECIATE UR MUM..SHE'S ONLY ONE


‎3 yrs old: "Mummy, I love you"

10 yrs old: "Mum whatever!"

16 yrs old: "My Mum is so annoying!"
... ......
18 yrs old: "I wanna leave this house."

25 yrs old: "Mum, you were right."...
30 yrs old: "I wanna go back to my Mum's house."

50 yrs old: "I dont wanna lose my Mum."

70yrs old: "I would give up EVERYTHING for my Mum to be here with me..."

U ONLY HAVE 1 MUM! So pls appreciate your Mum ♥

Tuesday, November 15, 2011

Perkahwinan mama dan papa

Assalammualaikum kak long dan adik...


Hari ni mama nak tunjuk dekat kak long dengan adik gambar-gambar kahwin mama dengan papa..Mama dgn papa nikah pada 29 Mac 2008..5 bulan lepas tu baru mama mengandung dekat kak long ;)

Jom kita tengok gambar-gambar ye..ini je yg ada.CD kahwin mama, mana entah mama letak.Yang ada dekat rumah CD masa kenduri belah papa kat perlis je.Yg belah mama, CD tu rasanya tinggal kat umah abah wan..mintak2 la masih ada jgn hilang sudah.Tu je la kenangan yang ada pun..huhuhu..ok let's see our precious moment ;)


Handsome kan papa??Sebab tu mama berkenan tu.hehehe..tak lah..papa baik.sebab tu mama nak kawen dgn papa :)


Dekat belakang rumah photoshoot ni.Macam kat hutan pulak.huhu




cincin nikah ni dah hilang.mama pun tak tau dan tak sedar mcm mana boleh hilang ;(


Tema kahwin mama pink.Sebab mama suka warna pink.papa ikut je ;)


ni lepas akad nikah rasanya


ini kak yan, housemate mama masa tu.mama anggap mcm kakak mama dah.


ni dengan kawan2 opis mama jugak.kawan2 dekat RTM






Mama harap jodoh mama dengan papa kekal hingga ke akhir hayat.aminnn


kurus betul papa masa ni.sekarang???kui3


acara memotong kek..rasa mcm nak bersanding lagi sekali je..hehehehe
~
~
~
~
Semoga kak long dgn adik mendapat jodoh yg baik juga satu hari nanti.Mama sentiasa doakan anak-anak mama.




Salam Sayang dari mama Zara dan Irfan
16 November 2011
8.26 am

Hadiah untuk mama

Assalammualaikum kak long dan adik yg mama sayang..


Mama nak berkongsi satu berita gembira..hari ni mama rasa happy sangat, sebab mama dapat tau mama akan menerima sijil anugerah dekan pada majlis hari sabtu ni dekat hotel Sri Pacific kl..anugerah untuk pelajar kampus UUMKL..alhamdulillah mama tak sangka mama boleh dapat.berbaloi usaha mama selama ni..Ada hikmah di sebalik kelewatan mama menghabiskan study..Mama sedih sebab mama ketinggalan dengan kawan2 mama yg lain..mama lambat konvo.sebab mama pernah tangguh satu semester masa mama mengandung dekat adik sebab mama tak larat.Masa tu papa kerja kat kota bharu.Lps bersalin pun mama tak mampu jugak,mama just amik 3 subjek je.Sebab tu mama lmbt habis.Tapi itulah rezeki dari Allah.mama sedih mama tak konvo lagi,tapi mama gembira mama akan menerima sijil dekan yg mana sebelum ni kampus mama tak pernah raikan dalam majlis mcm ni..kawan2 mama pun hanya ambil sijil tu di pejabat sahaja..untung kan mama?alhamdulillah...anugerah ni diberi kerana pada setiap semester pelajar mendapat purata gred keseluruhan sebanyak 3.65 ataupun salah satu atau lebih semester..mama pun tak pasti yg mana sbb mama tak pernah check..huhuhuh..


Mama bersyukur sangat.seronok tak terkata.mama rasa inilah hadiah paling bernilai untuk mama bagi tahun ini..mama harap kejayaan mama akan menjadi sumber inspirasi anak-anak mama untuk lebih berjaya daripada mama.Insyaallah..di mana ada usaha di situ ada kejayaan.yg penting jgn sesekali putus asa walaupun kita terpaksa gagal sebanyak sepuluh kali!ingat ye sayang....



salam sayan dari mama





Monday, November 14, 2011

1 year, 2 year, 3 year pulak??

Assalammualaikum kak long and adik ipan...


Birthday adik nak dekat dah..thinking to celebrate it..tapi takde plan lagi mcm mana.adik kecik lagi, blom pandai sangat pun psl bday2 ni kan..kalau mama just beli kek je pun takpe ye tak??heheheh..tengoklah mcm mana yer syg..nti mama fikir mcm mana..

Jom kita tengok gambar kek birthday kak long jom..


Birthday cake kak long masa umur setahun..mama beli kek lepas tu kita celebrate kat rumah tok chik aje.mama tak buat bday party pun sebab masa tu kita blk kl kejap je.kita still duduk kota bharu masa tu.


ni kek kak long umur 2 tahun.ni baru mama buat bday party dekat Mc Donalds.kak long pun dah pandai tiup lilin sume ok la kan.buat kenangan..entah bila mama nak ada bajet lg buat kat situ.hehehe..insyaAllah birthday kak long tahun depan kita celebrate dkt rumah baru tu pun kalau dah boleh duduk.kalau tidak, errmmm nti la mama fikir nak buat mcm mana...:)


Mama buat bday party ni saja2 je, untuk kenangan anak-anak mama nanti.Selagi mama mampu, mama akan buat la sampai kak long dgn adik darjah 5 je ye....hehehehehehehehe...syg anak-anak mama muahhhhh!




lots of love

mama

Tuesday, November 8, 2011

~Syurga kita~

Assalammualaikum kakak dan adik...semoga dirahmati selalu oleh Allah S.W.T...


Mama nak cerita tentang rumah baru kita..syurga baru kita yang papa beli..tapi rumah ni belum siap lagi..InsyaAllah jika ada rezeki kita,tengah tahun depan dah boleh pindah kot...:)

Lama papa dengan mama plan nak beli rumah sendiri..Ikutkan mama tak kisah la rumah apa pun, janji kita ada rumah sendiri.mama tak nak menyewa lama-lama.ditambah harga rumah makin mahal dan kadang-kadang rasa tak mampu nak memilikinya..

Kami hanya merancang, tapi tak pernah jangka dapat beli rumah yg selesa untuk kita..Alhamdulillah secara tiba-tiba mama dan papa decide beli rumah terus lepas pergi tengok rumah contoh..Kiranya rumah yg menepati ciri-ciri idaman mama la..

Syukur rezeki kita,dapat beli rumah teres..itu yg papa inginkan.sebab papa ank rumah ada tanah..papa kan dibesarkan di kampung..dah tentu papa tak selesa duduk rumah apartment.nti anak-anak papa takde tempat nak main katanya :)

Lps mama tgk rumah ni, terus mama berkenan..Rumah setingkat aje, tapi agak besar..bilik tidur ada 4.laman depan pun sangat luas..terus mama jatuh hati dan lps berbincang mama dgn papa terus aje booking rumah ni..

Jom mama nak share sikit gambar..belum siap lagi ni.in progress...harap2 cepat la kita dpt pindah.mama dah tak sabar nak renovate cantik2 ni...hehehehe..tak sbr nak hias bilik permainan utk kak long dgn adik.mcm2 plan dah dalam kepala mama ni...hai macam-macam mama ni kan :)

ruang dapur


ruang tamu depan


ruang tamu depan


ruang tamu tengah


ruang berumput di depan bilik tidur utama.mama nak tanam pokok kari kat sini..heheh


porch depan.


ruang belakang utk letak mesin basuh.mama nak renovate tutup atas tu nanti.


master bedroom.nampak kecil dlm gambar ni.luas juga.


bilik air dlm master bedroom.blk air ni luas.



Mama dah ada idea nak renovate..jom mama share idea mama ye..tak tau la menjadi atau tak..mama berangan je...:)


ruang depan rumah kita luas,kat belah tepi ada rumput.mmg muat nak buat mcm ni.jadi mama plan nak buat kolam kecil mcm ni..cantik sgt.mama suka..


bumbung dekat porch tu mama plan nak buat mcm ni.mama suka tiang tu..simple je.

 
tembok pagar pun mama nak letak batu mcm ni..pagar pun insyaAllah buat yg kayu ataupun besi bunga-bunga tu.so ruang depan nmpk sgt natural alami..ada kolam ikan..moden ala-ala kampung..aduhai tak sabarnya mama ni..huhuhu ;)


itulah sedikit cerita psl rumah pertama kita ni..harap2 semoga semuanya berjalan dengan lancar..amin.....




lots of love

mama