Tuesday, November 8, 2011

Susah senang mengandung dan melahirkan adik ditemani kak long

Assalammualaikum kak long dan adik...


Seperti yg mama janji, mama nak cerita pula pengalaman mama masa mengandung dan bersalin dekat adik..Kali ni tak semanis dulu, dan banyak peristiwa sedih berlaku..Masa ni mama dah dapat kerja kat JKR, masa tu kandungan mama baru je 4 minggu.Masa ni juga papa dan mama berpisah.Maksud mama, mama balik kl untuk kerja dan papa tinggal dekat kota bharu, menunggu masa untuk dapat tukar ke kl..mama baru blk kl lbh kurang 4 bulan.sebelum dpt kerja dekat jkr mama dpt kerja kat f&n..tu sebab mama amik keputusan blk kl wlpun hati berat,tapi demi mencari duit lbh mama terpaksa berpisah dgn papa..lps tu mama dpt kerja dekat sinar harian sbg wartawan.tapi tak lama mama dpt kerja kerajaan pulak..rezeki anak mama ni...

Masa tu mama duduk dengna onni.Lepas tu mama pindah duduk rumah sendiri,mama lebih selesa..kami tinggal berdua je..dengan kak long adik..kak long pun kecik lagi sangat masa ni.baru setahun lebih umur kak long.Tapi cukuplah jadi peneman mama, dan kekuatan untuk mama.

Segalanya mama harung sendiri sampai la mama bersalinkan adik..takde siapa teman mama check up, bila mama sakit mama sendiri pergi hospital,begitulah rutin mama.Sedih hati mama hanya Allah yg tahu..Mujur ada kak long, peneman tidur mama, peneman mama bersembang, peneman mama meluahkan perasaan.Walaupun kak long tak phm apa pun masa tu, tapi bila mama menangis mengenangkan nasib mama, kak long yg tenteramkan jiwa mama semula..seolah-olah kak long memahami penderitaan mama..*mama sebak masa taip ni :( mama hanya manusia biasa, kadang mama kuat, kadang mama lemah.

Masa perut mama memboyot, susah payah mama angkat kak long bangun pagi masuk kereta.Begitulah selalunya sebab mama kesian kalau kak long tido nyenyak.Mujur mama tak pernah terjatuh.sebab jauh juga nak jalan dari rumah ke tmpt parking.masa tu pulak kawasan rumah penuh anjing..setiap hari mama keluar, mesti mama rasa takut..kadang2 mama bwk payung,takut kalau2 anjing tu serang kita.huhuhuhu

Masa kandungan mama berusia 7 bulan, mama sakit buasir yg teruk..3 hari mama MC, 2 hari mama tak boleh bgn berjalan...masa ni onni tlg jaga kak long sebab mama sakit sangat..tahan la sakit tu sorang-sorang dekat rumah,tanpa kak long..sedih??mama dah puas menangis.Pernah sekali mama demam teruk, lps amik kak long ptg tu, tiba-tiba badan mama menggigil.mama dah tak thn, mama mintak ttlg onni dtg amik kak long, mama tak lrt nak jaga.2 hari mama tidur siang malam berselimut tebal,mama hanya bangun untuk mandi,makan dan minum sahaja.tak pernah mama demam teruk mcm ni..Sekali lagi, mama keseorangan.hanya air mata yg menemani kesakitan yg mama tanggung..

Kebanyakan masa papa tiada bersama mama, temasuklah mama sakit..mengandung dekat adik, mama selalu sakit, demam.Mama tak salahkan papa seratus peratus, walaupun ada juga salah papa sebab melengah2kan pertukaran.macam mana pun mama anggap semua ni ujian Allah untuk mama..jadikan mama lebih kuat dan tabah mengharungi hidup tanpa bergantung pd org lain..tak semua wanita boleh secekal mama.walaupun ada pandangan sinis pd mama, tapi mereka tak tahu dan tak rasa apa yg mama rasa.

Sampai la masa untuk mama bersalin, malam tu mama dah sakit.tapi mama tunggu pagi sebab mama tak nak susahkan atok, seminggu sebelum tu mama dah masuk hospital 2 hari, tapi mama tak bersalin jugak..Mama dah bgtau papa, mama sakit perut.pagi tu mama tahan lagi, tapi mama rasa tak sedap hati.Mama cepat2 mandikan kak long, kita pergi rumah onni.Hari tu patutnya last day mama keje sblm cuti bersalin,tapi disebabkan mama sakit, mama terus cuti je hari tu.

sampai rumah onni, mama tgk dah ada darah keluar..mama suruh onni bwk mama pergi hospital cepat.dalam kereta tu mmg dah sakit sgt perut mama.tapi mama thn sebab tak nak onni kelam kabut bwk kereta nanti.sampai hospital doktor check dah bukak 4cm, terus doktor pecahkan air ketuban.Masa tu mama bgtau papa, boleh la blk skrg, mama dah nak bersalin (mcm dekat je nk blk sekarang tu kan :))..

Nurse tolak mama ke labour room..takde siapa teman mama.Jadi nurse tanya mana family mama,mana suami mama..mama ckp papa dekat airport, baru nk blk.onni tak boleh naik,siapa nk tgk kak long nti.atok pulak kerja.Jadi mama sorang-sorang la..Sedih memang sedih, mama rasa mcm mama takde keluarga.di saat kesakitan begitu tiada siapa yg berada di sisi mama..Hanya adik di dalam perut mama, sumber kekuatan mama..*mama menangis lagi.

Allah maha mengetahui, mama sakit sejam aje, adik selamat dilahirkan..mama ditemani nurse doktor shj masa bersalin tu.Alhamdulillah,semuanya dah selamat.mama mudah sgt lahirkan adik..betul2 mudah..alhamdulillah..masa ni papa masih kat airport, belum naik flight pun lagi ;(

adik dilahirkan pada 8 disember 2010, jam 1.14 tengah hari...lps mama ditolak masuk wad, onni dgn atok dtg kejap tgk mama dgn adik..atok yg azankan adik, sebab papa takde..Mujur atok dtg,kalau tidak mama nak mintak tlg doktor azankan anak mama :(

Dekat pkl 7 baru papa muncul dekat hospital..marah?takde apa yg mama nak marahkan lagi.semua dah selamat...sedih???hanya mama yg tahu dan rasa walaupun di mulut mama berkata mama tak kisah kalau papa lambat pun..

Kehidupan mama diteruskan mcm biasa, 2 minggu berpantang mak tok jaga, lps mak tok blk, mama pergi umh onni.10 hari sblm hbs pantang mama buat keputusan blk rumah kita, mama pantang sendiri dan jaga anak-anak mama sendiri..onni dtg hantar lauk kat mama hari-hari..mama tak nak susahkan onni,sebab tu mama blk rumah kita.

kehidupan kita bertiga berjalan seperti biasa,mama cuti selama 3 bulan.Bila mama start kerja, pagi-pagi lagi rutin mama mengendong adik dan memimpin tgn kak long ke kereta..pernah jugak dua-dua mama dukung kiri kanan..huhuhuhu....kdg2 mama rasa knp la nsb mama mcm ni kan..tapi kadang2 mama rasa mama hebat, takde siapa boleh jadi kuat dan tabah mcm mama..mama bangga Allah pilih mama untuk menjalani ujian hidup tanpa suami di sisi..jadi mama bersyukur..

Rezeki untuk kita sekeluarga kembali bersatu akhirnya tiba..umur adik lebih kurang 6 bulan kot, papa dapat tukar ke kl akhirnya..selepas 3 tahun lebih papa mencari rezeki di kota bharu..syukur mama tak terhingga,akhirnya doa mama dimakbulkan..alhamdulillah..

sebenarnya mama malas nak cerita psl ni, bila mama tercerita dekat org,automotik mama akan sebak dan menangis wlpun ms tu mama tgh happy cerita pengalaman mama bersalin kat adik..Tak tau la knp, tapi cukup berbekas dalam hati mama, sampai bila pun mama takkan lupa semua kenangan tu.air mata ni secara spontan mengalir walaupun takde niat nak ingat kisah sedih,hanya yg gembira sahaja..jadi cukuplah mama abadikan di dalam blog ini, untuk kak long dgn adik saja..:)

dan sehingga saat entry ini ditulis, kita masih bersama,menjalani kehidupan dengan penuh kasih sayang dan kegembiraan..dan semoga kegembiraan ini akan kekal hingga la mama dan papa mampu tersenyum bangga melihat kejayaan anak-anak mama.insyaAllah...



adik beberapa jam selepas dilahirkan..mama amik gmbr ni sebab papa suruh mms..papa baru smpi KLIA masa ni.tak sbr nk tgk adik papa suruh mama mms..:)


dekat hospital..adik kena jaundis.5 hari berturut2 pergi hospital ambil darah.mujur tak kena masuk wad.
~
~
~
semoga anak-anak mama menjadi anak yg soleh dan membahagiakan kedua orang tuanya..amin....


Lots of love

Mama

No comments:

Post a Comment