Tuesday, November 8, 2011

Sakitnya bersalin kat kak long

Assalammualaikum Zara & Irfan yg mama sayang...


Mama ada janji nak cerita pasal pengalaman mama masa mengandung dan bersalin dekat kak long kan..okey mama dah ready nak cerita ni..panjang tau story ni..baca sampai habis ye...:p

Banyak kenangan manis sepanjang mama mengandung kat kak long, berbeza dengan adik..nanti mama cerita kenapa ye..tunggu entry mama pasal pengalaman mama mengandung dan lahirkan adik pulak.

Anak pertama, dah tentu mama jaga baik-baik.Ditambah pulak masa tu mama dah berhenti kerja sebab ikut papa pindah ke kota bharu.Duduk sana sebulan, mama mengandung kat kak long,masa mama test tu dah 8 minggu rupanya..mama malas nak test sebab takut kecewa, sebelum tu mama hrp sangat mama mengandung tapi dah 4 bulan kahwin takde tanda-tanda lagi pun.Alhamdulillah agaknya mama dah tak penat,stress dengan kerja,suasana kampung kat sana buat mama tenang.tup tup mama dpt kak long..yeay! ;)

Mama rajin minum susu anmum dgn harapan anak mama sihat dan cerdik.kalau mama malas papa buatkan dan paksa mama minum.heheheh..mama check up kat HUSM Kubang Kerian dengan klinik swasta.tiap-tiap bulan mesti scan.papa nak sangat anak perempuan sebab adik beradik papa semua lelaki.mama tak kisah sangat,asalkan anak mama sihat sempurna.alhamdulillah tetiap bulan scan doktor ckp baby girl ;)

Mama tak de alahan, muntah2.cuma mama gastrik agak teruk, mama kena muntah dulu baru mama boleh tido.Tiap2 malam mcm tu sejak kandungan mama masuk 6 bulan, sampailah mama bersalin.Sepanjang masa tu mama bergantung kat ubat je untuk hilangkan rasa sakit.Berat badan mama pun naik mendadak,35kg naik dari berat asal!sebab mama makan je siang malam.sehari sampai 6 kali mama makan nasi.malam2 papa belikan mama burger pulak kalau mama lapar.apa je mama nak makan, mesti papa belikan.Sebab tu mama gemuk.hehehehe..

Dari awal sampai la perut mama 9 bulan, sebulan sekali mama naik bas sorang2 balik kl sebab mama ada kelas.Pernah sekali tu sepanjang perjalanan kota bharu ke kajang, perut mama sakit memulas2 sampai mama tak boleh nak tido, seat pulak sempit.masa tu baru 4 bulan.Sakitnya Allah saja yg tahu, mama nak mintak tolong sesiapa pun tak tau, sebab mama sorang-sorang.Mama menangis menahan kesakitan tu sorang-sorang dalam bas :(

Kira kak long sentiasa ikut mama pergi kelas la,mama study,buat asmt pun kak long teman.sebab tu anak mama ni cerdik kot :)

Lagi 4 hari due date mama, atok papa sakit masuk hospital.Lps mama check up dan doktor kata boleh jalan jauh, gerak la mama dgn papa dari kota bharu ke perlis.masa tu mama berdoa supaya mama tak bersalin dlm kereta.nti siapa nak sambut kat tengah2 hutan grik tu.huhuhu..

Kami selamat sampai wlpun perut mama sakit sikit sebab bergoyang-goyang dalam kereta, tapi alhamdulillah takde apa-apa jadi.Lebih kurang pkl 10 mlm tu, mama lapar so mama mkn nasi dengan papa.Lps tu mama masuk bilik, mama duduk, tiba-tiba pinggang mama sakit yg amat.Mama panggil papa,mintak papa tlg urutkan tengah belakang mama.tiba-tiba mama rasa ada cecair keluar, basah seluar mama..Mama syak air ketuban mama dah pecah, means kak long dah nak keluar...**mama menangis masa taip cerita ni...sedih..:(

Papa pun panggil mak tok, masa tu mama menangis sebab mama takut sangat..mak tok ckp tunggu dulu, kalau darah keluar baru pergi hospital.Mama tukar pakai kain batik,pakai pad sebab takut bocor lagi..Masa tu perut mama dah mula rasa contraction sikit-sikit.Mama masuk toilet tengok darah dah keluar.Terus abah wan bawak mama ke hospital.Sampai je sana mama tukar baju.Masa tu air ketuban mmg turun lagi, basah kain mama.mak tok masuk toilet sekali tlg mama..sebab tu mama sayang mak tok, mak tok memang baik, sampaikan masa mama dah bersalin pun, mama tak pandai nak pakai pad, mak tok masuk sekali tlg pakaikan.wlpun mama malu sgt2 sebab separuh bogel depan mak mertua..hehehehe..tapi mama hargai semua tu bila mama kenang balik jasa baik mak tok.

Ok,mama sambung cerita..doktor cek bukaan dah 4cm,terus mama kena tolak masuk labour room.sebelum masuk, mama mintak maaf byk2 dekat papa,dekat mak tok.mama takut mama tak dapat jumpa diorang lagi.papa cium mama,ckp kat mama jgn takut..papa tunggu luar..sebab hospital kangar tu tak bg papa masuk :(

Lama mama tahan sakit..6 jam setengah mama sakit sorang-sorang.Bila contraction tu dtg, mama genggam katil kuat2, menahan kesakitan.Bila doktor check bukaan cm, mama genggam katil, tahan sakit..sungguh masa tu dalam fikiran mama,cukuplah mama ada kak long sorang..mama tak sanggup lagi nak beranak..sakitnya hanya Allah saja yg tahu..Bila bukaan dan 9cm mama dah tahan sg dan mula meneran,sambil dibantu nurse kat situ..alhamdulillah mama pandai teran,berapa kali je kak long dah keluar.tepat 6.41 pagi, 16 Mei 2009, sabtu mama selamat lahirkan kak long dengan berat 3.1kg...alhamdulillah...

Lps nurse tunjuk kak long dekat mama dan mama tgk seklai imbas je sebab mama terlalu letih..kesakitan mama bukan setakat itu sahaja.Bila doktor mula jahit kesan koyak tu,sekali lagi mama menahan kesakitan yg teramat..lepas selesai semua tu mama lega sgt..kesakitan tu seolah-olah hilang bila mama dapat pegang kak long,cium pipi gebu kak long dan susukan kak long.alhamdulillah...

Lepas mama ditolak untuk ke wad, keluar je dari labour room papa cium mama dan ucapkan terima kasih sebab bertarung nyawa lahirkan kak long...:)

Kak long, mama harap bila kak long dah besar, dah berkeluarga, kak long tak lupa jasa mama..mama tak mintak byk..cukuplah kak long dgr ckp mama, tak melawan mama, belajar pandai-pandai dan jadi org yg berguna, taat kpd mama dan papa, cukuplah.asalkan kak long berjaya dlm hidup dan hormatkan mama dan papa, itu sudah cukup untuk mama..Setiap ibu inginkan yg terbaik untuk anak-anaknya..sebagaimana mama bertarung nyawa melahirkan kak long, mama berharap kak long jadi anak yg terbaik untuk mama..amin....


Kak long baru lahir ni..lepas masuk wad papa terus snap gambar baby comei ni...


kecik2 lagi dah nampak muka papa


kak long berusia seminggu.ni lepas keluar drp wad sebab demam kuning.mama pun berjaga jugak la masa kak long kena thn.lps tu masuk blk sebab demam.mama dah tak berpantang masa tu sebab teman kak long kat hospital.hari2 mama nangis sebab sedih tgk doktor cucuk amik darah :(





p/s : tunggu entry mama lahirkan adik pulak tau ;)


Salam sayang dari mama

No comments:

Post a Comment