Tuesday, December 27, 2011

Jalan-jalan dengan mak tok,abah wan and uncles

Assalammualaikum Zaraa dan Irfan..


Minggu lepas abah wan datang KL.Happy betul kak long ye, ramai pakcik-pakcik dok melayan kerenah kak long..pergi jalan mana-mana pun tak nak naik Alza mama, nak naik Honda Stream dengan pak ngah.mengada-ada sungguh!hehe

Adik pulak hari abah wan semua nak balik, dah petang baru mood okay nak main2 gelak2 sebab 2 hari adik sembelit, perut sakit adik tak aktif, masuk kete tido je pun.lemah je mama tgk.Lepas berak keras yg amat menyeksakan (kesian adik) mak tok tolong tekan2 bagi najis tu keluar, 2 kali baru adik ceria balik.kalau tidak nak meriba je..manja betul.

Jom tengok sikit gambar :)


bergambar sebelum naik bot dekat The Mines.Dari kiri pak uda,pak ngah,pak lang,abah wan,mama,adik,mak tok.Depan dari kiri pak usu dan kak long


singgah makan claypot lepas naik bot


naik bot keliling tasik


adik sibuk nak cabut bola kat pokok krismas tu.


peace!2 kali dah kak long dengan adik naik bot kat sini.cuti new year ni mama nak ajak papa jalan2 kat melaka pulak.nti kita naik bot kat sana pulak ye.


adik with mama


bagi ikan makan

~
~
~
~
nanti mama update cerita dekat i-city pulak ye.


lots of love
mama

Wednesday, December 14, 2011

Pity him :(

Assalammualaikum kak long dan adik


Mama nak cerita pasal adik.kesiannya adik...adik demam.semalam masa mama amik adik dekat rumah onni, onni cakap adik demam, badan panas.ubat demam pulak takde kat umh onni.Takpe la.balik umh kita mama terus bagi adik makan ubat demam.

Sebelum tidur 2 kali mama bg ubat demam.adik merengek je.tak nak mama bangun langsung.nak duduk beriba je.manja betul.

Pagi tadi masa nak pergi keje badan adik panas jugak.papa pun tak sihat sangat, so papa pun cuti jaga adik sama.Mama pergi keje mcm biasa.lepas hbs meeting mama balik kejap nak bawak adik pi klinik.Kereta ada satu je kat rumah.mama bwk pergi opis.kalau tak boleh papa je bawak adik pergi klinik depan rumah tu.

Pergi klinik pakar an-nur tadi, nasib baik tak ramai orang.mama nak puji adik la,tak nangis jumpa doktor sebab sebelum ni adik takut menjerit-jerit bila doktor check.tadi doc tu ckp kat adil 'siapa ajar hisap puting ni?'hehehhe.mama tau doktor tu nak marah mama la sebab bagi adik hisap puting.ada la sebab mama bagi kan.org lain tak tau masalah kita tapi suka komen macam-macam.biasala tu manusia...:)

Doktor nak cabut puting adik,adik hisap kuat2 lepas tu doktor cakap 'pandainya tak bg doktor amik puting'..lepas tu adik senyum..cumel je ;)

Doktor cek mulut semua adik tak nangis.tapi adik tolak2 je tangan doktor tu.so doktor bagi ubat demam,selsema dengan batuk.

Balik rumah pulak lps mama suap adik makan mama nak siap2 masuk ofis balik.Tiba2 mama dgr adik menjerit menangis.mama kuar tgk adik jatuh tertunduk.mama angkat tgk mulut adik dah penuh darah.memang banyak darah menitik2 atas lantai, kena tgn papa,bj adik pun kena darah.bibir adik terkena gigi,pecah sikit kot.tapi mama rileks sikit kali ni sebab dulu kak long pernah jugak jadi mcm ni.masa tu papa duduk kelantan.nasib baik mak ngah syikin ada.mak ngah drive bwk kak long g klinik.

Mama tak sdp ht nk g keje klu bole nj jg adik tapi tak boleh..mama kena masuk opis jugak.nsb baik papa ada.papa ckp jgn risau papa boleh jaga adik.mcm mana la adik nak hisap puting dgn minum susu yer?bengkak bibir atas tu.hopefully adik ok ye bila mama blk petang nanti.

Ya Allah sembuhkanlah anakku..amennn


Salam sayang dari,
mama

Monday, December 12, 2011

Birthday adik

Assalammualaikum kak long dan adik


Jom tengok gambar birthday adik jom...


kak long dengan adik tengah isi gula-gula dalam goodies bag.pandai ker tu?kacau je yang lebih.hehe


kembang kempis tiup belon tapi belon tu tak jugak besar-besar


1st time adik main belon.bukan main excited


tak putus asa tiup belon


mama ke bilik adik ke bilik.mama ke dapur adik ke dapur.sejak boleh jalan mengekor je mana mama pergi adik ni.


angry birds tema kek adik yang pertama.kalau mama amik boboiboy lagi comel kan.


nak cucuk kek


besday boy


adik nangis lepas semua cakap 'haaaa' masa adik penyekkan kek tu dengan tangan.heheh


bday boy merajuk


last last kak long yg over macam besday dia.hehe


makan kek kejap eh mama


hadiah kek dari kawan baik mama.dia bg kat adik.sedap kek ni.thx to auntie fizah yer.kawan mama sejak sek rendah lagi sampai sekarang.harap2 persahabatan ini kekal ke akhir hayat insyaAllah


apam dot dot mama order dekat kawan ofis mama


belon ni papa yang ikat


menu


goodies bag

~
~
~
~
Selamat hari ulang tahun kelahiran yang pertama buat permata hati mama, Irfan Zarif bin Nor Armizi.Moga menjadi anak yg soleh dan beriman ye adik.Amenn..

Salam sayang
mama

Sunday, December 11, 2011

Birthday adik

Assalammualaikum kak long, adik..


Lamanya tak update blog ni.Mama banyak kerja la.Hujung tahun ni nak close account, mama kena kejar siapkan claim orang cepat-cepat.InsyaAllah mama boleh buat sebab selama ni pun mama memang buat bagi habis, tak nak tangguh-tangguh.lagipun mama kalau boleh tak nak buat overtime, nak balik cepat main dengan kak long, dengan adik :)

Hari sabtu tu alhamdulillah birthday adik berjalan dengan lancar walaupun besday boy merajuk dan menangis sebab kena ''haaaaaaa''..tau kenapa?sebab adik penyek kek dengan tangan.hahahahaha..merajuk tak ingat bagi makan kek pun tak nak.comel je anak mama ni.Last2 bday boy bertukar jadi bday gurl.kak long yang over pakai topi, potong kek.heheheh

Esok la mama update gambar ye.Hari ni mama banyak keja..Assalammualaikum :)


Salam sayang dari
Mama

Thursday, December 8, 2011

Selamat hari lahir yang pertama anakku Irfan Zarif

Assalammualaikum kak long dan adik

Hari ni 8hb disember genap setahun umur adik...alhamdulillah adik membesar dengan sihat.Ya Allah, kurniakan lah kesihatan yang baik kepada anakku, jadikannya anak yang soleh dan beriman dan yang akan berbakti kepada kedua ibu bapanya kelak.ameennn

Sabtu ni kita decorate rumah dengan belon ye...heheheh :)


Lots of love
Mama



Monday, December 5, 2011

Papa kursus, kak long dgn adik baik-baik ya!

Assalammualaikum kak long dan adik..

Hari ni kita tinggal bertiga je la..papa takde, dah pergi Port Dickson kursus selama 4 hari.Mama nak tidur rumah onni je tapi mama malas lah nak bawak baju, bawak barang-barang mama yang banyak tu lagi.hurrmm...but at the same time mama macam takut je duduk rumah sorang-sorang..huhuhuhu..

Kak long jangan cakap ada hantu tau..pls la ye...adik pun sama jangan la jadik kes mcm dulu tu, masuk toilet takut nak lari bila pandang syiling.Serammmmm mama.Adik pun janganlah bangun nak susu pulak ye...dah dekat setahun dah umur masih jugak bangun sekali nak susu.Kak long dulu 8 bulan dah tak bangun menyusu, bangun pagi je mama bagi.Senang sikit.Nanti mama takut la nak keluar bilik buat susu adik pukul 3 pagi.huwwaaaaa

Tengok la mcm mana, mama try ajak pak usu teman kalau dia nak.Kalau dia tak nak, mama terpaksa la balik amik barang-barang mama, basuh baju sikit lepas tu baru mama pergi balik rumah onni.Anak-anak mama, pls dengar cakap, jgn nangis2 ye....



Lots of love

Mama

Wednesday, November 30, 2011

A great weekend with my kids

Assalammualaikum kak long dan adik..moga sihat-sihat selalu


As mama promised, mama nak share cerita kita pergi taman tasik perdana.Saja bawak kak long main.Nanti kita pergi taman burung pulak ye.Situ sangat luas kawasannya, jadi mama kena bersiap sedia dengan keperluan anak-anak mama seperti susu,pampers,baby wipes,air mineral,stroller dan lain-lain lagi.mesti nak habiskan masa lama dekat situ.Nanti la mama plan betul-betul yer..ataupun tunggu adik dah boleh jalan laju, takde la penat sangat mama..eh tapi kalau adik dah boleh lari2 agaknya lagi penat la mama nak kejar dua-dua kan?hehehehe..sudahnya mama bawak 2 bijik stroller je senang :)

Ok, jom kita tengok gambar-gambar dekat taman ye..


in the car, heading to garden.Tu anak patung kesayangan kak long tu.ke mana-mana je usung.patung ni boleh cakap tau, boleh nangis jugak.






penat main kak long mintak air.cikedia kak long adik dah makan dulu..hehehe


anak mama memang pandai posing amik gambar


my heroes :)


buah hati mama yang naughty



having a great time together...mama tengah fikir nak bawak kak long dengan adik pergi bercuti end of this year...dekat-dekat saja la sementara kamu berdua kecik lagi.maybe Port Dickson tapi mama akan survey hotel yang best dan swimming pool yg cantik utk kak long dengan adik swim..hehehehe

~
~
~
~
~
Lots of love from...
~mama~

Monday, November 28, 2011

No birthday party

Assalamualaikum kak long dan adik..


8 hari je lagi adik ipan genap umur setahun..macam-macam perangai dah adik ni.Pandai jalan dah walaupun masih terhegeh-hegeh.hehehe..

Lepas tu pandai gaduh rebut brg dengan kak long, kalau bagi mandi tak nak keluar toilet menjerit-jerit sambil menggelupur nak lepaskan diri...comel je.

Mulut pun bising suka cakap sorang-sorang.pantang nampak org makan minum sibuk menjerit nak jugak siap panjat-panjat mama dengan papa lagi.Macam-macam la keletah adik yang mencuit hati dan buat mama tersenyum..seronok bila tgk anak-anak mama membesar.kadang-kadang rasa tak nak je adik dgn kakak besar sebab mama rindu saat kamu berdua masih baby, belum umur setahun.mama boleh lambung-lambung, gomol-gomol geram.Sekarang nak lambung kak long mmg mama tak larat la..walaupun kak long mintak lambung jugak macam mama buat dekat adik.Kalau papa kesian papa lambung la kak long.Sampai berpeluh-peluh papa..Kak long gemok..hehehe..

Ok, mama dah pun plan utk celebrate birthday adik, tapi dengan family terdekat je.Mama malas nak jemput ramai-ramai.Tunggu la adik dah pandai sikit baru boleh.Tapi mama dah pun order apam polkadot dengan ladybird dekat kawan mama.kawan mama auntie fizah nak sponsor adik red velvet cake, nanti mama order lagi kek untuk adik.Lepas tu mama plan nak goreng mihun dengan buat tripple je.Lepas tu mama beli la belon gantung dalam rumah,Kita celebrate kita-kita je,Ajak atok,onni,pak usu dan beberapa orang lagi dah la kan..budget pun tak berapa nak ada ni.Papa pergi pasang tinted kereta la pulak...mama pun terlebih shopping bulan ni..hurrmmmmm..takpe2 tu tak penting yang penting mama doakan anak-anak mama sentiasa sihat dan selamat dunia akhirat.aminyarabbalalamin....





Lots of love
~mama~

I-city

Assalammualaikum kak long dan adik


Lama mama tak update blog ni.Banyak pulak terlepas cerita-cerita menarik yang mama nak kongsi.Idea tu ada time je datang.kalau takde idea, mama tak tau nak tulis apa.tengok jela blog tu tanpa perasaan..huhuhu

Kelmarin mama bawak kak long dgn adik pergi i-city.Kak long kan suka tgk lampu.Kalau lalu dekat jusco tu asyik jerit 'lampu tantek lampu tantek!!' je.Ha ni mama bawak pergi tengok lampu cantik yang lagi cantik daripada dekat Jusco tu tau :)

Kita pergi dengan pak usu, onni sekali.Tapi kita masuk 3 orang je sebab adik ipan selsema, so papa jaga dekat luar dengan onni.Walaupun hingus kak long dah meleleh dekat dlm tu sebab sejuk tapi tak nak keluar.siap ckp 'kak long tak nak keluar nak main lagi'..Lepas tu masa nak keluar pintu tu kak long lari tak nak keluar..ehhehehe

Kak long comei sangat bila pakai baju sejuk tu.Sebijik macam anak jepun/korea dengan sepit rambut tu.Siap ada peminat amik gambar kak long.Ada je yang cuit cakap kak long comel.Masa kak long meluncur jatuh tu ada orang tolong dukung kak long lagi.Untung jadi comei ye???:p
Ok la jom kita tengok gambar sikit :)


Budak comel


kak long dengan pak usu


Sibuk tengok orang je


hingus dah meleleh akibat sejuk melampau.nasib baik blk tak demam


kiut je anak mama ni


mula nak memanjat pulak dah








adik,kak long,pak usu and onni


Papa yang handsome.hihihihi :p
~
~
~
~
Nanti mama update aktiviti dekat Taman Tasik Perdana pulak ye sayang.Teruskan membaca..precious moment between you and me (mama)...luv both of u ;)


Salam sayang
~Mama~

Wednesday, November 23, 2011

Adik dah jalan yeay!!

Assalammualaikum kak long dan adik


Adik ipan dah boleh jalan dah!tahniah utk anak bujang mama ni..walaupun tak cekap pun lagi at least adik dah boleh jalan dah.lagi seminggu laju la tu kot..boleh la main kejar-kejar dgn kakak ye.Dah bole jalan siap tendang bola lagi tu, padahal masih terkedek-kedek..heheheh..sabtu ni mama bwk jalan pergi taman burung ye kita tengok bird..dan satu lagi mama nak beli kasut kat adik sebab adik dah boleh jalan.sayang adik mmuahhhh! :)


Salam sayang

Mama

Friday, November 18, 2011

Gambar konvokesyen papa

Assalammualaikum Zara dan adik ipan...:)


Mama nak tunjuk gambar konvokesyen papa dekat Universiti Kebangsaan Malaysia tahun 2007 tak silap mama..Masa ni mama dengan papa bercinta la..hehehe..and 1st time jugak masa ni mama jumpa family papa..Berdebar-debar nak jumpa keluarga papa tau...huhuhuuhu....alhamdulillah berjalan lancar.Pakcik papa cakap muka mama manis...heeeee :p


gambar tak cantik mama snap dari album aje.Dari kiri tok perlis, tok jitra, mama, papa, abah wan dan mak tok






Salam sayang
Mama

Thursday, November 17, 2011

ESQ Training

Assalammualaikum kak long dgn adik


Jom tengok gambar mama masa training ESQ..ESQ ni mcm training untuk pengurusan la.Tapi lebih kepada rohani, dari dalaman jiwa kita.Banyak isu pasal ESQ ni tapi pada pendapat mama yg pernah mengikutinya, kursus ni byk buka mata mama terhadap kekuasaan Allah S.W.T yg menjadikan matahari, langit dan bumi.Dalam training ni jugak la mama menangis berkali-kali tersesak2 mengenangkan dosa-dosa dan kelalaian sebagai hamba Allah..Bagus sangat training ni.Mama pergi free sebab masa ni mama kerja dekat Sinar Harian.Bos mama pemilik Karangkraf hantar semua staff2 di bwh dia utk ikuti training ni.Bukan murah, seorang makan kos 1400++ rasanya..Jom tengok gambar mama dengan kawan2 mama :)

Opsss lupa nak bgtau, mama ni kita dah duduk kl, means mama dgn kak long la..mama sempat keje 3 bulan je lepas tu mama dpt kije gomen.masa ni adk blom ada lg dlm perut ;)






ESQ Training @ Matrade
~
~
~
~
Lots of love
Mama
18 November 2011
3.05pm

Mama naik pesawat TUDM

Assalammualaikum kak long dan adik


Mama nak cerita kenangan mama masa kerja dulu.Mama rasa bertuah sebab bukan semua orang dapat peluang mcm apa yg mama dapat.Itulah untungnya jadi wartawan...:)

Mama kena pergi Labuan dengan Kuching buat laporan pasal TUDM dan sistem-sistem yang digunakannya.Mama pergi sana 3 hari je rasanya..Yang best dan mencabar, mama bukan pergi dengan Malaysia Airlines ye..Mama pergi dengan pesawat TUDM!!

Mama excited sangat.Kami bertolak dari lapangan terbang TUDM kat Sungai Besi (sekarang dah pindah).Masa pergi tu mama naik kapal terbang kecik je tak silap mama namanya C130 untuk penerbangan ke Labuan.Tak best pun kapal ni sebab rasa bergoyang2 dan bising.Tak boleh memuatkan ramai orang pun.Kami duduk bertentangan dan pakai tali pinggang keselamatan.Gambar dalam pesawat ada mama ambil tapi mana entah mama simpan..:(

Sampai Labuan mama buat la kerja mcm biasa melawat pangkalan TUDM Labuan.Hari esoknya kami kena terbang ke Kuching pulak.Kali ni naik pesawat besar yg biasanya digunakan dalam misi menyelamat.Tak silap mama nama pecawat tu CN125 kut..huhu mama ingat CN je sebenarnya :p

Pesawat ni lagi bising sampai tak boleh nak tidur.Cuma seat dia lebih selesa la.Ada ruang kargo untuk letak makanan dan lain2 bantuan.

Jom la kita tengok sikit gambar yg ada dekat mama ni yer..


Dekat Pangkalan Udara Kuching.Sesi bergambar beramai-ramai.


sempat mama amik gambar masa diorang training :)


Dekat pekan Labuan.shopping time


Kat belakang mama tu la CN125 mama naik dari labuan ke kuching dan ke kl.


Ada show sebelum kami bertolak balik.Amik gambar lagi :)

~
~
~
~
Salam sayang dari mama
17 November
Khamis
4.57pm