Monday, April 30, 2012

Pak long fadhli kahwin

Assalammualaikum kak long dan adik...


Hari sabtu kita pergi wedding sepupu mama, kak long dgn adik kena panggil pak long..pak long ni sebaya mama..Pak long ni Doktor, belajar kat Russia...sekarang bertugas kat hospital Bentong,Pahang..Pak long anak sulung tok ndak, abang atok nombor 2..Tok ndak pun doktor jugak, bertugas di bawah tentera darat..cuma tok ndak dah tak operate2 org lagi dah...sekarang pun tok ndak berpangkat Brigedier Jeneral (kalau tak silap mama) Profesor Datuk Dr. Mohd Zin..tok ndak jugak ketua fakulti perubatan Universiti Pertahanan kalau tak silap mama..tok ndak banyak terlibat sebagai pemantau bila F1 ada kat Malaysia...Bangganya tok bidin (atok mama belah atok) kalau dia hidup lagi..alhamdulillah adik beradik belah atok kebanyakannya berjaya dan kerja yg bagus..adik pak long pun bakal doktor jugak, tahun ni tamat pengajian kat India..kamu panggil pak ngah emi..insyaAllah nak kahwin hujung tahun ni jugak..selain tu doktor dlm keluarga kita sepupu mama anak arwah pak lang dgn isteri kedua, mak lang sham pun bakal doktor gigi, hbs pengajian tahun ni..harap2 keluarga kita boleh teruskan legasi jadi doktor la..mana tau anak-anak mama ke kan..aminn....mama doakan siang malam :)


Pak long fadhli ni kahwin dengan doktor jugak,sama study kat rusia dulu dan kerja pun kat hospital yang sama..majlis berlangsung di Dewan Seroja,Mindef (Kem Kementah) sebab rumah tok ndak kat dalam kem ni..lepas tu pak long dulu pun belajar di bawah biasiswa kementerian pertahanan dan berpangkat kapten.seronok mama jumpa sepupu-supupu mama, sebab kami jarang jumpa.maklumlah masing2 belajar sana sini, jauh-jauh pulak tu..bila sesekali jumpa tgk dah lain muka masing-masing..ramai juga sanak saudara kita berkumpul.saudara dekat dan jauh semua ada..kita kaya family, baik belah mama dan belah papa..alhamdulillah....mama kalau byk masa memang nak bwk anak2 mama jalan rumah saudara supaya kenal di antara satu sama lain..cuma mama ni je yg busy...heheheh...


Wedding ni special jugak sebab ada acara lalu bawah pedang dan ada orang tiup mcm seruling/semboyan (mama tak pasti eheheh)..actually 1st time mama tgk depan mata, selalu tgk kat tv je kan..so semua orang tak lepaskan peluang la nak tgk pak long fadhli dan wife berarak di bawah pedang..hihi...mama tak ingat lgsung nk bwk kamera, so mama guna kamera henpon dgn tab jek..lagipun mama tak de masa nak amik gambar sebab kena paksa dgn tok su bertugas bagi goodies kat tetamu, jaga kat pintu masuk...heheheheh...setengah jam je mama berdiri lps tu mama masuk dlm dewan, sakit kaki sbb mama pakai kasut tinggi berdiri lama-lama...seronok dpt bermesra, bergurau senda dgn saudara-mara..memang happening betul wedding pak long..cuma mama tak stay sampai petang la sebab adik ipan dah buat prangai sebab nk tido..dlm pkl 2.15 tu kita gerak balik..tak sempat la nak bergambar dgn pengantin :) jom kita tgk gambar yg sempat mama snap...


pak long fadhli dan wifenya...



pengantin diarak dengan beberapa anggota tentera yg memegang pedang..kak long jakun tengok.hahaha



ni pun kak long jakun tgk...time ni onni dukung kak long..onni dgn mama pun jakun gak..hahaha



mama bersama emak saudara kamu berdua



ni pun emak saudara dan bapak saudara kak long dgn adik, anak tok su.



si kenit ni siap melayan kartun boboiboy lagi..baru reti senyap....huhuhu

~
~
~
itu aje la sikit mama nak cerita pasal family kita..sebab mama tak byk gambar..nti kalau dpt gambar dari abg shidi (sepupu mama yg jugak photographer hari tu) boleh la mama cerita dan kenalkan setiap seorang ahli keluarga kat kakak dgn adik yer...insyaAllah


lots of love
mama
30 april 2012
4.30pm

No comments:

Post a Comment