Monday, April 23, 2012

Lagi KLCC Park

Assalammualaikum w.b.t kak long Zaraa dan adik Irfan...


Sabtu malam ahad minggu lepas, mama n papa bawak kamu berdua pergi taman..tunaikan janji dah seminggu kak long asyik cakap 'nanti mama bawak kak long pergi taman tau'..ada cerita best, pagi sabtu tu mama nak breakfast roti canai, dah siap2 mandi semua nak keluar tgk2 hujan lebat pulak..sebelum tu mama dah cakap kat kak long nak g makan roti canai..sbb hujan tak jadi keluar..So mama pun masak la cepat-cepat lauk sardin dgn daging goreng kicap jek..mcm biasa kita semua mesti makan sama-sama atas meja..mama letak nasi, tp kak long tak nak makan..muka bad mood je..rupanya merajuk tak nak nasi, nak roti canai jugak..amboi..pandai demand dah ye..so mama pun promise la malam nanti kita g makan roti canai..sampai sudah kak long tak sentuh nasi..merajuk la konon tu..kena marah dgn mama terus menangis lari dok sebelah almari buku sembunyi..hehehehe..lepas maghrib mama tunaikan janji bawak main kat taman, lps main tu kita balik singgah makan roti telur pulak..byk jugak kak long makan, lapar sebab penat main kot..so hari sabtu tu mama dah tunaikan janji bawak kak long main kat taman dan makan roti canai!ni kalau tak dengar cakap mama jugak, tak tau la yer..ok, jom tgk gambar! ;)


kak long ni suka memanjat, dah macam budak lelaki..tinggi tau..kak long panjat sampai la kat hujung nun pastu turun blk panjat lagi..mama tgk aje, kalau kak long jatuh mama nak gelak aje..heheheh
 

adik ipan bergayut..pandai lak tu tak lepas tangan..lepas tu gelak mengekek2 seronok apa entah adik ni..berlari je non stop berpeluh2 basah baju dgn rambut..hahahha


ok,ni cerita lain pulak..pic ni dah lama.mama g basuh kete kat kedai..kak long punya rajin g amik kain tlg macha tu cuci kereta..kikikikiki




ni gambar pagi ahad semalam..dua2 dah pukul 11 tak mandi lagi, sibuk main belon.mama pulak sibuk mengemas rumah.

 

  
mama nak puji kak long..dah pandai tidur sorang kat bawah..tak sibuk nak tido atas katil dgn mama dah..kalau tak jgn harap la.penakut.sehari tu berapa kali mama pesan suh kak long tido bawah, kak long dh besar, tak boleh tido atas katil dgn mama lagi, katil sempit tak muat bla bla bla..then malam tu kak long ok je..lps ni kena tidur bilik sendiri pulak ye..kat atas ni gambar dlm bilik..mama letak comforter tebal atas carpet tu, kak long tido bawah la..sebelum tidur tgk tv dulu sambil minum susu.nanti mama beli tilam yg senang lipat tu bagi tebal lagi ok.

 

sekian, entry ni kiranya cite pasal kak long jelah yg banyak..dah besar anak mama ni, bulan depan dah cukup 3 tahun..moga kak long menjadi anak yg soleh dan berbakti pada kedua ibu dan bapa..amennn...

~
~
~
salam sayang
mama
isnin 23 april 2012

No comments:

Post a Comment