Monday, April 16, 2012

Cerita adik

Assalammualaikum kak long dan adik....


Mama nak cerita pasal adik la..nanti cerita pasal kak long pula..satu-satu ok..mama takde idea nak tulis sekaligus sebab i'm not a good writer..hihihi..mama nak cite pasal adik yg super duper lasak dan nakal...eeiiiiiii geramnya mama dengan adik..sangat2 nakal dan aktif..bila aktif, adik memang cergas dan cerdas!walaupun mama penat mata dan badan tgk keletah adik tapi mama besrsyukur sekurang2nya adik aktif dan sihat!Adik sekarang ialah juara menyepahkan rumah, merosakkan barang mainan dan harta benda di dalam rumah..dan juga boleh dikatakan juara memanjat dan paling hebat ialah juara susah tidur malam!huhuhu..mama tak taula kenapa adik kalau masuk bilik je aktif dan cergas semacam, punya payah nak bagi tidur.nak main je..pernah adik main dgn ganas lepas tu jatuh hempap muka mama, berdarah bibir mama sampai bengkak kena tuam dgn ais!huhu!mama seriau bila adik ajak main sebab adik suka gigit.bila mama jerit lagi galak adik gigit sebab ingat mama ajak main..hahahaha..comelnya adik!adik dah setahun 5 bulan,berlari toksah cakap la..laju kemain, kalau mak tok yg sakit lutut tu mmg tak terkejar la..sebab adik sangat laju!geli hati tgk adik tau!so cute!pastu adik suka gedik2 kaki, mama rasa adik terpengaruh dgn cite happy feet tu..sebijik mcm tu adik buat kalau dengar lagu.lepas tu adik pandai dah gaduh dgn kak long..tapi adik selalu kalah la, apa yg boleh adik buat utk lepaskan rasa marah tak dpt rebut mainan tu ialah menggigit kak long sampai nangis!heheheheh..selalu kan mama biar je korang gaduh, sebab sama-sama nakal..esp bila kak long main game kat tablet, adik suka numpang duduk sebelah tgk jela..jangan harap kak long nk bg adik pegang..cian adik...pastu mulut adik punyalah bising mcm mulut murai.hahahah..tapi apa yg adik cakap tu sepatah apa pun kami tak faham.mulut pot pet pot pet bercakap tapi tak phm apa langsung..adik pandai ckp mama, papa, nak, tiga, onni, ayah (adik pgl atok ayah lak confius mama huhu) dgn ada la beberapa ayat lagi..adik agk lambat ckp la berbanding kak long masa umur ni..yg plg kelakar perkataan adik selalu sebut ialah 'hoyeh hoyeh'!lucu betul la..mama n papa pun suka ajuk adik hoyeh hoyeh!kuikuikui...banyak benda nak cerita sebenarnya tapi mama dah lupa pulak..hehehe..lain kali mama ingat mama story ok..luv both of u so much!hari2 lepas solat mama sentiasa doakan supaya Allah mengurniakan mama anak yg soleh dan beriman, baik budi pekerti dan adab, meyenangkan hati ibu bapa dan tak lupa jugak semoga Allah memelihara kesihatan dan keselamatan anak-anak mama sentiasa..aamin...


gambar terbaru adik..comelnya!adik dah pandai posing amik gambar, siap senyum lagi buat muka comel!sebelum ni kalau nak amik gambar adik cukup la susah sebab tak duduk diam, lepas tu suka dtg nak pegang kamera..hikhik..paling mama suka mata adik yg ke dalam besar dan tenggelam tu, dahi yg luas yg jendul, bulu mata adik yg panjang dan melentik dan paling penting rmbut adik yg keriting tu.adik mmg sgt comel! :)


lps ni mama update cerita terbaru pasal kak long pulak ok!


lots of love
mama
16 April 2012
5.15pm

No comments:

Post a Comment