Tuesday, April 17, 2012

cerita pasal kak long Zaraa

Assalammualaikum kak long dan adik yang disayangi...


mama nak tunaikan janji, nak update cerita pasal kak long pulak...kak long nak masuk 3 tahun dah umurnya...16 Mei depan genaplah 3 tahun usia kak long..insyaAllah tahun depan kak long akan ke sekolah..Cuma mama belum survey lagi pre school yang sesuai..mama akan cari pre school yang menekankan soal agama dan menggunakan bahasa inggeris,so kak long dapat ilmu agama, speaking pun pandai..kalau mama ajar, kak long ada je la alasan..baru ajar 5 minit dah penat la itu la ini la..macam-macam kerenah anak mama ni ha..ok, setakat sekarang ni, kak long sgt lancar bercakap dan tak pelat langsung kecuali pelat sebut huruf S dgn T aje..kak long memang dari umur setahun lebih pun dah agak fasih bercakap..ckp pulak mcm org dah besar.kadang2 mama terkejut, mana la kak long belajar semua tu.agaknya sebab kawan2 kat rumah onni tu semua dah besar, kak long kwn dgn org besar so kak long bercakap pun mcm org dewasa.baru-baru ni kak long nampak kain rentang kat tepi jalan, ada gambar Perdana Menteri.tetibe kak long cakap 'mama!tu Datuk najib!'..wah...mama so impressed!rupanya atok ada ajar kak long, perdana menteri malaysia nama apa?datuk najib jwb kak long...pandai anak mama ni..tak dinafikan kak long cerdik, cpt tangkap apa yg orang ajar, menyanyi tak usah ckp la..lagu melayu, inggeris semua pandai..onni ckp kak long kemain lagi ye nyanyi lagu omputih..onni tanya mana tau lagu tu kak long cakap mama selalu nyanyi..iyelah tu mama selalu nyanyi kak long oi...pandai guna nama mama ye!Selain tu, kak long ni suka buli adik..kalau main game kat tablet tu jgn hrp la kak long bg can adik pegang..kesian adik..kalau kak long geram kak long tolak kepala ipan, kak long gusti dia..lepas tu adik gigit kak long, tau pulak menangis sakit..padan muka..hehehehe..kak long pandai main hp dan segala fungsi la dlm tablet tu lebih dari mama yang buta gadget nih..budak2 sekarang kan, pandai sungguh minat dgn gadget.ipan pun sama..kak long kalau call abah wan dgn mak tok tu mmg selalu la..tgk2 dah bercakap..rupanya ckp dgn atok neneknya nun di perlis tuh..pandai cari contact name sebab papa set gmbr mak tok dgn abah wan..cerdik betul..errmmm apa lagi ye..nakal, degil pun sama jugak..suka menjawab..tapi mama senyum je..sebab orang ckp perangai anak kita tu adalah sebenarnya refleksi diri ibunya semasa kecil..dan mama sabar menghadapinya sebab itulah yang onni rasai sewaktu membesarkan mama..apa pun mama sentiasa bersyukur dan ucapkan alhamdulillah...tuhan tu amat sayangkan mama..Dia beri mama kebahagiaan, dan ketenangan yang amat sukar untuk dimengerti akhir-akhir ini..insyaAllah selagi mama masih bernyawa, selagi tu mama akan menjaga, menyayangi dan mendidik anak-anak mama dengan baik..apa pun mama nak pesan. anak-anak mama jangan sesekali meninggalkan solat, membaca Al-Quran dan melakukan solat sunat lain..Bila hati kita sentiasa dekat dengan Allah, InsyaAllah hidup kita akan diberkati, perubahan yg baik dapat kita lihat dalam diri kita yang orang lain mungkin tak menyedarinya..dengan berzikir setiap hari dapat memelihara hati dan jiwa kita dari perasaan syak wasangka, iri hati, berdendam dan lain2 sifat mazmumah...percayalah bahawa Allah sentiasa memerhatikan kita dan melindungi kita..Cuma kita perlu yakin dan menyerahkan segalanya pada Allah..insyaAllah mama akan pacu keluarga kita menuju ke jalan yang diredhai olehNya..bagi mama apa yg paling penting ialah didikan agama yang mendalam..Sebab itu dari kecil mama biarkan saja kak long dgn adik duduk atas sejadah masa mama tgh solat, adik panjat2 badan mama pun takpe, mama tak kisah..mama tgh mengaji adik kacau pun takpe..mama nak anak2 mama tgk apa yg mama buat dgn harapan ia akan menjadi darah daging kita yg sesekali takkan kita tinggalkan kecuali mati sahaja..alhamdulillah, kak long terang hatinya, mama tak payah suruh, kak long sendiri yg akan cakap 'mama nak semayang' bila tgk mama solat..kak long yg bentangkan sendiri sejadah dan pakai telekung sendiri.mama biarkan saja..mama cuma berdoa ia akan kekal sehingga akhir hayat kak long dan adik...mama nak kita sekeluarga dipertemukan dalam syurga yang indah, insyaAllah...amin...dengan izinNya...apa pun kecintaan kita terhadap manusia hendaklah tidak melebihi kecintaan kita pada Allah yang Esa..mama sedar anak-anak mama hanyalah pinjaman sementara, mama harap dapat lihat anak-anak mama membesar dan punyai kehidupan yang baik suatu hari nanti..apa yg mama dan papa miliki sekarang kami berharap biarlah anak-anak mama lebih dari tu..kalau mama dan papa ada ijazah, anak2 mama mesti lebih lagi..yg penting kita jgn bongkak dgn kelebihan yg kita ada, dan berkongsilah dgn mereka yg memerlukan..amal jariah kita akan dibawa ke dalam kubur esok..ingatlah wahai anak-anak ku, harta dan keindahan dunia hanya bersifat sementara, sementelah kehidupan di akhirat itulah yg kekal abadi malah lebih indah dari kehidupan di dunia ini..dahulukan perkara akhirat wahai anak-anakku sayang..insyaAllah....



kak long Zaraa yang sangat cantik, ratu hati mama..moga menjadi anak yang solehah.amin..



Salam sayang
Mama
18 April
8.15 am

No comments:

Post a Comment