Tuesday, November 15, 2011

Hadiah untuk mama

Assalammualaikum kak long dan adik yg mama sayang..


Mama nak berkongsi satu berita gembira..hari ni mama rasa happy sangat, sebab mama dapat tau mama akan menerima sijil anugerah dekan pada majlis hari sabtu ni dekat hotel Sri Pacific kl..anugerah untuk pelajar kampus UUMKL..alhamdulillah mama tak sangka mama boleh dapat.berbaloi usaha mama selama ni..Ada hikmah di sebalik kelewatan mama menghabiskan study..Mama sedih sebab mama ketinggalan dengan kawan2 mama yg lain..mama lambat konvo.sebab mama pernah tangguh satu semester masa mama mengandung dekat adik sebab mama tak larat.Masa tu papa kerja kat kota bharu.Lps bersalin pun mama tak mampu jugak,mama just amik 3 subjek je.Sebab tu mama lmbt habis.Tapi itulah rezeki dari Allah.mama sedih mama tak konvo lagi,tapi mama gembira mama akan menerima sijil dekan yg mana sebelum ni kampus mama tak pernah raikan dalam majlis mcm ni..kawan2 mama pun hanya ambil sijil tu di pejabat sahaja..untung kan mama?alhamdulillah...anugerah ni diberi kerana pada setiap semester pelajar mendapat purata gred keseluruhan sebanyak 3.65 ataupun salah satu atau lebih semester..mama pun tak pasti yg mana sbb mama tak pernah check..huhuhuh..


Mama bersyukur sangat.seronok tak terkata.mama rasa inilah hadiah paling bernilai untuk mama bagi tahun ini..mama harap kejayaan mama akan menjadi sumber inspirasi anak-anak mama untuk lebih berjaya daripada mama.Insyaallah..di mana ada usaha di situ ada kejayaan.yg penting jgn sesekali putus asa walaupun kita terpaksa gagal sebanyak sepuluh kali!ingat ye sayang....



salam sayan dari mama





No comments:

Post a Comment