Wednesday, November 2, 2011

Siapa mama?siapa papa?

Assalammualaikum kak long dan adik ipan...


Mama nak cerita kat kat kamu berdua, siapa sebenarnya mama dan papa kamu..I mean, karakter kami berdua ye..Mama nak cerita pasal diri mama dulu.

Mama lahir pada 8 mei 1985..mama anak sulung.mama ada sorang je adik,pak usu kamu berdua la.Masa sekolah dulu mama nakal.mama suka panjat-panjat lepas tu pusingkan badan kat palang kantin sekolah.masa tu mama darjah 1.mama garang,suka buli orang..hehehe

Masa sekolah menengah, mama jadi pendiam.mama tak banyak cakap sebab malu.kawan pun mama tak ramai.Masa mama form 4 aje mama ada kawan baik yg sampai sekarang kami semua masih berhubung.masa zaman sekolah mama ni seorang yg merendah diri.mama sentiasa rasa diri mama ni kekurangan berbanding orang lain.masa tu mama rasa mama ni tak cantik, hitam, muka pun banyak jerawat.hehehhe..Mama menuntut ilmu kat Universiti Utara Malaysia, graduan dalam bidang Komunikasi.

Karakter mama terus berubah lepas mama kerja kat RTM la..mama bersyukur sebab kat sana la mama bukan mama yang dulu lagi.Segalanya telah berubah.Mama dah tak rasa rendah diri, self esteem yang tinggi, mama tegas setegas tegas punya orang, berani dan tak takut menghadapi kesusahan dan cabaran.

Kalau nak dibanding dengan papa, mama lagi tegas.Mama jugak lagi garang, tapi bila time papa garang,mama pun takut..hehehe..Mama akui mama agak hot temper, mama cepat marah.Tapi mama cepat sejuk juga..Mama banyak mengalah dalam apa jua benda, tapi bila mama hilang kesabaran sebab selalu diperlekehkan, mama takkan baik lagi dengan orang tu..Mama jugak degil dan keras kepala orangnya..tu kena tanya papa sejauh mana degil mama ni..hehehehe..

Ada orang kata mama sombong..Mummy Anne kamu masa praktikal kat RTM, mula-mula kenal mama dia kata dia menyampah dengan mama.Muka tak pernah nak senyum.Garang semacam.tegur orang pun tak.Balik asmt duduk taip story, buat keje sendiri.Lepas baca news mama masuk newsroom,mengadap pc,bersembang dgn kawan2 rapat je.Tak layan org lain..hehehe.Tapi mummy Anne ckp lepas kenal mama dengan baik, mama bukan sebegitu orangnya.Mama suka buat lawak,mama tak sombong,mama baik.tapi mama sengal mummy anne cakap.heheheh

Ye, orang yg tak kenal mama memang ckp mama sombong, mama eksyen..agaknya air muka mama kot..mama susah nak senyum.kalau orang yg mama tak kenal,mama tak peramah sangat pun.Kalau mama rasa ada aura dengan seseorang tu wlpun 1st tiem jumpa,mama jadi peramah pulak dan boleh baik dengan org tu sampai sekarang.Mama tak banyak cerita psl diri mama dengan sesiapa yg bukan kawan baik mama.

Mama mudah tersentuh orangnya, mama sensitif.tu kena tanya papa la..hehehe..Sikap positif mama, mama rajin berusaha utk majukan diri mama sendiri.mama harap anak-anak mama boleh ikut sikap mama yg positif ye...bukan negatif :)

Itu pasal mama.Sekarang nak cerita pasal papa pulak.Papa lebih cool, rileks orangnya.paling mama sayang tentang papa, papa amat penyabar orangnya, esp bila melayan kerenah mama.Kekurangan mama dan kelebihan papa membuatkan cinta kami berdua utuh dan saling melengkapi.Karakter kami totally different.Tapi perbezaan itulah yg membahagiakan hidup kami, walau ada kalanya tak lepas daripada pergaduhan biasa dalam rumah tangga.Hanya papa seorang yg mengenali diri mama dengan mendalam.Sebab dengan papa la mama byk berkongsi masalah,hati dan perasaan sejak sebelum kami kahwin lagi..Bukan senang dia nak memenangi hati mama ni..sebab mama keras hati..heheheh..Mama bersukur dikurniakan suami seperti papa.Walau papa pun bukanlah sempurna dan byk juga kelemahan, tapi bg mama papa adalah suami terbaik dan tiada galang gantinya..mama takkan jumpa lagi papa kedua selepas ini.

Papa graduan Universiti kebangsaan Malaysia dalam bidang sosial.Sekarang papa berkhidmat di Jabatan Kebajikan Masyarakat.memang sesuai dengan diri papa sendiri.Papa agak workholic..susah nak cuti.komited dengan kerja.mama harap papa cepatlah naik pangkat kan..:)

Itu serba sedikit pasal diri mama dan papa..Kami bukanlah ibu bapa yg sempurna, tapi kami sentiasa berusaha menjadi ibu bapa terbaik untuk kak long dengan adik..InsyaAllah...


gambar masa kita pergi holiday kat PD.mama berdoa supaya cinta dan kasih kami berdua kekal hingga hujung nyawa.amin....

Next entry mama nak cerita pasal pengalaman mama lahirkan kak long pulak ye....;)




Salam sayang dari mama...

No comments:

Post a Comment