Thursday, November 3, 2011

Jom jalan-jalan!

Assalammualaikum kak long n adik...

Ahad ni kita akan menyambut Hari Raya Aidiladha...tapi kita tak balik kampung papa..kita raya kl je..mama takde cuti dah..lagipun 'ongkos' agak kekeringan sebab mama dah banyak melabur untuk make up kereta, pasang skirting, lining dengan tinted!huhuhuh...tu pun atok ada topup kan sikit..nanti mama gaji mama ganti la kat atok balik.Tapi onni kata tak payah...yes!huhu!

Hari ni 1st time mama bawak kereta tu..mama takut nak bawak sebab selama ni mama bwk kelisa mama tu je..Yg ni pulak tinggi dan panjang.nervous je mama.takut pape jadi nti papa marah mama pulak..Nak bwk kelisa tu, tapi mama kena jugak belajar bwk kete besar tu,nanti sampai bila pun mama tak berani.Dalam hidup ni kak long,adik, kita mesti berani mencuba dan tidak takut akan kegagalan.Kalau kita takut,tak berani,sampai bila pun kita takkan maju ke depan..eh mama ni membebel pulak yer??hihiih..

Ok esok cuti sampai la isnin.Mama and papa plan nak bawak anak-anak mama jalan-jalan kat Bukit Tinggi esok.Kita pergi pagi balik petang je la ye..Ahad kita raya umh onni je.Lepas tu kita g umah toksu.kat umh atok pun nti meriah saudara mara semua buat korban.Nanti kita tengok lembu kena sembelih ye..last year kak long tgk dah,adik ipan pulak dlm perut mama lagi masa tu.

Malam ni kita nak g amik pak lang, dia dtg dari UPSI, pak lang nak balik perlis.Esok pagi kita hantar pak lang kat stesen bas lepas tu kita terus gerak pergi Bukit Tinggi.

Isnin pulak mama plan nak ajak papa pergi genting highlands..ala kita jalan-jalan je.tak payahlah masuk main mainan ye.tunggu adik besar sket baru masuk.kesian adik nti tgk je..mama nak tgk strawberry farm kat genting yg baru bukak tu..nak petik strawberi dgn kak long, mcm kita buat kat cameron masa holiday kat sana 5 bulan lepas.harap-harap semua plan kita berjalan lancar..Mama akan buat apa saja yg termampu asalkan anak-anak mama gembira..Sebab tu mama suka bwk jalan-jalan, mama rasa hubungan kita sekeluarga lebih erat ;)

Moga kebahagiaan ini terus kekal.Amin....



Salam sayang

mama

No comments:

Post a Comment