Thursday, November 17, 2011

Mama naik pesawat TUDM

Assalammualaikum kak long dan adik


Mama nak cerita kenangan mama masa kerja dulu.Mama rasa bertuah sebab bukan semua orang dapat peluang mcm apa yg mama dapat.Itulah untungnya jadi wartawan...:)

Mama kena pergi Labuan dengan Kuching buat laporan pasal TUDM dan sistem-sistem yang digunakannya.Mama pergi sana 3 hari je rasanya..Yang best dan mencabar, mama bukan pergi dengan Malaysia Airlines ye..Mama pergi dengan pesawat TUDM!!

Mama excited sangat.Kami bertolak dari lapangan terbang TUDM kat Sungai Besi (sekarang dah pindah).Masa pergi tu mama naik kapal terbang kecik je tak silap mama namanya C130 untuk penerbangan ke Labuan.Tak best pun kapal ni sebab rasa bergoyang2 dan bising.Tak boleh memuatkan ramai orang pun.Kami duduk bertentangan dan pakai tali pinggang keselamatan.Gambar dalam pesawat ada mama ambil tapi mana entah mama simpan..:(

Sampai Labuan mama buat la kerja mcm biasa melawat pangkalan TUDM Labuan.Hari esoknya kami kena terbang ke Kuching pulak.Kali ni naik pesawat besar yg biasanya digunakan dalam misi menyelamat.Tak silap mama nama pecawat tu CN125 kut..huhu mama ingat CN je sebenarnya :p

Pesawat ni lagi bising sampai tak boleh nak tidur.Cuma seat dia lebih selesa la.Ada ruang kargo untuk letak makanan dan lain2 bantuan.

Jom la kita tengok sikit gambar yg ada dekat mama ni yer..


Dekat Pangkalan Udara Kuching.Sesi bergambar beramai-ramai.


sempat mama amik gambar masa diorang training :)


Dekat pekan Labuan.shopping time


Kat belakang mama tu la CN125 mama naik dari labuan ke kuching dan ke kl.


Ada show sebelum kami bertolak balik.Amik gambar lagi :)

~
~
~
~
Salam sayang dari mama
17 November
Khamis
4.57pm

2 comments:

  1. yang dalam gambar tu bukan CN125... tu C130... ;-)

    ReplyDelete
  2. https://ms.wikipedia.org/wiki/Senarai_pesawat_Tentera_Udara_DiRaja_Malaysia

    ReplyDelete