Thursday, May 24, 2012

Moga ada rezeki mama

Assalamualaikum w.b.t kak long dan adik....


Mama dah isi borang SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam), untuk apply kerja baru, i mean bukan keje baru kot, tapi jawatan baru ;) Sekarang ni, mama keje sebagai pembantu tadbir kewangan je kat jabatan kerja raya..jawatan mama memang tetap, tapi takkan selamanya mama nak jadi kerani kan..mama kena cari duit lebih, nanti kak long dgn adik nak masuk sekolah, dan untuk kehidupan yang lebih baik, untuk buat tabungan for both of you...So sekarang ni mama kena tunggu SPA panggil exam dulu, if lulus baru akan panggil interview..buat masa sekarang belum ada pengambilan lagi..harap2 mama tak tunggu lama la kan...nak juga bantu papa, gaji mama sekarang ni tak ada la banyak mana sangat, walaubagaimanapun cukup la untuk keperluan kita sekeluarga, mama tak boleh membazir sangat, beli apa yg mama nak..nak beli apa, kena kira bajet dulu, kena pertimbangkan cukup tak gaji sampai hujung bulan, yang penting mama pastikan keperluan anak-anak mama diuruskan dulu, sebelum keperluan lain :) Kak long dgn adik doakan mama ye (even masa mama tulis ni kak long baru 3 thn n adik setahun 6 bln) hehehehe..Ya Allah, murahkanlah rezekiku, semoga aku dapat kerja baru.amin...

No comments:

Post a Comment