Monday, May 21, 2012

Melawat Boolat

Assalammualaikum kak long dan adik...


Sabtu minggu lepas, kita pergi melawat anak arwah kawan mama...Nama dia Ahmad Uzair tapi mesra dengan panggilan Boolat...Mama dan abah Boolat meninggal dunia dalam kemalangan yg menyayat hati pada 6 Mei lalu di Lebuhraya Pantai Timur, dan mengorbankan keduanya...Boolat tercampak ke luar dan jatuh di atas jalan raya semasa kejadian,namun kuasa Allah, Boolat hanya mengalami kecederaan yang tidak serius...panjang umur Boolat...sebenarnya kisah kemalangan ni menimbulkan banyak persepsi, sedangkan orang luar tak tahu apa sebenarnya yang terjadi..sebaiknya, kita tidak usah mengungkit kesalahan orang yg telah tiada sebaliknya mendoakan kesejahteraan mereka saja...ajal maut ketentuan tuhan, memandu laju atau tidak itu bukan soalnya...mama kecewa dan sedih ramai manusia yang tidak berhati perut membuat macam2 andaian yang tidak betul seolah-olah mereka kenal sangat dengan arwah..mama dan arwah Nani satu kampus tetapi berlainan kursus, arwah merupakan senior mama dan bila berjumpa kami pasti bertegur sapa..Hubungan kami tidaklah rapat tetapi mama turut sama bersedih di atas apa yang terjadi..namun semua ini ketentuan tuhan, yg hidup pasti akan mati dan kembali kepada Nya...

Boolat kini dipelihara oleh ibu saudaranya sendiri dan juga atoknya...masa mama sampai ke rumah mereka semalam, mama cuba tahan sebak bila melihat Boolat di depan mata,,sedih...seusia 7 bulan Boolat kehilangan ibu dan ayahnya..sayu hati mama tgk wajah boolat, pada masa yang sama mama jatuh kasih pada Boolat yang kelihatan ceria walaupun parut akibat kemalangan di muka dan kepala masih jelas kelihatan..insyaAllah, mama jadikan Boolat sebagai anak angkat mama dan mama akan terus melawat Boolat selagi mama terdaya..apa pun mama gembira dan yakin Boolat pasti baik di dalam jagaan ibu saudaranya setelah pergi ke rumah mereka  sendiri..insyaAllah..




mama dan Boolat..badan dia agak susut walaupun masih boolat..mungkin merindui ibu dan ayahnya ;(
 

Boolat mesra dengan sesiapa sahaja.


 

Mama dan kawan2 UUM..datang melawat dan berikan sedikit sumbangan untuk Boolat..untuk pengetahuan kak long dgn adik, mama tolong kutip sumbangan ikhlas untuk Boolat, dekat ofis mama..setiap tingkat mama turun bawak keratan paper tentang kemalangan dam minta sumbangan ikhlas untuk Boolat..walaupun ada yang mengeluarkan kata-kata negatif, mama tahankan hati dan buat semua ni semata-mata kesiankan Boolat dan tak lain tak bukan untuk mendapat keredhaan Allah..mama takde banyak duit nak tolong, ini je yg mama rasa mama mampu buat..alhamdulillah banyak juga kutipan dan mama serahkan pada atok Boolat..kak long, adik mungkin masih kecil dan tidak mengerti apa-apa, tidak mengerti akan erti kehilangan, tidak mengerti akan kesedihan si yatim piatu..insyaAllah, mama akan bawa kak long dgn adik jumpa Boolat lagi...;)






1 comment:

  1. yana, akak ada baca pasal kemalangan tu, sedih akak kenangkan anak arwah nani.. ajal tak kira masa dan temp.. smg arwah nani dan suaminya berada dikalangan orang yang beriman..

    --- kak shima ---

    ReplyDelete