Thursday, May 17, 2012

Mama sedih :(

Assalammualaikum kak long dan adik...


Hari ni, mama mulakan kutipan derma untuk baby Uzair, anak arwah kawan mama yang meninggal dunia dalam satu kemalangan yang amat menyayat hati di Kuantan, 6 Mei lalu...ayah dan ibu Uzair terkorban, Uzair pula tercampak di atas jalan raya dan mengalami luka kecil ,Alhamdulillah malaikat menyelamatkan nyawanya agaknya dengan izin Allah, Uzair masih hidup!Uzair baru berusia 6 bulan..Untuk pengetahuan kak long dgn adik, arwah ibu uzair adalah teman sekampus mama di UUM..Arwah adalah senior mama tapi kami berlainan kursus..mama masih ingat lagi senyuman manis yang tak pernah lekang dari bibir arwah, dari situ la mama mengenali arwah..Al fatihah untuk arwah Kimi dan Nani...

Kak long,adik...walaupun keluarga mereka tiada kena mengena dgn mama, tapi mama turut simpati dan sampai hari ni tiap kali membaca kisah itu, mama pasti menangis..tak pernah luput dari ingatan mama..jika mama yg berada di tempat mereka, sudah pasti mama juga terkilan kerana meninggalkan anak yg masih kecil dan masih menyusu badan!Atas dasar itu, mama berusaha membantu setakat mana yg mama boleh, sebab hari ahad 20 Mei ni mama akan ke rumah nenek uzair yg kini menjaganya, bersama-sama dgn rombongan lain untuk menghantar sumbangan setakat yg kami mampu..jadi hari ni mama mulakan kutipan derma di pejabat mama..Alhamdulillah mereka sudi menderma, banyak atau sikit bukan soalnya..asalkan kita ikhlas, besar ganjaran pahala bagi mereka yang suka menolong anak yatim piatu seperti Uzair atau nama manjanya Boolat.Tapi bukan semua manusia begitu kan...mama terkilan sangat dengan seorang makcik ni, tidak mahu menderma tak apa,tapi dia sanggup mempertikaikan dan menyalahkan arwah bapa Uzair kerana memandu laju..Subhanallah, mama sedang menahan sabar ketika itu dan pujuk diri mama supaya tidak melenting..mama cuma menjawab sudah ajal dan malaikat maut pun sedang berada di depan mereka, mati itu pasti...Dia terus menerus mengeluarkan kata-kata yg amat menghiris hati mama!!kak long, adik...ingat pesanan mama ni...sekaya mana dan sebijak mana pun kita, jangan lah kita membangga diri dan sombong dengan orang, janganlah kita suka menyakiti hati orang lain dengan kata-kata yg keluar dari mulut kita.makcik tu mungkin bongkak kerana dia belum pernah diuji sebegitu..Namun percayalah Allah maha adil, jika kita berbuat baik maka baiklah balasan yg kita dapat dan sebaliknya..Mama berdoa supaya makcik tu insaf dan menjaga kata-katanya selepas ini..

InsyaAllah, rumah nenek Uzair dekat je dengan rumah kita, selagi mama bernafas, maka selagi itulah mama tak lupa melawat Uzair..Mama bukanlah kaya yg boleh menderma duit banyak-banyak, mama cuba sedaya mama sahaja..moga Uzair menjadi anak yg soleh, insyaAllah..Hari ahad ni mama akan bawak kak long dgn adik sekali tau...nanti mama buat story ok :)

No comments:

Post a Comment