Tuesday, March 27, 2012

Bestnya main buai dalam rumah

Assalammualaikum kak long dan adik...


Malam tadi dua-dua anak mama ni tak lena tidur sebab batuk non stop..kesiannya...hopefully hari ni dah ok, kalau tak mama bawak pergi klinik lain la ye..maybe tak serasi dgn ubat kot..As i said from my previous entry, mama belikan buai kat kak long dgn adik..seronok betul dapat main buai dalam rumah..tapi bergaduh berebut..yg pasti adik kalah la sebab adik kecik...hehehehe



buai dgn khemah,at least anak-anak mama tak bosan sangat kalau tak keluar rumah...ye ke tak bosan??hehehe
 

rileks je adik...pandai naik turun sendiri.buai sendiri pun pandai.kalau susah dia nak gerakkan, dia panggil mama je..hahahaha
 

kak long yg baik tlg buai adik sambil nyanyi lagu 'buai laju-laju'
 

main bola dlm khemah, sampai terbalik khemah tu dikerjakan..tak lama lagi koyak la tu..huhuhu...lasak betul korang yer!

~
~
~
~
tu je cerita untuk hari ni..love u kids!mmuaaahhh!!
Mama
28 Mac 2012

Monday, March 26, 2012

adik 1 tahun 3 bulan

Assalammualaikum Zaraa & Irfan...


Adik dah 1 tahun 3 bulan...apa yang adik pandai??macam-macam adik pandai...gaduh dengan kak long pun pandai..berebut mainan, berebut ipad nak main game la..kalau kalah adik gigit kak long!tu jelah modalnya...heheheh..merajuk no 1, kalau tak dapat benda yg dia nak, pengsan kat lantai.tak pun lari pergi tempat tersorok merajuk la kononnya...you are so sweet lah adik!Semua pandai kan..kecuali satu je..adik lambat bercakap..umur mcm ni kalau kak long dulu dah macam2 dah boleh sebut..adik boleh sebut mama,nak,ni (onni) dgn papa je..berat mulut sikit kot sebab jalan cepat, lasak pun iye tu yg lambat cakap tu..hahahaha..adik paling suka kartun boboiboy..pandai je tgk.tergelak-gelak mengekek pulak tu..kalau dalam kereta atau kat rumah pasang je cerita bobiboy sure la adik duduk diam baik je layan kartun..hari ni adik tak sihat.batuk,selsema demam sikit..berbunyi je memanjang..kejap lagi mama balik hopefully adik dah sihat..kak long pun sama dah berjangkit dengna adik..kalau masih demam lagi petang nanti kita kena pergi klinik ok..malam ni mama nak buat cup cake lagi sebab kak long suka makan..insyaAllah kalau mama tak penat dan adik tak buat perangai yer!Love both of u so much!


puas dapat pegang aiskrim sendiri lepas 'pengsan' kat lantai!hehehe

 

mama nak membaking la malam ni..kak long suka cup cake ni..adik tak makan malam tadi sebab merajuk!hehehe

~
~
~
~
nanti mama update pasal khemah dan buaian pulak ye ;)

 

Friday, March 23, 2012

Buai baru

Assalammualaikum kak long dan adik..


Sekarang ni mama takut nak bagi kamu berdua keluar atau bwk jalan-jalan sangat..sebabnya sekarang byk kes penculikan,kes rogol dan bunuh melibatkan kanak-kanak kecil..Mama rasa manusia sekarang ni semakin kejam,gila dan ada masalah mental!!Doa mama setiap kali lepas solat, supaya Allah pelihara keselamatan kakak dgn adik tak lupa juga semua kanak-kanak dan wanita di luar sana daripada menjadi mangsa kekejaman manusia bertopengkan syaitan!tiap hari mama pesan kat kak long jgn keluar sorang2 kalau onni dgn atuk tak ada dekat luar, nanti ada orang jahat tangkap..kak long tak boleh duduk sorang-sorang.mama tak harap pun kak long faham sebab mama tau kak long masih kecil dan belum mengerti apa-apa..cuma setiap kali mama pesan mama harap sgt kak long boleh faham dan ingat jugak,sebab tu hari2 mama pesan..mama takut..mama takut sangat..kalau boleh mama tak nak kerja, nak jaga anak-anak mama depan mata..tapi apakan daya, mama perlu kerja untuk sara hidup kita sekeluarga dan tolong papa..mama harap satu hari nanti kak long dgn adik akan faham...

Ok lah, kak long selalu ajak pergi taman..sekarang mama dah beli buaian untuk main dalam rumah..tak perlu kita ke taman sangat..nanti kalau dah pindah mama akan beli lagi, untuk kak long dgn adik main depan rumah, dalam pagar berkunci dan dengan pengawasan mama..bukan mama nak kurung tapi mama takut..mama takut sangat..orang jahat ada di mana-mana dan mama tak mempercayai sesiapa pun kecuali atok dan onni sahaja...mama hrp kak long dgn adik happy dengan hadiah mama ni...sayang anak-anak mama!!



mama dah beli,tunggu sampai rumah je ;)


 

mama nak beli ni jugak..cuma design je lain..balik nanti kita pergi jusco ok..mama dah usya dah hari tu dgn papa :)

 

kalau ada rezeki lebih mama beli ni untuk anak-anak mama main ok....:)


lots of love
mama

Sunday, March 11, 2012

Holiday-Tiara beach Resort

Assalammualaikum kak long and adik irfan..

last month kita pergi holiday 3 hari 2 malam kat tiara beach resort, port dickson..mama pilih tempat ni sebab pool dia sangat best,sesuai untuk kanak-kanak main..environment kolam dia cantik..cuma bilik je tak best..tapi takpela sebab niat mama pun nak bagi kak long dgn adik main air je..hehehe...time ni mama tak sihat, selsema teruk so mama takde mood nak jalan2 kat pantai..kita tak pergi pantai langsung pun.adik pun selsema jugak tapi galak main air sampai tak nak balik..hahahha...jom tgk gambar ;)


adik ipan paling syok main kat bawah ni.



adik terlompat2 suka main air..menjerit2 kemain lagi



ni papa lepas adik pastu mama sambut kat bawah..hahahah



kak long yg excited



peace mama!



sesi menepuk nepuk air.siapa tepuk paling kuat??



main air sampai hingus meleleh2 pun tak nak naik atas



kak long n papa



adik n papa



dah berani anak dara ni terjun dalam air dalam


mama nak 'twimming' kata kak long :)



tgk apa tu???



nak keluar lunch



hari nak check out..makan twisties dulu.hehe

~
~
~
next entry mama update psl umh onni banjir ok :p


lots of love

mama



Sunday, March 4, 2012

Jalan-jalan di Alamanda

Assalammualaikum kak long zaraa dan adik irfan..

Lamanya mama tak update blog ni yer...ok, mama nak share cerita kita jalan-jalan kat Alamanda,Putrajaya semalam..saja mama ajak papa g sana nak cari sandal adik, tapi takde size pulak, sebab kaki adik kecik lagi..so kita g lunch kat burger king..adik makan banyak betol, kak long lak makan sikit je sibuk nak main dengan budak yg duduk belakang tu..haishh...lepas makan kita jalan-jalan lagi lps tu balik..papa baru je keluar parking, mak cik papa telefon ajak makan ais krim kat baskins robbins...papa park kete balik, masuk balik..hehehe...jom tgk gambar la ;)


mama,kak long n adik...sekarang ni bawak jalan je kamu berdua kena duduk dalam tu tau..senang sikit mama n papa tak payah kejar kamu berdua..heheheh..adik la suka bunyi.umpan makanan senyap ler ;p
 

papa,adik dgn makcik norze..kak long dgn adik panggil tok chik


bergambar dgn tok chik, mak long sufia dan mak ngah arisya yg tembam.hehehhe
~
~
~
nanti mama update pasal holiday kat tiara beach resort port dickson lak eh...

Lots of love
mama *hug n kisses*