Friday, March 23, 2012

Buai baru

Assalammualaikum kak long dan adik..


Sekarang ni mama takut nak bagi kamu berdua keluar atau bwk jalan-jalan sangat..sebabnya sekarang byk kes penculikan,kes rogol dan bunuh melibatkan kanak-kanak kecil..Mama rasa manusia sekarang ni semakin kejam,gila dan ada masalah mental!!Doa mama setiap kali lepas solat, supaya Allah pelihara keselamatan kakak dgn adik tak lupa juga semua kanak-kanak dan wanita di luar sana daripada menjadi mangsa kekejaman manusia bertopengkan syaitan!tiap hari mama pesan kat kak long jgn keluar sorang2 kalau onni dgn atuk tak ada dekat luar, nanti ada orang jahat tangkap..kak long tak boleh duduk sorang-sorang.mama tak harap pun kak long faham sebab mama tau kak long masih kecil dan belum mengerti apa-apa..cuma setiap kali mama pesan mama harap sgt kak long boleh faham dan ingat jugak,sebab tu hari2 mama pesan..mama takut..mama takut sangat..kalau boleh mama tak nak kerja, nak jaga anak-anak mama depan mata..tapi apakan daya, mama perlu kerja untuk sara hidup kita sekeluarga dan tolong papa..mama harap satu hari nanti kak long dgn adik akan faham...

Ok lah, kak long selalu ajak pergi taman..sekarang mama dah beli buaian untuk main dalam rumah..tak perlu kita ke taman sangat..nanti kalau dah pindah mama akan beli lagi, untuk kak long dgn adik main depan rumah, dalam pagar berkunci dan dengan pengawasan mama..bukan mama nak kurung tapi mama takut..mama takut sangat..orang jahat ada di mana-mana dan mama tak mempercayai sesiapa pun kecuali atok dan onni sahaja...mama hrp kak long dgn adik happy dengan hadiah mama ni...sayang anak-anak mama!!



mama dah beli,tunggu sampai rumah je ;)


 

mama nak beli ni jugak..cuma design je lain..balik nanti kita pergi jusco ok..mama dah usya dah hari tu dgn papa :)

 

kalau ada rezeki lebih mama beli ni untuk anak-anak mama main ok....:)


lots of love
mama

No comments:

Post a Comment