Monday, October 31, 2011

Jam tangan untuk kak long

Assalammualaikum kak long dan adik ipan..

Entry ni utk kak long ye..tapi adik pun bole jugak baca...;)

Tadi mama pergi pasar tani kat ofis mama ni..mama nampak la satu gerai jual brg2 angry birds..mcm2 dia jual..geram je mama tengok.Ttiba-tiba mama teringat semalam masa dalam kereta kak long cakap "mama nak menan"..then mama ckp nti la mama beli.tunggu gaji ye...hehehe

Bukan tak nak beli, mainan kak long punya la banyak.sampai mama ada buang dah tak main.Bila nampak mainan baru nak, yg lama tak main dah.Semalam masa pergi kedai nak beli ikan utk akuarium, kak long mintak mainan yang dijual kat situ jugak.Tapi mama tak nak beli sebab mainan dia tak best.hehe

So tadi terus la mama cari-cari apa nak beli kat kak long ye..sebab kak long mmg suka angry birds.Dalam dompet mama ada rm15 je..mama tak bwk duit banyak hari ni..So mama tengok jam tangan warna merah.comel je.boleh bukak lepas tu bila tekan ada lampu dan bunyi lagu..RM10 je..so mama terus beli!Jam ni menggantikan jam barbie yang kak long dah pecahkan dulu..ish3

Mama nak beli kat adik, adik bukan reti lagi.Confirm kamu berdua berebut nanti..Lepas ni kalau mama nak beli,mesti beli untuk dua2..Kalau tak berebut brg.pening mama tengok.huhuhuh

Balik nanti mama bagi kak long pakai tau...ermmm petang ni kita nak pergi amik sesuatu tau..mama happy sangat-sangat ni.Alhamdulillah...


Lots of love

Mama

Precious moment between u and me

Assalammualaikum kakak dan adik ipan yg comel...


Cuti weekend baru ni, mama dengan kak long buat aktiviti paling best tau..apa dia??Kita buat excercise sama-sama dalam rumah.hehehehhe..Bila mama buat sit up kak long pun buat sama.Bila mama buat aerobik lompat-lompat kak long pun ikut.So sekarang ni mama lagi semangat nak bersenam sebab mama dah ada geng..wlpun kak long baru 2 tahun setengah :)

Nanti bila kak long dah besar, boleh la teman mama pergi joging, pergi gym dan masuk kelas aerobik sama-sama kan..Lepas kita exercise tu mama nak mandi.Mama nak scrub badan mama dengan hampas kelapa lebih mama masak ayam masak lemak cili padi.Dah lama mama tak sental badan dengan hampas kelapa ni.Dulu sebelum kawen rajin jugak mama buat.

So, mama nak ajak kak long mandi sama-sama and make our toilet like a spa!!!heheheheheeh..yang best kan mama dengan kak long sama-sama badan penuh hampas kelapa.Kak long la over, sampai ke rambut!Mama pun suruh kak long sental betis mama dgn hampas kelapa tuh.Walaupun kak long bukannya kuat nak sental kan,ala-ala gosok je..tapi saat tu mama rasa paling bermakna,dapat habiskan masa dengan kak long dengan aktiviti ornag perempuan..kih3..alahai anak mama baru 2 thn setengah je umurnya ;)

Semalam pulak lepas mama mandi dan solat maghrib, tiba-tiba mama terfikir..dan kenapalah mama tak buat sebelum ni...Lepas mama solat mama suruh kak long pulak pakai telekung dan solat lepas mama..Sebelum ni kak long hanya tgk mama solat dan solat sendiri cara kak long la..tapi mama tak pernah buatkan peraturan tiap kali lepas solat 5 waktu, mama kena pastikan kak long ikut sama solat 5 waktu.Jadi mulai semalam mama dah tekad, mama akan suruh kak long solat selepas mama solat.mama nak biasakan kak long hingga nanti kak long sendiri akan rasa serba tak kena kalau belum menunaikan solat..Alhamdulillah..mujur cepat mama sedar.

Ibu-ibu sekalian, jangan kita hanya suruh anak melihat kita bersembahyang dan membaca al-quran, bersedekah..tetapi kita juga perlu mengajar mereka melakukan itu semua dengan tangan mereka sendiri..Seterusnya sentiasa berdoa kepada Allah supaya dikurniakan anak-anak yang soleh dan beriman.InsyaAllah.....



Lots of love

Mama

Wednesday, October 26, 2011

Marah sebab mama sayang

Assalammualaikum kak long dan adik ipan..


Semakin hari semakin tinggi cabaran untuk mama besarkan kamu berdua..Biasa la budak-budak, kadang-kadang degil,tak dengar cakap.Kita kata jangan buat lagi dia buat kan..Macam kak long la...nakal betul.Geram jugak mama..mama dah jadi macam tarzan dah kat rumah tau..kalau tak jadi tarzan alamat kak long tak dengar cakap la..

Kadang-kadang mama babab kak long sebab kak long tak dengar cakap mama.Suka main bedak.lotion tuang sampai habis.Main air la..mcm2 la kalau mama nak cerita..Kalau datang time mama penat tu mmg kak long kene babab la dengan tangan mama ni..

Mama marah sebab mama sayang, mama nak anak-anak mama berdisiplin..Mama tak suka tengok budak2 yg terlalu dimanjakan ibu bapa, buat apa pun tak pernah nak marah sungguh2 sampai jadi melampau.Kadang-kadang mama pulak yg tengok naik menyampah..Orang kata kalau nak bentuk biar dari kecil.Bukan bila dia dah besar baru kita nak marah, nak larang.

Entahlah..setiap ibu bapa masing2 ada cara sendiri untuk besarkan anak masing-masing..Asalkan sesuai dan rasa boleh membentuk peribadi yg baik pada anak-anak cukup..jadi rasanya tak boleh juga nak persolkan cara didikan kan?hehehehehehe

Apa pun mama sentiasa berusaha supaya tidak memarahi kak long, tapi kan..kak long ni macam-macam sangat!tu yg mama tak tahan nak jugak membebel2..nak2 kak long suka buli adik, tolak adik, rebut mainan adik.adik pulak pun sama,tak padan dengan kecik,pandai pulak nak gaduh dengan kakak..heheheh sweet je mama tengok..bahagia hidup mama..mama berharap dan berdoa supaya anak2 mama sentiasa membahagiakan hidup mama, sebagaimana mama membahagiakan hidup kamu berdua ketika ini..Amin....


Salam sayang

Mama

Sunday, October 23, 2011

Weekend bersama gugurl dan ipan boy!

Assalammualaikum kakak dan adik ipan....


huh lama mama amik mood nak update blog ni..al maklumlah ada 2 blog, penat juga nak handle kedua-duanya..Blog ni khas untuk anak-anak mama..Boleh baca bila dah besar nanti,semua kenangan kita bersama mama abadikan dalam blog ni,jadi kakak dan adik boleh faham betapa mama sayangkan kamu berdua..Moga-moga juga kamu berdua jadi anak yg soleh,berjaya di dunia dan akhirat.amin...

Ok, jom kita tengok aktiviti kita sekeluarga di hujung minggu..Mama dengan papa bawak kamu berdua pergi main kat taman..Kak long la..sibuk nak naik buai..Tapi tak dapat naik pun sebab orang ramai sangat..So ini ajelah yang boleh main pun...


Kak long mcm anak patung dalam gambar ni.huhu!


Main jongkat jongkit pulak


Malam tu,kakak dengan ipan layan bola..begini la gayanya kalau layan kartun jugak ye...cumelll!! :)
~
~
~
~
~
Lots of love,
Mama

Friday, October 21, 2011

Mungkin ini lebih selesa

Assalammualaikum kak long dan adik...


Hari ni mama nak story pasal kak long la..jom tengok mama snap gambar kak long tengah layan kartun.hurrmmmm mungkin lepak dalam tudung saji lebih selesa kut sambil tengok kartun..huhuhuhu :)

Anyway,mama nak ucapkan selamat hari kanak-kanak sedunia untuk anak-anak mama dan juga untuk semua kanak-kanak..Semoga semua kanak-kanak sentiasa disayangi dan terhindar drp menjadi mangsa kekejaman manusia..Amin....






Lots of Love,

Mama






Selamat Hari Kanak-Kanak Sedunia!




 ANAK adalah anugerah paling berharga yang diamanahkan oleh Allah SWT kepada ibu bapanya.
Tiada harta yang paling berharga di dunia melainkan seorang anak yang diamanahkan sebagai penyambung keturunan.

Ibarat kain putih yang bersih, ibu bapa diberi tanggungjawab untuk mencorak anak yang dianugerahkan itu untuk menjadi seorang manusia yang beriman dan beramal soleh.

Sehubungan itu, anak-anak perlu dididik dan dipelihara sebaik mungkin bagi menjadikan mereka 'permata' yang paling berkilau.

Permata tersebut bukan sahaja akan menentukan maruah diri dan keluarga tetapi juga kepada negara tercinta.
 
Justeru, kepentingan golongan kanak-kanak ini sering diberi keutamaan dan ia sudah terbukti sejak dahulu apabila pada tahun 1959, sambutan Hari kanak-Kanak Sedunia pertama diisytiharkan.

Bersandarkan kepada catatan sejarah, Hari Kanak-Kanak Sedunia pertama kali diraikan sejak 1959, di mana tarikhnya dipilih dari mana-mana hari Sabtu pada bulan Oktober.

Dari tahun 1960 hingga 1994, Majlis Kebajikan Kanak-Kanak Malaysia bertanggungjawab menganjurkan perayaan ini, sebelum diambil alih pada 1995 oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia di bawah Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat (sekarang ini Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat) secara tahunan pada setiap bulan Oktober.

Pada tahun ini Hari Kanak-Kanak Sedunia Peringkat Kebangsaan akan disambut secara besar-besaran pada 22 Oktober ini di Kuala Lumpur.

Bertemakan Menjana Karisma Kanak-Kanak, sambutan itu dianjurkan bagi pendedahan kepada masyarakat terutama ibu bapa mengenai tanggungjawab terhadap kanak-kanak dan apa sepatutnya atau tidak seharusnya dilakukan dalam mendidik anak-anak.

Sambutan tahun ini bakal disertai hampir 5,000 orang terdiri daripada kanak-kanak Taska permata, institusi kanak-kanak, ibu bapa, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat setempat.

Selain menunjukkan penghormatan masyarakat kepada kanak-kanak sambutan itu bertujuan menyedarkan mereka mengenai tanggungjawab sebenar dalam memelihara hak serta masa depan kanak-kanak.

Dalam perutusan sempena Sambutan Hari kanak-kanak, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, kebajikan untuk kanak-kanak menjana fokus utama di bawah program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (Kar1sma) termasuk membela golongan itu daripada menjadi mangsa penganiayaan dan juga keganasan.

"Kita mahu semua anggota masyarakat terlibat sama demi kebajikan kanak-kanak tanpa dipertanggungjawab sepenuhnya kepada kerajaan,'' ujarnya.



utusanonline

Thursday, October 20, 2011

Kerja mama

Assalammualaikum kakak dengan adik

Hari ni mama nak cerita pasal kerja mama..kerja yg mama sangat sayangi tetapi terpaksa ditinggalkan atas beberapa sebab..Mama dah cerita kan sebelum ni, mama pernah kerja sebagai wartawan di RTM..mama nak tunjuk gambar-gambar mama kat anak-anak mama sikit..Hurmmmm sayangnya masa kerja kat RTM,mama jarang ambil gambar sedangkan bukan senang nak jumpa menteri,artis,dan bukan senang nak suka-suka keluar tv..hehehehe..Masa tu mama tak main pun blog-blog ni,facebook,sume mama tak ada la..so tak de la gambar simpanan sangat kan..ok jom kita tengok ye syg..:)


Masa ni mama baca headlines news kat TV1..sebelah mama ni newsreader RTM


ni pun gambar sebelum mama baca headline news we called Zipper Perdana


ni masa mama mengacara untuk Layar Seni..Berita hiburan.Mama reporter,mama mengacara,mama jugak penerbit maca ni.Semua mama..huhuhuhu


ni pun masa mama mengacara untuk layar seni.recording kat studio.seminggu sekali setiap ahad pukul 1.45 keluarlah muka mama kat tv..seronok masa tu..sebab mama minat bidang penyiaran.


ni kawan2 mama kat news room..nampak mana mama?tu yg tengah2 tu pakai baju warna coklat.kurus mama time ni..hehehehe


ni mama buat cross over life untuk parlimen.Tiap hari keje mama duduk kat parlimen dari pg sampai petang..mama jugak mengacara untuk Parlimen Hari Ini setiap khamis 11 malam..rancangan ni mcm talkshow..mama interview mana-mana ahli parlimen untuk sesuatu isu yg editor mama tentukan atau bergantung pada isu semasa yg berkenaan.very challenging job..tak mcm kerja mama sekarang,duduk opis buat keje yg sama je..huhuh
-
-
-
-
tu sikit cerita pasal kerjaya pertama mama,untuk kakak dan adik tahu..sekarang mama dah tinggalkan bidang penyiaran.2 tahun mama di RTM,6 bulan di Bernama,dan 3 bulan di Sinar Harian.Sekarang mama di Jabatan Kerja Raya.mama dah jadi kakitangan awam...rindu?ye mama mmg sgt rindu nak keluar buat liputan,interview org,kelam kabut balik proses story,editing..tapi tak mungkin mama kembali di depan kaca tv lagi..mama harap mama dapat join balik broadcasting field tapi di belakang tabir jelah..i wish...tapi masa bersama suami dan anak-anak mama lebih penting....




Salam Sayang
Mama

Terima kasih Allah

Assalammualaikum kak long dan adik yg mama sayang...

Semalam kita pergi hsopital, alhamdulillah doktor kata virus kaki tangan dan mulut tu tak serius pun..its just a virus..nanti hilang sendiri..as long as adik dgn kak long tak demam,aktif dan minum susu seperti biasa,theres nothing to worry about...Alhamdulillah..

Yang best semalam,adik dah tak takut doktor...doktor nak check adik rilek je, biar je nurse tu masukkan alat apa ntah mama tak tau kat ibu jari tgn adik..siap senyum kat doktor lagi..doktor cakap pandai nya adik..gigi cantik..hehehe hehehe

Kak long pulak masih mengekalkan juara takut kat doktor..menagis tak ingat!!hai kak long kak long...bila ntah la tak takut kat doktor dah..last week masa jumpa dr amarjit, kak long kena marah dgn doktor..hahahahaha..doktor ckp kalau kak long nangis doktor nak cucuk buntut kak long dgn jarum..hahaahahaha tapi...ada kak long kisah???meraung serupa tu jugak...heheheheehe

Alhamdulillah,terima kasih Allah kerana anak-anakku akan kembali sihat...pasal parut adik nanti mg amik masa nak hilang..takpela janji adik sihat je...sayang adik dgn kakak..:(


Salam sayang..

Mama

Wednesday, October 19, 2011

Zara pulak berjangkit HFMD

Assalammualaikum kak long dan adik yg mama sayangi..

Mama rasa sedih dan risau sangat.Semalam masa mama nak bagi kak long pakai baju lepas papa mandikan,mama tengok kat punggung kak long byk naik rashes,sebijik mcm adik punya..Bila dah malam tu mama tgk dah naik kat kaki,dengan tangan.Mama syak mesti berjangkit daripada adik.Sebab HFMD mmg boleh berjangkit..That's why kanak-kanak yg kena penyakit ni perlu diasingkan dan tidak boleh ke taska,bimbang virus merebak kat orang lain.

Hari ni mama ingat nak amik half day,pukul 1 mama nak blk bwk adik dgn kak long pergi hospital PPUKM..Papa pulak ada meeting audit hari ni,tak bole nak skip kalau pergi pagi.Tengahari bayangkanlah berapa jam nak tunggu..Papa cakap takpe la kita pergi Kajang Plaza Medical Centre je..tapi mama kena call dulu hospital sama ada Dr Azuan ada tak hari ni..sebab mama kalau boleh nak jumpa Dr.Azuan,mama puas hati dengan service dia.puas hati sangat.walaupun untuk consultation tak termasuk ubat saja dah cecah RM60,tapi mama puas hati dengan cara doktor tu..Kak long dengan adik tengok,betapa mama dan papa sayangkan kamu berdua,kami tak kisah keluarkan belanja asalkan kamu berdua sihat..walaupun mama dengan papa bukanlah kerja besar,papa hanya pegawai gred 41 di JKM,baru bekerja tidak sampai 4 tahun pun.Mama pulak hanyalah pembantu tadbir gred 17 di JKR..insyaAllah mama akan tamat pengajian bulan 2 tahun depan dan mama janji akan mencari kerja yg lebih baik,gaji yg lebih tinggi supaya hidup kita sekeluarga lebih selesa..bukan mama tak bersyukur dgn apa yg mama miliki sekarang.mama bersyukur sangat2..mama dah memiliki segalanya yg mama inginkan.cuma tidak salah kita berusaha utk memajukan diri kita lagi sementara masih bernyawa..eh dah melalut pulak mama kan.hehehehe

Ok,kejap lagi mama nak call hospital kalau Dr ada kita pergi ptg nti,kalau Dr Azuan takde mama mintak nak jumpa Dr Afifah la..asalkan pakar kanak-kanak,sebab kulit adik teruk sangat mama tengok..Mama doakan anak-anak mama sentiasa sihat dan dilindungi Allah S.W.T..aminyarabbalalamin...


Salam sayang

Mama

Tuesday, October 18, 2011

Update HFMD

Assalamualaikum kakak dan adik...

Hari ni masuk hari ke 5 adik kena penyakit kaki tangan dan mulut..bintik-bintik merah memang sangat banyak..dekat lutut agak besar,berair dan semalam mama tengok pecah!Mama just sapu krim doktor bagi je..adik pun tak merangkak mcm biasa sebab sakit lutut,area situ naik besar-besar pulak..So cara adik merangkak dah berubah..tak reti mama nak explain mcm mana.But so funny bila adik merangkak tak guna lutut tapi lutut angkat ke atas.Can u imagine???hahahaha...

At the same time mama feel so sad...badan adik macam dah berkudis-kudis..kulit adik dah tak cantik..sure akan tinggal parut yang akan ambil masa untuk hilang...Mama dah search pasal penyakit ni dan puas hati dgn explanation doctor about HFMD..Doctor said there's nothing to worry about becauce usually HFMD is not a serious infection..In a few days around 5 to 10 days, ia akan hilang sendiri.So far,there's no vaccination for HFMD..So dear, nothing to worry about as long as adik tak high fever, active like usual even takde selera makan seperti selalu..I hope he will get well soon..

Actually mama plan to bring adik to HUKM today, to get a check up so that mama puas hati..Papa advised me.."mama pls dont kelam kabut ok, Dr Amarjit said its not a serious thing..like Dr. Azwan said ia akan hilang sendiri..Mama plan juga nak bwk adik jumpa specialist kat Kajang Plaza,Dr Azuan.Tapi biarlah..adik pun ok je mama tengok..Yes mama admit mama mudah kelam kabut kalau anak-anak mama sakit..Kesian mama tgk adik,kalaulah mama boleh transferkan sakit tu pada mama...:(

5 hari kurang makan pun dah nampak badan adik susut sikit even adik menyusu seperti biasa..Dah la adik kecik..huhuhuhuhu..Mama doakan adik cepat sembuh ye..Pasal parut tu bila adik dah sihat mama akan tanya doktor ada ubat ta utk hilangkan parut tu..Yes mam tau adik kecik lg,mesti hlg jugak parut tu kan...:)



Lots of love


Mama Zara dan Irfan

Sunday, October 16, 2011

Ipan kena penyakit kaki,tangan dan mulut

Assalammualaikum Zara dan Irfan yg mama selalu marah sebab nakal,tapi dalam hati mama syg sangat2 :)


Kesian anak mama,ipan kena sakit kaki tgn dan mulut..masuk hari ni dah 3 hari.Banyak bintik2 naik kat kaki,tangan dan dalam mulut.Sampai adik tak nak hisap puting sebab mulut sakit agaknya..Makan pun tak nak..menangis,merengek aje..ciannya anak mama..mama dah bwk jumpa doktor,doktor kata akan hilang dalam tempoh 5 hingga 10 hari,mama pun dah dptkan sikit info psl penyakit ni..taklah merbahaya tapi mama kena pantau kalau adik nampak lesu je esok mama nak bawak adik pergi hospital besar..So far adik masih aktif main cuma merengek tak henti2 je..Sampai hari ni mama ngantuk sebab tak cukup tido dan rehat,layan adik.Dengan papa adik tak nak pulak..mengada2 manja lah tu...heheheheh..Mama doakan ipan cepat sembuh je..Aminnn.....


Lots of love

Mama Zara dan Irfan

Thursday, October 13, 2011

Macam-macam Zara

Assalammualaikum Zara dan Irfan...


Tadaaaaa.....mama nak tunjuk gambar kak long yang macma-macam...kak long ni memang pandai betul bab-bab posing..kalau tengok tu memang ada bakat jadik model terkenal nanti ni...opsss no no no mama nak kak long kerja yang bagus-bagus yer..yang menjamin masa depan,yang boleh dibanggakan...

Sekarang ni lagi la mama pening dengan kak long..Kalau suruh mama ikat rambut dengan getah mesti nak suruh mama amik gambar..Lepas tu posing tak ingat..perasan betul kak long ni tau...hehehehee

Tu belum beli baju baru,kasut baru.Pun nak jugak suruh amik gambar.Kadang2 mama malas nak layan..hihihih..jom tengok gambar kak long yang macma-macam ;)

Lupa nak ckp,kak long pakai singlet adik ipan ni tau.Dah la tibai baju adik,lepas tu pakai terbalik pulak...hahahaha..huurrrmmm layan je la......:)


















Rumah Tok Nyang

Assalammualaikum kak long Zara dan adik Ipan yg sangat cumelll....:p


Mama nak share gambar yang paling mama suka..Ni masa raya tahun 2011,baru-baru ni kat Perlis..Mama suka gambar ni sebab nampak sangat suasana kampung..ni kat rumah tok nyang kamu berdua..atok dan nenek papa..rumah tok nyang depan rumah abah wan dgn mak tok aje...Jom kita tengok jom!







-
-
-
-
-
Lots of love

...Mama...

Holiday-Corus Paradise Resort

Assalammualaikum kak long dan adik....

Alhamdulillah Allah masih berikan mama peluang bernafas di muka bumi ini..Mama akan terus menulis segala kenangan kita sekeluarga di dalam blog ini,selagi mama bernyawa..Mungkin hanya ini kenangan yang dapat mama berikan pada kamu berdua..

Mama nak share cerita kita holiday kat PD jugak lagi...Kali ni kita holiday 3 hari 2 malam kat Hotel Corus Paradise Resort..Yang bestnya kita pergi dengan atok,onni dan pak usu sekali..Jom kita tengok sikit gambar-gambar kat sana...oppsss lupa pulak yg ni kita pergi awal bulan Jun 2011...hujung bulan tu kita g holiday kat Cameron Highlands pulak...mama will tell u the story on next entry ya darling....

kak long dengan pak usu


dengan atok









kak long takut kalau mama lepas..ni mama lepas jugak dlm air.meraung-raung!!hahahaha
                        
-
-
-
-
-

Lots of love...

mama.....
Assalammualaikum Kak long dan adik ipan yg mama sayangi...

Hari ni mama nak cerita pasal aktiviti kita malam tadi..Semalam papa cuti, mama pulak MC, malam tu lepas dinner tetibe papa ajak keluar round2 sebab bosan katanya...Kita pergi mana?Kita pergi round2 kl..Dah lama mama tak round2 mcm tu,sejak kawen la..Dulu masa bujang mama dgn papa memang rajin dating meround kl..hihihihi..

Kira 1st time mama bawak kak long dgn adik lalu kat pavillion,bukit bintang dan lain2 lagi.excited betul anak mama tgk lampu cantik2 esp kat bukit bintang tu.Ipan yg mula-mula mengantuk terus tak jadi tido sambil menghayati lampu2 iklan yang cantik-cantik..

Kita duduk dalam kereta aje,tak keluar mana pun..kita makan ice cream dan fries yg papa drive thru kat Mcd dulu lepas tu baru kita terus ke kl..insyaAllah hjg bulan ni ke mama nak bawak kak long dgn adik pergi I-City..kita ajak atok,onni dengan pak usu sekali naik kereta baru kita..heheheh..

Sebelum atok eksiden,atok dah plan nak ajak kita pergi sana.Tapi itulah,kita hanya merancang,Allah juga yg menentukan...Atok kemalangan pulak sehari sebelum  plan nak pergi i-city tu...terpaksa la kita tunda nak jalan-jalan kat sana.Kak long mama dah pernah bwk,tapi masa tu kak long kecik lagi.Ni mama nak bwk lagi sekali la sebab adik pun dah pandai tgk lampu cantik2 kan..tunggu adik boleh berjalan mama bawak pergi Zoo Negara lagi ye...


Salam sayang...

Mama

Wednesday, October 12, 2011

Genting with Love

Assalammualaikum anak-anak mama Zara dan Ipan(nama manja irfan)...:)


Mama nak share gambar2 kita tapi masa ni adik ipan belum ada lagi dalam perut mama.Balik dari Genting ni mama mengandung kat adik.hehehe..Ni first time mama pergi Genting Highlands dengan papa..papa bawak mama dgn kakak, masa ni kakak baru boleh jalan,umur kakak dalam 9 bulan.Masih terkedek lagi.Papa bawak mama ni sebagai meraikan Anniversary kami yang pertama.Jom kita tengok gambar-gambar kat sana ye..InsyaAllah mama dapat bonus end of this year ni kita pergi lagi sekali,berempat pulak.Tapi adik kena jalan cepat tau,bulan 12 nti adik dah setahun.Kalau dah boleh jalan baru seronok nak jalan.jalan kan?? :)













Lots of love...

Mama