Monday, October 31, 2011

Precious moment between u and me

Assalammualaikum kakak dan adik ipan yg comel...


Cuti weekend baru ni, mama dengan kak long buat aktiviti paling best tau..apa dia??Kita buat excercise sama-sama dalam rumah.hehehehhe..Bila mama buat sit up kak long pun buat sama.Bila mama buat aerobik lompat-lompat kak long pun ikut.So sekarang ni mama lagi semangat nak bersenam sebab mama dah ada geng..wlpun kak long baru 2 tahun setengah :)

Nanti bila kak long dah besar, boleh la teman mama pergi joging, pergi gym dan masuk kelas aerobik sama-sama kan..Lepas kita exercise tu mama nak mandi.Mama nak scrub badan mama dengan hampas kelapa lebih mama masak ayam masak lemak cili padi.Dah lama mama tak sental badan dengan hampas kelapa ni.Dulu sebelum kawen rajin jugak mama buat.

So, mama nak ajak kak long mandi sama-sama and make our toilet like a spa!!!heheheheheeh..yang best kan mama dengan kak long sama-sama badan penuh hampas kelapa.Kak long la over, sampai ke rambut!Mama pun suruh kak long sental betis mama dgn hampas kelapa tuh.Walaupun kak long bukannya kuat nak sental kan,ala-ala gosok je..tapi saat tu mama rasa paling bermakna,dapat habiskan masa dengan kak long dengan aktiviti ornag perempuan..kih3..alahai anak mama baru 2 thn setengah je umurnya ;)

Semalam pulak lepas mama mandi dan solat maghrib, tiba-tiba mama terfikir..dan kenapalah mama tak buat sebelum ni...Lepas mama solat mama suruh kak long pulak pakai telekung dan solat lepas mama..Sebelum ni kak long hanya tgk mama solat dan solat sendiri cara kak long la..tapi mama tak pernah buatkan peraturan tiap kali lepas solat 5 waktu, mama kena pastikan kak long ikut sama solat 5 waktu.Jadi mulai semalam mama dah tekad, mama akan suruh kak long solat selepas mama solat.mama nak biasakan kak long hingga nanti kak long sendiri akan rasa serba tak kena kalau belum menunaikan solat..Alhamdulillah..mujur cepat mama sedar.

Ibu-ibu sekalian, jangan kita hanya suruh anak melihat kita bersembahyang dan membaca al-quran, bersedekah..tetapi kita juga perlu mengajar mereka melakukan itu semua dengan tangan mereka sendiri..Seterusnya sentiasa berdoa kepada Allah supaya dikurniakan anak-anak yang soleh dan beriman.InsyaAllah.....



Lots of love

Mama

No comments:

Post a Comment