Tuesday, June 26, 2012

move to new house

Assalamualaikum kak long dan adik..


Alhamdulillah, tak lama lagi kita nak masuk pindah rumah baru tau...sabtu ni insyaAllah.dah siap dah segala yang patut..anak-anak mama happy je dapat lari-lari dalam rumah (sebab belum masuk barang lagi) lepas tu happy ada play room sendiri dan boleh sepahkan mainan tanpa membuatkan mama naik angin!hehehe

Mama dengan papa belum baca apa yang patut untuk masuk rumah tu,insyaAllah hari sabtu ni langkah kaki ke dalam rumah baru tu, kami nak berdoa dan baca apa yg patut..sebelum ni pun dah ada orang solat dalam rumah tu..mak ngah, pakcik yg pasang lampu dan anak dia dah berkali-kali la solat dalam rumah tu..harapnya dapat menghalau anasir-anasir jahat yg mungkin ada...insyaAllah nanti kita akan serikan rumah dengan solat berjemaah dan bacaan Al-Quran ye...harapnya Allah merahmati kehidupan kita sekeluarga dan mengurniakan mama dan papa anak yg soleh dan beriman iaitu zaraa dan irfan..amin....

Ok,jumaat ni mak tok, abah wan, tok nyang dan beberapa lagi nak datang tolong kita pindah..lega mama..nak harapkan saudara belah mama, takde kot...sebab mama tak rapat sangat dengan adik beradik belah onni kecuali tok chik mila je...mama rapat dgn saudara mara belah atok je.tapi takpe, family papa semua sedia je nak bantu bila-bila masa :)

Mama share gambar je lah ye, malas nak tulis panjang-panjang.hehe

kakak n adik's new play room.slow-slow mama deco nanti ok :p


semalam pasang wallpaper...yg ni kat living room..mama suka sangat sebab cantik dan rumah nampak berseri...;)



yg ni pulak kat dining..kat sini mama nak letak meja makan.kakak dgn adik jangan conteng wallpaper mama ok, nanti mama jentik tangan comel tu!hehehe..

Alhamdulillah, kita akan mulakan hidup baru di rumah baru..doa mama semoga kita sekeluarga sentiasa dimurahkan rezeki, disucikan hati, dan diberi Nur agar kita semakin dekat kepada-Nya...kakak dgn adik ingat, harta benda semua ni hanya sementara..kita hanya perlu mencari mengikut keselesaan yg kita ingini agar dapat membina kehidupan di dunia yg selesa, tetapi akhirat itu lah yg utama..dalam mencari kesempurnaan hidup, kita jgn lupa yg di atas sana..Dia lah yg mengurniakan rezeki,kebahagiaan dan kegembiraan dalam hidup kita selama ini...setiap wang yg kita dapat, kalau kita boleh beli rumah yg besar dan mahal,kereta yg mahal,shopping sana sini, jangan lupa untuk berikan sedikit harta yg kita ada kpd insan-insan yg memerlukan...dgn harapan berkat lah semua rezeki yg kita dapat.insyaAllah....;)



No comments:

Post a Comment