Tuesday, June 26, 2012

move to new house

Assalamualaikum kak long dan adik..


Alhamdulillah, tak lama lagi kita nak masuk pindah rumah baru tau...sabtu ni insyaAllah.dah siap dah segala yang patut..anak-anak mama happy je dapat lari-lari dalam rumah (sebab belum masuk barang lagi) lepas tu happy ada play room sendiri dan boleh sepahkan mainan tanpa membuatkan mama naik angin!hehehe

Mama dengan papa belum baca apa yang patut untuk masuk rumah tu,insyaAllah hari sabtu ni langkah kaki ke dalam rumah baru tu, kami nak berdoa dan baca apa yg patut..sebelum ni pun dah ada orang solat dalam rumah tu..mak ngah, pakcik yg pasang lampu dan anak dia dah berkali-kali la solat dalam rumah tu..harapnya dapat menghalau anasir-anasir jahat yg mungkin ada...insyaAllah nanti kita akan serikan rumah dengan solat berjemaah dan bacaan Al-Quran ye...harapnya Allah merahmati kehidupan kita sekeluarga dan mengurniakan mama dan papa anak yg soleh dan beriman iaitu zaraa dan irfan..amin....

Ok,jumaat ni mak tok, abah wan, tok nyang dan beberapa lagi nak datang tolong kita pindah..lega mama..nak harapkan saudara belah mama, takde kot...sebab mama tak rapat sangat dengan adik beradik belah onni kecuali tok chik mila je...mama rapat dgn saudara mara belah atok je.tapi takpe, family papa semua sedia je nak bantu bila-bila masa :)

Mama share gambar je lah ye, malas nak tulis panjang-panjang.hehe

kakak n adik's new play room.slow-slow mama deco nanti ok :p


semalam pasang wallpaper...yg ni kat living room..mama suka sangat sebab cantik dan rumah nampak berseri...;)



yg ni pulak kat dining..kat sini mama nak letak meja makan.kakak dgn adik jangan conteng wallpaper mama ok, nanti mama jentik tangan comel tu!hehehe..

Alhamdulillah, kita akan mulakan hidup baru di rumah baru..doa mama semoga kita sekeluarga sentiasa dimurahkan rezeki, disucikan hati, dan diberi Nur agar kita semakin dekat kepada-Nya...kakak dgn adik ingat, harta benda semua ni hanya sementara..kita hanya perlu mencari mengikut keselesaan yg kita ingini agar dapat membina kehidupan di dunia yg selesa, tetapi akhirat itu lah yg utama..dalam mencari kesempurnaan hidup, kita jgn lupa yg di atas sana..Dia lah yg mengurniakan rezeki,kebahagiaan dan kegembiraan dalam hidup kita selama ini...setiap wang yg kita dapat, kalau kita boleh beli rumah yg besar dan mahal,kereta yg mahal,shopping sana sini, jangan lupa untuk berikan sedikit harta yg kita ada kpd insan-insan yg memerlukan...dgn harapan berkat lah semua rezeki yg kita dapat.insyaAllah....;)



Sunday, June 24, 2012

Peminat Arab

Assalamualaikum kak long Zaraa n adik irfan...


Semalam kita g dinner kat Popeye's The Mines..ada banyak family arab dinner kat sini jugak..ada satu family ni minat dengan kak long dgn adik..diorang cakap anak2 mama cute, siap mintak izin mama nak amik gambar lagi tuh..hehehe..diorang ada anak lelaki dgn pompuan..diorang salam dgn kak long lepas tu kak long cium tangan diorang..excited gamaknya sampai berkali2 nak salam dgn kak long!hahahahah!agaknya budaya mereka salam tak cium tangan, tapi lebih kepada pelukan dan ciuman pipi..so anak2 Arab ni excited kot bila kak long cium tangan..heheheeh..jom tengok gambar.


kemain suka budak pompuan tu nak salam dgn kak long, sebab dia suka kak long cium tangan dia..hahahaha..

 

ajak kak long main apa entah..kat belakang tuh abang dia.

 

  
bapak budak arab tu amik pic irfan lepas amik pic kak long yg malu2..minat sungguh diorang dgn anak2 mama yg kiut eh?hihihi

 

tengok tu, gaya minum air terbaeekkk

 

mama with boyfie :)

 

lalalalaalala

Monday, June 4, 2012

Dulu susah..sekarang dah mudah..alhamdulillah ;)

Assalamualaikum w.b.t kak long n adik ipan yg kiut miut..


Mama nak imbas kembali kenangan sewaktu dahulu...tetiba mood jiwang mama kembali mengusik..hehehehe..Dulu...masa kak long kecik lagi, setahun lebih, adik irfan pun lahir...dan papa pulak duduk kota bharu..susahnya la hidup mama masa tu..susah sebab mama kena handle anak2 mama seorang diri..papa balik seminggu sekali atau dua minggu sekali..tu pun balik 2 hari je..setahun lebih jugak la macam tu hidup kami..bayangkanlah..mama, uruskan 2 org anak kecil seorang diri, uruskan rumah tangga seorang diri...susah dan perit Allah je yang tau..bila mama luah perasaan, ada yang mengata mama itu ini sebab mereka tak rasa apa yg mama rasa..bila benda tu berbalik pada diri, barulah rasa..itu pun lebih bernasib baik drp mama yg tinggal berjauhan dgn suami..semua kerja mama buat sendiri.kelam kabut, memang kelam kabut..mama tak pernah merungut kesal.mama merungut sebab rindu papa jek..kihkihkih..Tapi lama-lama alah bisa tegal biasa..mama happy dapat buat semua tu....walaupun bersusah payah, mama belajar menjadi seorang yg kuat dan tabah serta kental dalam menghadapi dugaan hidup.Sekurang2nya mama lebih bernasib baik daripada mereka di luar sana, yg lebih susah hidup mereka.Mama mula kerja lepas cuti 3 bulan, setiap pagi pukul 6.20am mama dah keluar sorang diri kendong adik, pegang tgn kak long bawak naik kereta pergi hantar rumah onni.petang pun macam tu.tak kira panas terik, hujan lebat, anjing berkeliaran kiri kanan, mama tawakal kepada Allah..Dia pasti mempermudahkan urusan mama.Alhamdulillah...anak2 mama tak byk ragam, adik irfan masa dalam pantang cukup baik, tak buat perangai.mungkin tahu mama dia susah..kalau adik menangis tengah malam, mama takut, siapa nak tolong mama??tapi tak...adik cukup mengerti perasaan mama..Dan Allah cukup mengerti apa yg tersirat dlm hati mama..begitulah rutin seharian kita..sampailah akhirnya papa dapat tukar kl!yeay!nazar mama tak tertunai lagi..insyaAllah kenduri lepas raya nanti mama akan tunaikan nazar mama, moga2 mama panjang umur....amin...

Sekarang........anak2 mama dah besar...tak susah dah..susah sebab mama kena kemas rumah setiap 10 minit disebabkan anak2 mama sgt lasak dan buatkan rumah dilanda garuda!hahahahah!!but i'm happy for being a mom to both of u...anugerah terindah dan perkara paling membahagiakan hidup mama..balik rumah bersama keluarga itulah benda paling mama suka..mama tak kisah dah nak keluar dgn kawan2 ke apa ke..sebab mama lebih suka keluar berjalan dgn suami dan anak2 mama..hidup mama kini hanyalah untuk keluarga mama je..yg lain dah lama mama tinggalkan..dan dah tentunya hidup kita hanyalah kerana Allah....insyaAllah...

Kak long dgn adik ingat...betapa besar pengorbanan mama kan..mama tak mintak duit ringgit anak2 mama, cukuplah pengertian dan kasih sayang, sebagaimana kasih sayang yg mama berikan kepada kakak dgn adik, mama berharap begitulah juga balasan yg mama dan papa akan dapat nanti..mama sentiasa berdoa siang malam..InsyaAllah...Allah lebih mengetahui dan mama redha dengan qada dan qadar Nya.....


ohhh Zaraa..

Assalamualaikum w.b.t zaraa dan irfan....


Mama bangga dengan kak long, tak pernah mama suruh kak long sembahyang atau ingatkan..Kak long kecik lagi, mama hanya berikan contoh aje dekat kak long dgn adik..alhamdulillah, kak long nak ikut..waktu mama solat, kak long mestiamik telekung solat jugak.Kalau mama kunci pintu kak long menangis ketuk pintu jerit 'mama buka pintu kak long nak cemayang'!hahahaha..kadang-kadang mama kunci sebab kak long mengacau mama yg lebih..mama susah nak kusyuk sebab kak long 'baca' kuat sangat.apa yg disebut entah..yg mama faham bismillahirahmanirrahim, al fatihah ada la sikit bunyi sama.Yang lain entah apa kak long merapu.nak tergelak pun ada mama..hahahahahah...tapi takpela, kecik2 lagi kak long dah didedahkan dengan kewajipan bersembahyang..kalau hari ni mama tak pernah suruh tapi kak long sendiri yang nak sembahyang, mama harap bila kak long dah besar nanti, kekal begini la hendaknya..sejuk perut mama..ermmm...dah lama mama tak ajar kak long mengaji, sebab sibuk sikit bulan ni..nanti mama ajar ok..be good gurl always ok anak mama ;)


semalam..tunggu solat berjemaah dgn papa..adik ipan pulak buat keje lain..memunggah beg mekap mama..kihkihkih