Wednesday, May 30, 2012

cayang ipan mama

Assalamualaikum w.b.t kak long dan adik...


Kali ni mama nak ceritap asal adik irfan la..nama manja ipan...nama lagi manja awan nano..ngeheheh..awan nano sebab rambut ipan keriting bergulung2 kat belakang..belah depan lurus.anak mama sangat handsome awwwww..

8 Jun ni adik genap setahun enam bulan..siap la mama bawak pergi cucuk nanti yer adik..berat adik maybe naik kot sebab berat je mama dukung even adik nampak kurus.berat tulang ni kot.perkembangan adik??hurrrmm masih belum boleh bercakap bahasa yang boleh difahami oleh orang lain..mungkin mama masa mengandung kat adik, tak kesampaian hajat nak belajar bahasa Jerman..hehehehe..mulut adik kecoh, bising non stop tapi apa adik sebut pun mama tak paham..yg mama paham adik sebut mama,papa,nak,laju (time nyanyi lagu buai laju-laju)...ooooo...menyanyi sakan, sebutir sebut pun mama tak paham.kihkihkih..

Makanan feveret adik ialah bubur nasi ayam..10 kali pun adik rilek je makan dalam masa satu hari semangkuk penuh.kalau kicap dgn telur goreng tak mau makan, lari bila mama nak suap..memilih ye...tabiat aktif dan sukar dikawal masa masuk bilik nak tido masih sama.tabiat pegang jari mama letak kat mata,pipi masih sama.kalau tak dpt capai tgn mama tak bole tido.kaki letak atas muka papa pun masih sama.menggigit je dah kurang.bab debik kak long kemain lagi sekarang.siap ada bunyi lagi tu..lepas geram kat kak long la pasal suka buli adik kan..pandai dah melawan kak long dia..kak long buli dia g tampar belakang kak long 2,3 kali lps tu lari...kekkekeke...buat cmne pun kalah jugak la..pasal badan kecik kak long pulak tinggi..walau beza setahun umur tapi nampak mcm 2 tahun..nek chik cakap kaki adik pendek..huhuhuhu..ala, nanti anak mama besar tinggi la kan.mana boleh pendek.mama dgn papa kan tinggi..ah takpela janji adik sihat.

Berus gigi paling payah..gigi bawah ok, siap buat bunyi lagi..tang gigi atas, mama kepit tgn dua2 belah dgn peha mama, kepala tu mama pegang kuat2 dan tonyoh gigi adik sekuat hati..heheheheh..jgn malas berus gigi tau,nanti gigi buruk tak handsome ;)

Kuat berpeluh, ptg dah mandi, nak tidur mesti kena siram badan.peluh sampai bsh baju, leher sampai berdaki,rambut basah mcm baru lepas mandi..dah la rambut nipis.bila basah nampak kulit kepala..hahahahaha..nak bwk potong rambut sbb dah panjang sampai belakang bila time basah.time kering tak nampak panjang sebab bergulung.hihihi

Pandai baca buku.kusyuk je mulut mengomel..sekali lagi bahasa jerman..anak2 mama mmg minat dgn buku.dua2 mama mengandung memang pegang buku je sebab mama study, tu yang minat kot.harap sampai besar lah ye.

Hurrrmmm itu je yg mama ingat..byk sgt sebenarnya.bila tgk adik dgn kak long main bergurau senda, gelak mengekek2, mama rasa bahagia sgt.mama pun tersenyum.hilang penat.kak long dgn adik lah anugerah yg paling berharga pemberian Tuhan buat mama..;)


senyum simpul si handsome..dalam pantang lagi masa ni.

 

budak tembam demam..masa ni adik montel lagi.dah besar makin kecik.ikut mama masa mama kecik2 ni.

 

baru lepas balik dari PPUM.tgk tangan adik berbalut tu..doc amik darah adik.masa ni adik demam lama.so mama risau bwk adik g hospital terus.Alhamdulillah takde pape.ni first time mama keluar bwk kereta sorang2 dgn adik..masa ni papa duduk kat kelantan..good boy,tak bunyi langsung.tau mama susah kan..sebab tu adik baik ;0


 

adik kiut!mama suka gambar ni..atas bot pusing-pusing tasik celebrate bday mama la kononnya..rindunya masa adik baby.....huhuhuhu

 

dah boleh jalan ni..umur setahun.penat sampai tertidur atas kerusi.


 

kak long, mama and adik..the red family..hehehe..ni raya tahun lepas, tahun 2011.

 

lasak, badan susut.sekarang gigi dah banyak.pandai makan gula-gula,coklat,pringles...feveret tu..sampai kena sorok.kak long tukang ajar.haishh

 

adik terkini...si dahu jendul dan luas, patutlah cerdik, banyak akal..hheheeh..kurus dah adik..tapi tegap.kata hero kan..hobi main kereta mainan..boleh kusyuk sorang2 main..trek feveret atas kabinet tv..lagi best atas skrin tv terus tempat amik lap.kekekeke...sayang adik!jadi anak yg soleh ye adik..amin...

Thursday, May 24, 2012

Moga ada rezeki mama

Assalamualaikum w.b.t kak long dan adik....


Mama dah isi borang SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam), untuk apply kerja baru, i mean bukan keje baru kot, tapi jawatan baru ;) Sekarang ni, mama keje sebagai pembantu tadbir kewangan je kat jabatan kerja raya..jawatan mama memang tetap, tapi takkan selamanya mama nak jadi kerani kan..mama kena cari duit lebih, nanti kak long dgn adik nak masuk sekolah, dan untuk kehidupan yang lebih baik, untuk buat tabungan for both of you...So sekarang ni mama kena tunggu SPA panggil exam dulu, if lulus baru akan panggil interview..buat masa sekarang belum ada pengambilan lagi..harap2 mama tak tunggu lama la kan...nak juga bantu papa, gaji mama sekarang ni tak ada la banyak mana sangat, walaubagaimanapun cukup la untuk keperluan kita sekeluarga, mama tak boleh membazir sangat, beli apa yg mama nak..nak beli apa, kena kira bajet dulu, kena pertimbangkan cukup tak gaji sampai hujung bulan, yang penting mama pastikan keperluan anak-anak mama diuruskan dulu, sebelum keperluan lain :) Kak long dgn adik doakan mama ye (even masa mama tulis ni kak long baru 3 thn n adik setahun 6 bln) hehehehe..Ya Allah, murahkanlah rezekiku, semoga aku dapat kerja baru.amin...

Monday, May 21, 2012

Melawat Boolat

Assalammualaikum kak long dan adik...


Sabtu minggu lepas, kita pergi melawat anak arwah kawan mama...Nama dia Ahmad Uzair tapi mesra dengan panggilan Boolat...Mama dan abah Boolat meninggal dunia dalam kemalangan yg menyayat hati pada 6 Mei lalu di Lebuhraya Pantai Timur, dan mengorbankan keduanya...Boolat tercampak ke luar dan jatuh di atas jalan raya semasa kejadian,namun kuasa Allah, Boolat hanya mengalami kecederaan yang tidak serius...panjang umur Boolat...sebenarnya kisah kemalangan ni menimbulkan banyak persepsi, sedangkan orang luar tak tahu apa sebenarnya yang terjadi..sebaiknya, kita tidak usah mengungkit kesalahan orang yg telah tiada sebaliknya mendoakan kesejahteraan mereka saja...ajal maut ketentuan tuhan, memandu laju atau tidak itu bukan soalnya...mama kecewa dan sedih ramai manusia yang tidak berhati perut membuat macam2 andaian yang tidak betul seolah-olah mereka kenal sangat dengan arwah..mama dan arwah Nani satu kampus tetapi berlainan kursus, arwah merupakan senior mama dan bila berjumpa kami pasti bertegur sapa..Hubungan kami tidaklah rapat tetapi mama turut sama bersedih di atas apa yang terjadi..namun semua ini ketentuan tuhan, yg hidup pasti akan mati dan kembali kepada Nya...

Boolat kini dipelihara oleh ibu saudaranya sendiri dan juga atoknya...masa mama sampai ke rumah mereka semalam, mama cuba tahan sebak bila melihat Boolat di depan mata,,sedih...seusia 7 bulan Boolat kehilangan ibu dan ayahnya..sayu hati mama tgk wajah boolat, pada masa yang sama mama jatuh kasih pada Boolat yang kelihatan ceria walaupun parut akibat kemalangan di muka dan kepala masih jelas kelihatan..insyaAllah, mama jadikan Boolat sebagai anak angkat mama dan mama akan terus melawat Boolat selagi mama terdaya..apa pun mama gembira dan yakin Boolat pasti baik di dalam jagaan ibu saudaranya setelah pergi ke rumah mereka  sendiri..insyaAllah..




mama dan Boolat..badan dia agak susut walaupun masih boolat..mungkin merindui ibu dan ayahnya ;(
 

Boolat mesra dengan sesiapa sahaja.


 

Mama dan kawan2 UUM..datang melawat dan berikan sedikit sumbangan untuk Boolat..untuk pengetahuan kak long dgn adik, mama tolong kutip sumbangan ikhlas untuk Boolat, dekat ofis mama..setiap tingkat mama turun bawak keratan paper tentang kemalangan dam minta sumbangan ikhlas untuk Boolat..walaupun ada yang mengeluarkan kata-kata negatif, mama tahankan hati dan buat semua ni semata-mata kesiankan Boolat dan tak lain tak bukan untuk mendapat keredhaan Allah..mama takde banyak duit nak tolong, ini je yg mama rasa mama mampu buat..alhamdulillah banyak juga kutipan dan mama serahkan pada atok Boolat..kak long, adik mungkin masih kecil dan tidak mengerti apa-apa, tidak mengerti akan erti kehilangan, tidak mengerti akan kesedihan si yatim piatu..insyaAllah, mama akan bawa kak long dgn adik jumpa Boolat lagi...;)






Thursday, May 17, 2012

Mama sedih :(

Assalammualaikum kak long dan adik...


Hari ni, mama mulakan kutipan derma untuk baby Uzair, anak arwah kawan mama yang meninggal dunia dalam satu kemalangan yang amat menyayat hati di Kuantan, 6 Mei lalu...ayah dan ibu Uzair terkorban, Uzair pula tercampak di atas jalan raya dan mengalami luka kecil ,Alhamdulillah malaikat menyelamatkan nyawanya agaknya dengan izin Allah, Uzair masih hidup!Uzair baru berusia 6 bulan..Untuk pengetahuan kak long dgn adik, arwah ibu uzair adalah teman sekampus mama di UUM..Arwah adalah senior mama tapi kami berlainan kursus..mama masih ingat lagi senyuman manis yang tak pernah lekang dari bibir arwah, dari situ la mama mengenali arwah..Al fatihah untuk arwah Kimi dan Nani...

Kak long,adik...walaupun keluarga mereka tiada kena mengena dgn mama, tapi mama turut simpati dan sampai hari ni tiap kali membaca kisah itu, mama pasti menangis..tak pernah luput dari ingatan mama..jika mama yg berada di tempat mereka, sudah pasti mama juga terkilan kerana meninggalkan anak yg masih kecil dan masih menyusu badan!Atas dasar itu, mama berusaha membantu setakat mana yg mama boleh, sebab hari ahad 20 Mei ni mama akan ke rumah nenek uzair yg kini menjaganya, bersama-sama dgn rombongan lain untuk menghantar sumbangan setakat yg kami mampu..jadi hari ni mama mulakan kutipan derma di pejabat mama..Alhamdulillah mereka sudi menderma, banyak atau sikit bukan soalnya..asalkan kita ikhlas, besar ganjaran pahala bagi mereka yang suka menolong anak yatim piatu seperti Uzair atau nama manjanya Boolat.Tapi bukan semua manusia begitu kan...mama terkilan sangat dengan seorang makcik ni, tidak mahu menderma tak apa,tapi dia sanggup mempertikaikan dan menyalahkan arwah bapa Uzair kerana memandu laju..Subhanallah, mama sedang menahan sabar ketika itu dan pujuk diri mama supaya tidak melenting..mama cuma menjawab sudah ajal dan malaikat maut pun sedang berada di depan mereka, mati itu pasti...Dia terus menerus mengeluarkan kata-kata yg amat menghiris hati mama!!kak long, adik...ingat pesanan mama ni...sekaya mana dan sebijak mana pun kita, jangan lah kita membangga diri dan sombong dengan orang, janganlah kita suka menyakiti hati orang lain dengan kata-kata yg keluar dari mulut kita.makcik tu mungkin bongkak kerana dia belum pernah diuji sebegitu..Namun percayalah Allah maha adil, jika kita berbuat baik maka baiklah balasan yg kita dapat dan sebaliknya..Mama berdoa supaya makcik tu insaf dan menjaga kata-katanya selepas ini..

InsyaAllah, rumah nenek Uzair dekat je dengan rumah kita, selagi mama bernafas, maka selagi itulah mama tak lupa melawat Uzair..Mama bukanlah kaya yg boleh menderma duit banyak-banyak, mama cuba sedaya mama sahaja..moga Uzair menjadi anak yg soleh, insyaAllah..Hari ahad ni mama akan bawak kak long dgn adik sekali tau...nanti mama buat story ok :)

Wednesday, May 16, 2012

Birthday mama

Mama baru nak update cerita birthday mama..lupa la pula..hehehehe..8 Mei hari jadi mama, kak long 16 Mei, sama bulan dan boleh celebrate sama-sama kan..jimat!hehehe...malam tu papa ajak dinner dekat papparich, tempat favourite mama..sebelum tu papa ajak beli kek dulu..romantik kan papa,tak pernah lupa raikan hari jadi mama sejak mama kenal papa lagi...;)
Jom lah kita tgk gambar.


chocolate cheese cake.sedap sangat kek ni.

 

potong kek dgn mama

 

kak long suap mama...mama harap bila mama dah tua nanti (kalau umur mama panjang) pun kak long tak lupa suapkan mama ye.....mama sayang papa,kak long dan adik sampai akhir hayat mama ;)

lots of love
mama
17 mei 2012

A cake from atok and onni

Assalammualaikum w.b.t kak long dan adik...


'atok, belikan kak long kek' kata zaraa kepada atoknya sambil buat muka kesian.hehehe..cian kak long papa outstation nak raikan besday kak long...Petang semalam onni belikan kek kat kak long, kesian kat cucu dia takde kek...hehehehe..onni beli sate sekali so kita celebrate dan nyangi lagu hepi besday to you kat kak long..muka kak long tu happy je, belum suruh tipu lilin dia dah tiup dulu.hahahaa..saja nak bagi kak long happy je, pandai pulak tu potong kek..hari ni papa balik, kalau papa sampai petang, malam ni kita celebrate dgn papa pulak ok...means ada kek lagi la malam ni??mama suka,,,sebab mama suka makan kek!hihi...Selamat hari lahir yang ketiga untuk kak long, semoga jadi anak yang solehah,berilmu dan mantap iman di dada..amin...


kek ni pak usu yang pilih..perisa mocha.
 

lilin ada 3, simbolik umur kak long 3 tahun.

 

posing dulu sebelum tiup lilin! ;p

~
~
lots of love
mama
17 mei 2012
jkrkl

Tuesday, May 15, 2012

Happy birthday Zaraa!

Assalammualaikum w.b.t kak long dan adik..


Hari ni, 16 Mei genaplah 3 tahun umur kak long...alhamdulillah membesar dgn sihat..mama nak ucapkan selamat hari lahir kepada Zaraa, ingatlah bahawa doa mama akan sentiasa mengiringi perjalanan hidup Zaraa dan mama akn sentiasa berada dengan Zaraa tak kira masa senang mahupun masa susah..Doa mama, moga kak long Zaraa menjadi anak yg solehah dan berjaya di dunia mahupun di akhirat...amin...

Papa outstation jadi tak dapatlah nak celebrate birthday kak long, kita tunggu papa balik lah ye...tapi papa dah belikan hadiah untuk kak long sehari sebelum papa ke Penang selama 3 hari...hadiahnya???




Telekung untuk kak long, dengan harapan kak long akan sentiasa menjaga solat walau apa sekalipun, urusan akhirat jangan dilengah2kan, moga kita semua mendapat rahmat dari Allah yang Esa..insyaAllah......eerrrmmm kak long pun happy, terus pakai amik sejadah lps tu sembahyang..heheheh..tak kacau dah nak pakai telekung mama lagi lps ni kan..mama dah belikan yang cantik punya, boleh pakai sampai darjah 6 kot ni...hehehehe...Happy birthday kak long sayang!


lots of love
mama
16 Mei 2012
JKRKL

Sunday, May 13, 2012

Selamat hari ibu

Assalammualaikum w.b.t zaraa dan irfan..


Semalam 13 Mei ialah hari ibu..mama tak ambil tahu pun, sebab bagi mama takde istilah hari ibu.hari-hari ialah hari ibu, kita wajar menghormati dan menyayangi wanita yg melahirkan dan menjaga kita sejak dalam perut sehingga kita dewasa...so nothing special to celebrate macam orang lain...mama just buat kek je, kebetulan...lama tak buat kek teringin pula nak makan walaupun kek mama takde la sedap mana pun, buat makan sendiri boleh la....hehehhehe...however i still want to wish, Happy mothers day to all mommy's! ;)

Kak long belum pandai wish kat mama lagi, wish happy birthday pandai la :)









~
~
~
lots of love
mama
14 mei 2012
JKR

Wednesday, May 9, 2012

Berita gembira

Assalammualaikum w.b.t


Mama happy sangat, syyukur tak terhingga..mesti la kena cerita kat anak-anak mama kan..sempena hari lahir mama pada 8 mei, ada dua berita gembira yang mama dapat..alhamdulillah syukur tak terhingga, rezeki kita sentiasa ada,,tapi mama tidak sesekali rasa megah sebab mama tahu, semua ni hanya pinjaman dunia sahaja, tidak kekal pun..jadi mama lebih byk memanjatkan kesyukuran pada Allah supaya terus murahkan rezeki kita dan supaya kita semakin bersyukur dgn nikmatNya...

Pertama, mama disahkan tamat belajar dan insyaAllah akan kono oktober nanti di Sintok..Mama dah minta pihak universiti keluarkan transkrip sementara, itu lah yang mama nak gunakan untuk mohon kerja lain yang sesuai dengan kelayakan mama..sebab dah tentu perbelanjaan kita makin tinggi hari demi hari, jadi mama kena cari kerja yang lebih baik untuk menampung kehidupan kita sekeluarga, persediaan sebelum anak-anak mama masuk sekolah..insyaAllah, kalau ada rezeki cepat lega juga :)

Kedua, kita akan berpindah ke rumah baru, insyaAllah awal bulan depan...kunci rumah dah boleh amik...seronoknya mama..sebab dah tak tahan duduk apartment, terperuk, anak-anak mama takde tempat nak berlari..nanti kat rumah baru, tak ada la anak-anak mama bosan duduk dalam rumah je kan..boleh lari sepuas hati kat dalam luar rumah..heehhehe...mama anggap 2 perkara ni sebagai hadiah yg bermakna sempena hari jadi mama ni..alhamdulillah..sabtu ni kalau jadi, mama n papa nak pergi cuci rumah dulu dan pergi kedai nak pasang grill..kak long dan adik dah tentulah mama hantar rumah onni ok..sebab tak jadi keje nanti kalau kamu berdua ikut..kang tak siap lak cuci rumah..hehehe...kalau onni nak ikut takpe, blh tlg tgk kak long dgn adik sambil mama mengemas..So, mama dah kene start packing barang sikit2, masuk dalam kotak.esok mama nak mula kan..wah excited mama kan!hihihihi..perkembangan seterusnya mama akan cerita pada next entry ok...love both of u :)


Lots of love
mama
10 mei 2012
JKRKL

Pak Ngah bertunang

Assalammualaikum kak long dan adik...


Minggu lepas kita ke Seri Manjung perak, pak ngah bertunang..pak ngah asyraf ni adik kedua papa, kerja kat perlis..Pukul 5.30 pagi mama dah bangun siap2kan barang kak long dgn adik, pukul 5.50 pagi mama dah kejut nak bagi mandi kak long dgn adik..kesiannya pagi-pagi kena mandi air sejuk, sebab suis water heater rosak,mama malas nak repair sebab kita nak pindah dah bulan 6 nanti..mama pun terpaksa la tahan mandi air sejuk pagi-pagi..heheheh..

Ok,kita bertolak dalam pukul 8 pagi lepas g amik mak ngah shikin dan amik onni..dalam kereta penuh orang la dgn pak lang sekali.1st time bawak alza papa, naik ramai-ramai..heheheh...tunggu mama dapat preve la ,nanti kita naik kete mama lak yer...hihihihi ;p

Kita sampai sana awal lebih kurang 10.30 pagi, punyalah lama kita tunggu family belah perlis dan kedah..so kita berhenti kat giant seri manjung sampailah family belah tunang pak ngah datang jemput kita bawak kat homestay yg disediakan..dari homestay tu kami berkumpul lepas tu baru lah pergi ke rumah pihak perempuan..ramai juga saudara dari utara nun, dekat 50 orang lah kot termasuk kita...dulu masa mama n papa bertunang, pun ramai macam tu jugak..kiranya satu kampung la datang...hehehe...meriah betul ;)

Jom kita tengok gambar yang sempat mama amik yer...


Yang biru tu hantaran dari belah kita untuk pihak perempuan..kek secret recipe tu mama n papa yg sponsor utk engagement pak ngah ni..

 

mak tok sarung cincin kat tunang pak ngah, nama dia anissa.

 

mama dengan mak tok

 

tok chik yg kat belakang, kat depan tu dari kiri mak teh una dgn mak ngah..kak long adik kena pgl nek cik,tok teh dgn tok ngah la..hahaha pening dah mama nak kira pangkat2 ni sebab ramai sgt sudara mara.



comelnya kak long...nanti kak long dah besar, nak bertuanang,kawen...tinggal la mama dgn papa je...sob sob sob (emo lebih lak ;p)

 

pak lang,kak long dgn adik irfan..adik ipan sgt notty, hilang je dia pergi kelebet brg hantaran korek sana korek sini.

 

after 4 years, mama dan papa bergambar di atas pelamin..cuma kali ini masing2 saiz melebar, dulu dua2 slim melim..kah kah kah

~
~
~
 

Lepas majlis tamat kita balik rehat kat homestay balik sebelum keluar ke lumut berjalan mencuci mata..mama nak ke pangkor tapi tak sempat sebab dah petang since mama pun tak tidur sana sebab mama sakit perut.lagipun onni tak nak tidur so kita kena balik jugak la..rugi kan..takpe one day kita ke sana lagi ok, insyaAllah..jom tgk gambar.


kat jeti lumut..kalau nak pi pangkor naik kat sini la.

 

kami shopping barang2 makanan laut..byk jugak la shoppingnya sampai penuh kereta.

 

mama pun harus la shoping kan..hehehe

~
~
Destinasi terakhir sebelum balik, Teluk Batik.


kak long memang hebat bab posing..tak mau jadi model ok..jadi doktor ok ;p

 

mama dan adik

 

papa dan pak sedara kamu sibuk naik banana bot sampai tertonggeng seluar koyak.kah kah kah

 

2 insan yang mama sayang, onni dan mak tok...ibu mak mertua ;)
 ~
~
~
itu sedikit cerita pertunangan pak ngah..nanti mama cerita pasal besday mama pulak ye..semalam 8 mei genap umur mama 27 tahun..yg sangat mama terharu, kak long wish epi beday to u mama lepas tu terus peluk dan kiss pipi mama....takde siapa suruh pun kak long buat mcm tu.papa just ckp suh kak long wish hepi bday mama je...huhuhu...mama hrp sampai bila2 pun kak long tak lupa wish dan kiss mama on my birthday...amin...


lots of love
mama
9 mei 2012
4pm
 

Thursday, May 3, 2012

Planning for birthday

Assalammualaikum kak long dan adik


Mama dah order birthday cake kak long..mama tempah kat member mama aje dengan cup cake sekali..temanya animal in the garden..tak ada warna khusus, kiranya candy buffet nanti mama main belasah je tak ada tema asalkan candy buffet tu menjadi...hihihiih..apam polkadot dengan apam ladybird pun mama dah order.barang2 untuk candy buffet pun dah beli kat ikea minggu lepas.Next week baru kita pergi beli gula-gula, marshmallow dan pelbagai lagi barang2 untuk party pack..hopefully menjadi semua plan mama ni..kalau mama banyak duit, macam2 lagi mama nak buat..tapi tak boleh la...bulan depan dapat kunci, banyak lagi duit mama nak pakai..hehehehe...harap semua berjalan lancar..by the way, lusa kita nak jalan ke manjung dan lumut, pak ngah bertunang..kak lond dgn adik sila baik perangai ye nak jalan rumah orang ;)


on the way balik from ikea lps shopping barang untuk candy buffet.mama n adik..kak long jadik big boss, mana nak duduk belakang! ;-p