Monday, April 30, 2012

Pak long fadhli kahwin

Assalammualaikum kak long dan adik...


Hari sabtu kita pergi wedding sepupu mama, kak long dgn adik kena panggil pak long..pak long ni sebaya mama..Pak long ni Doktor, belajar kat Russia...sekarang bertugas kat hospital Bentong,Pahang..Pak long anak sulung tok ndak, abang atok nombor 2..Tok ndak pun doktor jugak, bertugas di bawah tentera darat..cuma tok ndak dah tak operate2 org lagi dah...sekarang pun tok ndak berpangkat Brigedier Jeneral (kalau tak silap mama) Profesor Datuk Dr. Mohd Zin..tok ndak jugak ketua fakulti perubatan Universiti Pertahanan kalau tak silap mama..tok ndak banyak terlibat sebagai pemantau bila F1 ada kat Malaysia...Bangganya tok bidin (atok mama belah atok) kalau dia hidup lagi..alhamdulillah adik beradik belah atok kebanyakannya berjaya dan kerja yg bagus..adik pak long pun bakal doktor jugak, tahun ni tamat pengajian kat India..kamu panggil pak ngah emi..insyaAllah nak kahwin hujung tahun ni jugak..selain tu doktor dlm keluarga kita sepupu mama anak arwah pak lang dgn isteri kedua, mak lang sham pun bakal doktor gigi, hbs pengajian tahun ni..harap2 keluarga kita boleh teruskan legasi jadi doktor la..mana tau anak-anak mama ke kan..aminn....mama doakan siang malam :)


Pak long fadhli ni kahwin dengan doktor jugak,sama study kat rusia dulu dan kerja pun kat hospital yang sama..majlis berlangsung di Dewan Seroja,Mindef (Kem Kementah) sebab rumah tok ndak kat dalam kem ni..lepas tu pak long dulu pun belajar di bawah biasiswa kementerian pertahanan dan berpangkat kapten.seronok mama jumpa sepupu-supupu mama, sebab kami jarang jumpa.maklumlah masing2 belajar sana sini, jauh-jauh pulak tu..bila sesekali jumpa tgk dah lain muka masing-masing..ramai juga sanak saudara kita berkumpul.saudara dekat dan jauh semua ada..kita kaya family, baik belah mama dan belah papa..alhamdulillah....mama kalau byk masa memang nak bwk anak2 mama jalan rumah saudara supaya kenal di antara satu sama lain..cuma mama ni je yg busy...heheheh...


Wedding ni special jugak sebab ada acara lalu bawah pedang dan ada orang tiup mcm seruling/semboyan (mama tak pasti eheheh)..actually 1st time mama tgk depan mata, selalu tgk kat tv je kan..so semua orang tak lepaskan peluang la nak tgk pak long fadhli dan wife berarak di bawah pedang..hihi...mama tak ingat lgsung nk bwk kamera, so mama guna kamera henpon dgn tab jek..lagipun mama tak de masa nak amik gambar sebab kena paksa dgn tok su bertugas bagi goodies kat tetamu, jaga kat pintu masuk...heheheheh...setengah jam je mama berdiri lps tu mama masuk dlm dewan, sakit kaki sbb mama pakai kasut tinggi berdiri lama-lama...seronok dpt bermesra, bergurau senda dgn saudara-mara..memang happening betul wedding pak long..cuma mama tak stay sampai petang la sebab adik ipan dah buat prangai sebab nk tido..dlm pkl 2.15 tu kita gerak balik..tak sempat la nak bergambar dgn pengantin :) jom kita tgk gambar yg sempat mama snap...


pak long fadhli dan wifenya...



pengantin diarak dengan beberapa anggota tentera yg memegang pedang..kak long jakun tengok.hahaha



ni pun kak long jakun tgk...time ni onni dukung kak long..onni dgn mama pun jakun gak..hahaha



mama bersama emak saudara kamu berdua



ni pun emak saudara dan bapak saudara kak long dgn adik, anak tok su.



si kenit ni siap melayan kartun boboiboy lagi..baru reti senyap....huhuhu

~
~
~
itu aje la sikit mama nak cerita pasal family kita..sebab mama tak byk gambar..nti kalau dpt gambar dari abg shidi (sepupu mama yg jugak photographer hari tu) boleh la mama cerita dan kenalkan setiap seorang ahli keluarga kat kakak dgn adik yer...insyaAllah


lots of love
mama
30 april 2012
4.30pm

Wednesday, April 25, 2012

My adorable Zaraa Part 1

Assalammualaikum w.b.t kak long dan adik..


Mama nak share something yg special dalam hidup mama.Mama godek-godek album facebook, byk gambar kak long sejak dari lahir sampai sekarang..kat situ jelah kenangannya..bila ntah mama ni nak rajin pergi kedai cuci gambar kak long??aiseh berlambak tu kalau kira dari kak long lahir..dah 3 tahun dah..hehehehe..Jom kita tgk gambar-gambar kak long masa kecik..untuk part 1 ni mama amik gambar masa kak long berusia beberapa bulan, baru boleh meniarap..kak long masa kecik mmg sangat2 la comel..kalau bawak jalan mana-mana mesti orang tegur, ckp comelnya baby...mama pun bangga la ada anak secomel kak long..hihihihi...dah la comel, bulat pulak tu, kulit putih melepak..tu yg kalau bwk jalan semua orang geram nak dukung..hihi okeh jom kita tgk and mama story sikit eh ;)

mama amik gambar,dia menguap pulak..rambut kak long dah cukur botak masa kenduri cukur jambul kat rumah mak tok..gambar kenduri mama lgsung takde sebab masa tu mama bukan rajin amik gambar pastu tak main pun facebook nak upload gambar kak long..heheh


with papa..anak kesayangan lah masa ni..maklumlah nak pertama..hihi..sekarang pun kesayangan jugak..mana boleh tak syg gugurl comel ni ;)

 

comel dan tembam!

 

ni 1st time bawak keluar lps hbs pantang n mama blk kelantan..prangai pelik kak long sampai la umur dkt 5 bln,kak long akan menangis kalau bwk keluar tempat ramai org..bukan tu je, dalam kereta pun menangis non stop sampai merah muka.pernah masa nk blk kg kat perlis, kitorang stop kereta pujuk kak long g tido dulu..papa tak blh concentrate drive sbb bising sgt...ish2 mcm2 tau kak long ni.
 

berketak2 peha mcm kfc jek hehehe

 

kak long, u r so adorable!
 

stroller kedua papa beli as a present for u sebab kak long dah blh meniarap..malam tu jugak papa n mama g beli kat pacific kota bharu rasanya..hhehee..skang stroller ni dah mama sedekahkan kat org, yg atas tu mama jual kat ofismate...dua2 msh mcm baru sbb kak long jarang duduk dlm stroller, menjerit 1 shopping complex dgr..huhuhu

 

lmbt tgu rmbut kak long pnjg, pakaikan cekak nk bg nmpk cam gugurl..kikiki

 

balik umh mak tok masa raya..tembamnya budak nih..semau org geram!rindunya masa kak long kecik..sayangnya masa tak boleh diputar semula..dan satu hari nanti mama pasti kak long akan meninggalkan mama kerana sudah punyai hidup sendiri..bukan di bawah ketiak mama lagi sob sob sob *mood sedih*

 

satu bnda yg mama perasan, dari kecik kak long sgt suka baca buku...sampai lah sekarang.harap2 kekal sampai besar tau.rajin membaca byk pengetahuan.

 

rumah di kota bharu...mama fulltime housewife, seronok jaga kak long sendiri.
 

barbie doll

 

masa ni bwk kak long g ikea dgn mummy anne.

~
~
~
itu sahaja sedikit memori yg ingin mama kongsi untuk entry part 1 nih..ada masa mama sambung lagi yer..luv u till the day of my life, insyaAllah :)


lots of love
mama
25 april 2012
4.50pm

Tuesday, April 24, 2012

Zaraa turns to 3..any birthday party??

Assalammualaikum w.b.t kak long dan adik....


16 Mei nanti, genaplah umur kak long 3 tahun!yeay!anak gugurl mama dah besar..sob sob sob...:) Ada plan nak buat birthday party tak???Mesti la ada..mama sentiasa usahakan yang terbaik untuk anak-anak mama selagi mama mampu..walaupun majlis yang kecil je, sekurang-kurangnya kita raikan betul??Kalau tahun lepas, kita celebrate birthday kak long dekat McDonalds..tapi tak best sebab tempat terhad..tahun ni mama takde bajet, so no more McD ok?heheh...asalnya mama plan nak buat kat rumah baru, lebih selesa sebab luas..Tapi sampai sekarang kunci blom dapat lagi...huhu...takpe la, kita buat je kat rumah sekarang yg sempit ni..pandai-pandai la tetamu nak duduk ye...heheheh..mama bg cadangan kat papa nak buat birthday kak long, papa terus kata ok! :)

So mama dah reserved tarikh 19hb (sabtu) untuk majlis hari jadi kak long..Mama jemput tak ramai sangat sebab rumah kita kecik..tu pun nanti mama kena bawak keluar sikit kerusi biar lapang kat ruang tamu tu..so sekarang ni mama tengah fikir nak masak apa..idea dah ada dalam kepala mama..mama nak mintak tolong onni buat kuah laksa je...yg lain mama akan masak sendiri..menu yg mama plan nak buat antaranya mihun goreng,puding pelangi marble,triffle,macaroni bakar,nugget+french fries+puding gula hangus dan kek pelangi...untuk goodies pulak mama ingat nak buat cup cake bagi sorang sebijik letak dalam goodies beg+belon+gula+coklat+marshmallow...mummy anne nk sponsor cup cake.alhamdulillah...memandangkan mak ngah dah blk sini, lega sikit mama ada org boleh tlg..mama suruh mummy anne dtg tido rumah tlg mama jugak kalau dia free..so mama dah survey cake, mama nk order online..tahun ni nak kek lain dari yg lain sikit, yg takde kat kedai2 kek kat luar tuh..heheheh..tema kek kak long ialah animal in the garden..wah!semangat betul mama kan :) selain tu mama nak order banner sekali..

mama dah jumpa kedai yg mama boleh beli barang2 untuk deco ni..rambang mata mama!alah..camne nak simpan duit kat HomeDec ni?huhuhu..


Mama angan nak buat mcm ni...


 



insyaAllah mama usahakan ye...


birthday banner mama nak beli je..buat sendiri takde masa sebab ada 2 orang si pengacau kat rumah tu :)
 

ballon is a must!!

 

very nice decoration...
 

boleh letak dalam goodies beg ni

 

party hat wajib ada juga

 

and goodies beg!


Itu serba sedikit perancangan mama lah..insyaAllah mama dgn papa akan bincang lagi nanti..tak tau nanti macam mana keadaan rumah yg sempit tu.tak kisah, janji party jalan!hahahah!
 


Monday, April 23, 2012

Lagi KLCC Park

Assalammualaikum w.b.t kak long Zaraa dan adik Irfan...


Sabtu malam ahad minggu lepas, mama n papa bawak kamu berdua pergi taman..tunaikan janji dah seminggu kak long asyik cakap 'nanti mama bawak kak long pergi taman tau'..ada cerita best, pagi sabtu tu mama nak breakfast roti canai, dah siap2 mandi semua nak keluar tgk2 hujan lebat pulak..sebelum tu mama dah cakap kat kak long nak g makan roti canai..sbb hujan tak jadi keluar..So mama pun masak la cepat-cepat lauk sardin dgn daging goreng kicap jek..mcm biasa kita semua mesti makan sama-sama atas meja..mama letak nasi, tp kak long tak nak makan..muka bad mood je..rupanya merajuk tak nak nasi, nak roti canai jugak..amboi..pandai demand dah ye..so mama pun promise la malam nanti kita g makan roti canai..sampai sudah kak long tak sentuh nasi..merajuk la konon tu..kena marah dgn mama terus menangis lari dok sebelah almari buku sembunyi..hehehehe..lepas maghrib mama tunaikan janji bawak main kat taman, lps main tu kita balik singgah makan roti telur pulak..byk jugak kak long makan, lapar sebab penat main kot..so hari sabtu tu mama dah tunaikan janji bawak kak long main kat taman dan makan roti canai!ni kalau tak dengar cakap mama jugak, tak tau la yer..ok, jom tgk gambar! ;)


kak long ni suka memanjat, dah macam budak lelaki..tinggi tau..kak long panjat sampai la kat hujung nun pastu turun blk panjat lagi..mama tgk aje, kalau kak long jatuh mama nak gelak aje..heheheh
 

adik ipan bergayut..pandai lak tu tak lepas tangan..lepas tu gelak mengekek2 seronok apa entah adik ni..berlari je non stop berpeluh2 basah baju dgn rambut..hahahha


ok,ni cerita lain pulak..pic ni dah lama.mama g basuh kete kat kedai..kak long punya rajin g amik kain tlg macha tu cuci kereta..kikikikiki




ni gambar pagi ahad semalam..dua2 dah pukul 11 tak mandi lagi, sibuk main belon.mama pulak sibuk mengemas rumah.

 

  
mama nak puji kak long..dah pandai tidur sorang kat bawah..tak sibuk nak tido atas katil dgn mama dah..kalau tak jgn harap la.penakut.sehari tu berapa kali mama pesan suh kak long tido bawah, kak long dh besar, tak boleh tido atas katil dgn mama lagi, katil sempit tak muat bla bla bla..then malam tu kak long ok je..lps ni kena tidur bilik sendiri pulak ye..kat atas ni gambar dlm bilik..mama letak comforter tebal atas carpet tu, kak long tido bawah la..sebelum tidur tgk tv dulu sambil minum susu.nanti mama beli tilam yg senang lipat tu bagi tebal lagi ok.

 

sekian, entry ni kiranya cite pasal kak long jelah yg banyak..dah besar anak mama ni, bulan depan dah cukup 3 tahun..moga kak long menjadi anak yg soleh dan berbakti pada kedua ibu dan bapa..amennn...

~
~
~
salam sayang
mama
isnin 23 april 2012

Tuesday, April 17, 2012

cerita pasal kak long Zaraa

Assalammualaikum kak long dan adik yang disayangi...


mama nak tunaikan janji, nak update cerita pasal kak long pulak...kak long nak masuk 3 tahun dah umurnya...16 Mei depan genaplah 3 tahun usia kak long..insyaAllah tahun depan kak long akan ke sekolah..Cuma mama belum survey lagi pre school yang sesuai..mama akan cari pre school yang menekankan soal agama dan menggunakan bahasa inggeris,so kak long dapat ilmu agama, speaking pun pandai..kalau mama ajar, kak long ada je la alasan..baru ajar 5 minit dah penat la itu la ini la..macam-macam kerenah anak mama ni ha..ok, setakat sekarang ni, kak long sgt lancar bercakap dan tak pelat langsung kecuali pelat sebut huruf S dgn T aje..kak long memang dari umur setahun lebih pun dah agak fasih bercakap..ckp pulak mcm org dah besar.kadang2 mama terkejut, mana la kak long belajar semua tu.agaknya sebab kawan2 kat rumah onni tu semua dah besar, kak long kwn dgn org besar so kak long bercakap pun mcm org dewasa.baru-baru ni kak long nampak kain rentang kat tepi jalan, ada gambar Perdana Menteri.tetibe kak long cakap 'mama!tu Datuk najib!'..wah...mama so impressed!rupanya atok ada ajar kak long, perdana menteri malaysia nama apa?datuk najib jwb kak long...pandai anak mama ni..tak dinafikan kak long cerdik, cpt tangkap apa yg orang ajar, menyanyi tak usah ckp la..lagu melayu, inggeris semua pandai..onni ckp kak long kemain lagi ye nyanyi lagu omputih..onni tanya mana tau lagu tu kak long cakap mama selalu nyanyi..iyelah tu mama selalu nyanyi kak long oi...pandai guna nama mama ye!Selain tu, kak long ni suka buli adik..kalau main game kat tablet tu jgn hrp la kak long bg can adik pegang..kesian adik..kalau kak long geram kak long tolak kepala ipan, kak long gusti dia..lepas tu adik gigit kak long, tau pulak menangis sakit..padan muka..hehehehe..kak long pandai main hp dan segala fungsi la dlm tablet tu lebih dari mama yang buta gadget nih..budak2 sekarang kan, pandai sungguh minat dgn gadget.ipan pun sama..kak long kalau call abah wan dgn mak tok tu mmg selalu la..tgk2 dah bercakap..rupanya ckp dgn atok neneknya nun di perlis tuh..pandai cari contact name sebab papa set gmbr mak tok dgn abah wan..cerdik betul..errmmm apa lagi ye..nakal, degil pun sama jugak..suka menjawab..tapi mama senyum je..sebab orang ckp perangai anak kita tu adalah sebenarnya refleksi diri ibunya semasa kecil..dan mama sabar menghadapinya sebab itulah yang onni rasai sewaktu membesarkan mama..apa pun mama sentiasa bersyukur dan ucapkan alhamdulillah...tuhan tu amat sayangkan mama..Dia beri mama kebahagiaan, dan ketenangan yang amat sukar untuk dimengerti akhir-akhir ini..insyaAllah selagi mama masih bernyawa, selagi tu mama akan menjaga, menyayangi dan mendidik anak-anak mama dengan baik..apa pun mama nak pesan. anak-anak mama jangan sesekali meninggalkan solat, membaca Al-Quran dan melakukan solat sunat lain..Bila hati kita sentiasa dekat dengan Allah, InsyaAllah hidup kita akan diberkati, perubahan yg baik dapat kita lihat dalam diri kita yang orang lain mungkin tak menyedarinya..dengan berzikir setiap hari dapat memelihara hati dan jiwa kita dari perasaan syak wasangka, iri hati, berdendam dan lain2 sifat mazmumah...percayalah bahawa Allah sentiasa memerhatikan kita dan melindungi kita..Cuma kita perlu yakin dan menyerahkan segalanya pada Allah..insyaAllah mama akan pacu keluarga kita menuju ke jalan yang diredhai olehNya..bagi mama apa yg paling penting ialah didikan agama yang mendalam..Sebab itu dari kecil mama biarkan saja kak long dgn adik duduk atas sejadah masa mama tgh solat, adik panjat2 badan mama pun takpe, mama tak kisah..mama tgh mengaji adik kacau pun takpe..mama nak anak2 mama tgk apa yg mama buat dgn harapan ia akan menjadi darah daging kita yg sesekali takkan kita tinggalkan kecuali mati sahaja..alhamdulillah, kak long terang hatinya, mama tak payah suruh, kak long sendiri yg akan cakap 'mama nak semayang' bila tgk mama solat..kak long yg bentangkan sendiri sejadah dan pakai telekung sendiri.mama biarkan saja..mama cuma berdoa ia akan kekal sehingga akhir hayat kak long dan adik...mama nak kita sekeluarga dipertemukan dalam syurga yang indah, insyaAllah...amin...dengan izinNya...apa pun kecintaan kita terhadap manusia hendaklah tidak melebihi kecintaan kita pada Allah yang Esa..mama sedar anak-anak mama hanyalah pinjaman sementara, mama harap dapat lihat anak-anak mama membesar dan punyai kehidupan yang baik suatu hari nanti..apa yg mama dan papa miliki sekarang kami berharap biarlah anak-anak mama lebih dari tu..kalau mama dan papa ada ijazah, anak2 mama mesti lebih lagi..yg penting kita jgn bongkak dgn kelebihan yg kita ada, dan berkongsilah dgn mereka yg memerlukan..amal jariah kita akan dibawa ke dalam kubur esok..ingatlah wahai anak-anak ku, harta dan keindahan dunia hanya bersifat sementara, sementelah kehidupan di akhirat itulah yg kekal abadi malah lebih indah dari kehidupan di dunia ini..dahulukan perkara akhirat wahai anak-anakku sayang..insyaAllah....



kak long Zaraa yang sangat cantik, ratu hati mama..moga menjadi anak yang solehah.amin..



Salam sayang
Mama
18 April
8.15 am

Monday, April 16, 2012

Cerita adik

Assalammualaikum kak long dan adik....


Mama nak cerita pasal adik la..nanti cerita pasal kak long pula..satu-satu ok..mama takde idea nak tulis sekaligus sebab i'm not a good writer..hihihi..mama nak cite pasal adik yg super duper lasak dan nakal...eeiiiiiii geramnya mama dengan adik..sangat2 nakal dan aktif..bila aktif, adik memang cergas dan cerdas!walaupun mama penat mata dan badan tgk keletah adik tapi mama besrsyukur sekurang2nya adik aktif dan sihat!Adik sekarang ialah juara menyepahkan rumah, merosakkan barang mainan dan harta benda di dalam rumah..dan juga boleh dikatakan juara memanjat dan paling hebat ialah juara susah tidur malam!huhuhu..mama tak taula kenapa adik kalau masuk bilik je aktif dan cergas semacam, punya payah nak bagi tidur.nak main je..pernah adik main dgn ganas lepas tu jatuh hempap muka mama, berdarah bibir mama sampai bengkak kena tuam dgn ais!huhu!mama seriau bila adik ajak main sebab adik suka gigit.bila mama jerit lagi galak adik gigit sebab ingat mama ajak main..hahahaha..comelnya adik!adik dah setahun 5 bulan,berlari toksah cakap la..laju kemain, kalau mak tok yg sakit lutut tu mmg tak terkejar la..sebab adik sangat laju!geli hati tgk adik tau!so cute!pastu adik suka gedik2 kaki, mama rasa adik terpengaruh dgn cite happy feet tu..sebijik mcm tu adik buat kalau dengar lagu.lepas tu adik pandai dah gaduh dgn kak long..tapi adik selalu kalah la, apa yg boleh adik buat utk lepaskan rasa marah tak dpt rebut mainan tu ialah menggigit kak long sampai nangis!heheheheh..selalu kan mama biar je korang gaduh, sebab sama-sama nakal..esp bila kak long main game kat tablet, adik suka numpang duduk sebelah tgk jela..jangan harap kak long nk bg adik pegang..cian adik...pastu mulut adik punyalah bising mcm mulut murai.hahahah..tapi apa yg adik cakap tu sepatah apa pun kami tak faham.mulut pot pet pot pet bercakap tapi tak phm apa langsung..adik pandai ckp mama, papa, nak, tiga, onni, ayah (adik pgl atok ayah lak confius mama huhu) dgn ada la beberapa ayat lagi..adik agk lambat ckp la berbanding kak long masa umur ni..yg plg kelakar perkataan adik selalu sebut ialah 'hoyeh hoyeh'!lucu betul la..mama n papa pun suka ajuk adik hoyeh hoyeh!kuikuikui...banyak benda nak cerita sebenarnya tapi mama dah lupa pulak..hehehe..lain kali mama ingat mama story ok..luv both of u so much!hari2 lepas solat mama sentiasa doakan supaya Allah mengurniakan mama anak yg soleh dan beriman, baik budi pekerti dan adab, meyenangkan hati ibu bapa dan tak lupa jugak semoga Allah memelihara kesihatan dan keselamatan anak-anak mama sentiasa..aamin...


gambar terbaru adik..comelnya!adik dah pandai posing amik gambar, siap senyum lagi buat muka comel!sebelum ni kalau nak amik gambar adik cukup la susah sebab tak duduk diam, lepas tu suka dtg nak pegang kamera..hikhik..paling mama suka mata adik yg ke dalam besar dan tenggelam tu, dahi yg luas yg jendul, bulu mata adik yg panjang dan melentik dan paling penting rmbut adik yg keriting tu.adik mmg sgt comel! :)


lps ni mama update cerita terbaru pasal kak long pulak ok!


lots of love
mama
16 April 2012
5.15pm

Monday, April 9, 2012

Tolong papa basuh akuarium?

Assalammualaikum kak long and adik...


Rajin betol anak mama tolong mama dgn papa kan..kalau mama tgh masak kat dapur, sibuk la kak long dgn adik dtg tlg..tlg kumbah pinggan mangkuk, tolong tutup api dapur, tolong panjat sinki, tlg main tong sampah!hahahah..nakal betul korang berdua ni yer..mama dah mcm tarzan kat rumah.tak boleh nak sopan santun..heheheh..

Papa cuci akuarium.dah 4 bulan kot tak bercuci...kesian ikan2 tuh..lepas cuci barulah nampak comel sket akuarium tu..masa papa tgh dok cuci tu, papa letak ikan dlm baldi dulu..kemain lagi la masing-masing dok kacau ikan tu..kacau dari jauh jelah..suruh pegang ikan tu jgn harap la nak berani..kehkehkeh..adik lak bsing je mulut cite apa ntah..agaknya cite psl fish tu la..adik ckp bhs perancis, mana mama nak faham..heheheheh..tengah mama dok leka kemas umah and tolong papa sikit, tgk2 dalam baldi tu dah penuh candy vitamin..mama bg kak long pegang botol tu, makan dgn adik..dia pi bagi ikan tu makan vitamin lak.adoi!anak-anak mama memang pandai kan.bijak-bijak!

Papa cerita, masa kak long tgh cite Alvin dalam kete yg siri 2 tu, kak long ckp 'ish nape makcik tu marah-marah alvin nih!' (part alvin n chipmunks msk blk pengetua lps alvin buli classmates dia tu) hahahahah!!pandai la kak long, pengetua tu mcm tua sikit la..kak long panggil makcik!kui3...



nampak tak warna putih dlm baldi tu?itu la vitamin kak long dgn adik bg ikan makan..nsb baik ikan tu tak mati sebab terlebih sihat..hehehehhe

 

yeay akuarium dah bersih dan cantik!mekasih kak long dan adik sebab tolong papa cuci akuarium!tolong ye??hehehehe

~
~
~
lots of love
mama
9 april 2012