Monday, January 30, 2012

Lambat lagi la kita pindah

Assalammualaikum kak long dan adik..

Mama ingat bulan Februari kita boleh masuk rumah baru, tapi pemaju cakap dia bagi kunci ikut stage a,b and c..and our home is in stage c..so kita akan dapat kunci lewat sikit sama ada bulan april atau mei.3,4 bulan lagi la nampak gayanya..aduh..mama dah tak sabar nak deco rumah baru ni..hehehe..lambat lagi la mama dapat lepas kak long dgn adik main depan rumah..nasib baik la basikal yg kak long nak tu dah habis.kalau mama beli hari tu, mana entah kak long nak kayuh dlm rumah kita yg kecik tu..:)

Tapi takpe, bulan depan mama dgn papa dah plan nak beli lampu dan kipas siap-siap, so kami simpan la dalam kotak dulu.Sebab mama rasa masih banyak masa nak beli brg sikit-sikit.Dapat gaji je beli..so tak la kacau duit simpanan untuk renovation rumah nanti..kan? :p hopefully kamu berdua tak masuk stor kumbah brg2 kaca mama ok!

InsyaAllah minggu depan la mama nak booking new L-Shape sofa (papa yg pilih sebab sedap duduk katanya) mama pilih warna combination red and black, bedroom set warna dark brown dengan meja makan 6+1..mama pilih leather warna hitam sebab sng lap kalau kak long dgn adik tumpahkan air (mmg selalu tumpahkan pun) so mama booking mulut je dengan tauke cina tu..hehehe..nk pindah baru suruh dia hantar kat rumah.hopefully promotion price tu lama lagi la..kalau tkde pun takpe, kita tgk kedai lain pulak kan.Untuk almari hiasan pulak mama berkenan ikea punya..tu nti dah pindah la baru beli..harap-harap semua plan berjalan lancar..amin yarabbalalamin..

Dan lagi satu hadiah untuk kak long and adik, mama dgn papa plan nak pasang tv dalam kereta, insyaAllah kalau ada rezeki lebih..takde la anak-anak mama bosan dalam kereta lepas tu panjat usik sana sini kena marah dgn papa..hehehe..


Salam sayang
mama

Wednesday, January 25, 2012

papa nak beli motor baru

Assalammualaikum zaraa and irfan...

Mama nak share tentang hobi papa la..ataupun lebih tepat lagi kesukaan papa la..papa asyik cakap je lenguh pinggang naik motor ulang alik kerja dari rumah ke shah alam hari-hari..dari cheras ke kl hantar mama dulu, lepas tu ke shah alam pulak.mama kesian juga dgn papa..tapi mama fikir org lain yg naik motor pun sama jugak..kena sabarlah..papa nak tukar motor besar.kalau dah tukar mesti la tambah hutang sebab sekarng ni papa takde byr hutang motor pun.Honda Wave papa tu beli cash dulu kat Kelantan.Kalau nak beli motor idaman dia kawasaki ninja 600cc atau 1000cc tuh memang mama tak bagi..tak payah la tambah hutang..nanti anak2 nak besar, kak long dgn adik nak sekolah, mesti pakai byk duit kan..moga2 mama dpt keje baru jadi pegawai cepat la...senang sikit hidup kita..sekarang pun dah ok..mama syukur je..cuma kalau boleh nak lebih senang sikit, sebab mama nak menyimpan duit pulak..selama ni banyak yg keluar dari yg disimpan..insyaAllah lepas kita pindah, rumah pun dah siap bayar renovation, barulah mama boleh rancang balik kewangan kita sekeluarga..rasanya mama tak perlukan apa lagi dah..rumah dah ada,kereta yg luas pun dah ada..cukuplah...alhamdulillah..jadi mama fikir jugak,kesian dekat papa..mama pun sakit jugak pinggang naik motor, kebas je rasa..hehehe..jadi mama dah fikir dan bagi izin untuk papa beli motor..tapi bukan motor idaman papa tu la sebab mahal sgt..boleh beli kereta viva..mama bagi papa beli motor kat bawah ni...tolak motor lama,tambah duit sikit..beli cash..mama tak bagi hutang..mama benci perkataan 'hutang' tu..hehehehe..insyaAllah lepas settle pindah mama ckp baru boleh beli motor ni..dan moga2 nanti bila dah daapt motor baru,papa tak komplen sakit pinggang lagi dah sebab motor baru ni cc lagi besar dan laju..dan mama hrp juga papa bawak motor pelan-pelan..huhu :)



ni la motor yamaha fz 150cc tu..mama google je gambar ni.entah betul ke tidak motor ni..mcm motor uncle kamu.lebih kurang la kot.hehehe..insyaAllah jika diizinkan. papa takkan sakit pinggang lagi..*yeke?nti papa mtk motor lg bsr pulak kan?hahaha

Tuesday, January 24, 2012

Alahai anak-anak mama...

Assalammualaikum Zaraa dan Irfan..


Cuti Chinese New Year kita ta kjalan mana pun.Malas betul la mama..duduk rumah je..tu pun mama rasa macam tak cukup je cuti 4 hari.Kita just pergi taman, pergi tgk rumah kita..jalan dekat-dekat je la..Cuti 4 hari pun mama tak habis kemas rumah..hehehe..

nak cerita sikit la pasal adik..kelakar je adik sekarang..kalau dengar lagu dah pandai menari pusing-pusing..siap nyanyi lagi tu..nyanyi apa mama tak paham..hehe..ni mesti selalu tgk kak long kan..ada cikgu tukang ajar kat rumah tu :) Bila bawak g taman, tak bagi org pegang tangan langsung.Kalau pegang jugak dia duduk terus menjerit-jerit marah.Tukang sepah paling versatile kat rumah tu,adik la.Kak long pun takde pulak suka menyepah,kumbah pinggan mangkuk dalam almari mcm adik..lepas tu siap ketuk2 periuk atas lantai..Mesti jiran marah ni sebab bising..huhu..mcm-mcm la keletah adik byknya kalau mama nak cerita.lain kali lah yer...

Kak long pulak??errmmm tak dengar cakap.kadang2 hilang sabar jugak mama.tapi mama cuba ingat balik, kak long kecik lagi..belum pun 3 tahun..memang masa ni la tak nak dengar cakap,degil,suka bagi mama marah.Suka tumpahkan air dengan sengaja, main bedak wlpun dah byk kali kena dengan papa,tak serik-serik jugak..kdg2 kesian jugak asyik kena marah je..kalau ckp elok2 lagi la langsung tak dengar..bila kita bagi nasihat, tau pulak kata paham..lps tu buat balik..huhuhu..mcm2 la Zaraa ni..budak2 memang cenggini kan..tak blh jugak kalau tak marah lgsung, nti dia ingat apa dia buat tu betul..kene explain la kat dia,mcm bg nasihat kat budak besar.padahal budak tu kecik lagi..bila kita tanya paham tak?dia kata paham..entah apa la yg dia paham kan??Tapi kdg2 nampaklah sikap sebagai seorang kakak tu..kalau adik main kat dapur mama tgh bsh pgn ke msk ke, mama suruh dia tarik adik bwk g depan, dia terus dtg letak blk pinggan2 periuk yg adik sepahkan, letak blk kat tmpt asalnya,lps tu tarik adik bawak g tgk tv.2,3 kali jugakla dia buat mcm tu sampaikan dia dah bosan..sebab?biasala adik, tarik bwk depan,2 minit japgi dtg dapur sepah balik..heheheheh




Tengah makan coco crunch dgn honeystar..bekas air tu pun berebut bergaduh2..selalu adik kalah la..menangis tak ingat la..mama bg bekas lain pulak.nsb baik la dia tak mintak yg sama..sebab beli satu je..lps ni kene beringat la, beli kena dua2 sama.berebut tu yg tak tahan tu.pening mama..huhuhu

Wednesday, January 18, 2012

Jalan-jalan dekat Jaco

Assalammualaikum Zaraa n Irfan....


Mama nak share cerita jalan-jalan dekat 'Jaco'...apa Jaco tu yer?hehehe Jaco tu Jusco, kak long yang pelat sebut Jaco...asyik-asyik ajak pergi Jaco jek...tau sangat la mama kak long nak main mainan kat tempat foodcourt tu kan.sambil mama makan,mama lepas kak long main dalam tu.Main sampai tak nak balik..kalau tak main bawah tu, main kat atas pulak.Yang ni kena bayar token la..kalau kat bawah free..hehehe

Ni kita pergi Jusco Cheras Selatan.papa ajak pergi sana pulak.Kita dinner dekat Orchid Bistro, lepas tu bawak kak long dgn adik main dekat atas pulak.jom tengok gambar ;)



kecik-kecik dah pandai main game.haishhh

anak-anak mama yang comel kiut miut


adik berlari-lari satu tempat mainan ni seronok dpt lepas,maklumlah baru dapat kaki,tak reti duduk diam

wah wah bukan main lagi anak mama ni.naik motor dlm game je boleh yer.in reality naik dgn papa saja boleh.dah kerja nanti baru la mama bagi bawak motor sendiri.mama very strict tau...

fuiyooooo adik...vrommmmmmmmmm

ni papa pun sama lebih sibuk main game tembak-tembak

~
~
~
~
~
lots of love
ur luvly mama


Monday, January 16, 2012

Kak LOng dah besar

Assalammualaikum Zaraa and adik...


Mama belek2 album dekat facebook mama, tengok balik gambar lama2 masa kak long baby lagi..comelnya kak long..dgn tembam dia lagi..bila mama tgk perubahan dari dulu hingga kini, alahai cepatnya masa berlalu...masa terlalu mencemburui kita..rindunya mama saat2 waktu dulu..Kalau boleh mama mahu anak-anak mama jadi baby dan sentiasa mama boleh peluk cium..tapi tu mustahil kan..anak2 mama semakin membesar dan cerdik..banyak dah perubahan..Moga mama terus dapat peluk dan cium kamu berdua..kamu berdua tetap di hati mama selama-lamanya..sob sob sob *mood sedih




kak long masa baby,belum setahun.

sekarang kak long dah 2 tahun 8 bulan.Mei ni kak long genap 3 tahun :)

 ~
~
~
~
~
~
~
mama loves u forever


Sunday, January 15, 2012

Jalan-jalan kat KLCC

Assalammualaikum kak long dan adik...


Hari sabtu lepas mama and papa bawak adik dgn kak long jalan-jalan kat klcc..saja nak bawak sebab kak long bosan duduk rumah, ajak pergi taman.So papa ajak pergi jauh sikit.Pergi KLCC..jom tengok gambar jom :)




sepetang di KLCC

bab posing kak long no 1!

adik leka tengok air..ni papa dah penat kejar adik,so papa bg adik duduk peluk kuat2 tak bagi gerak.hehehe

masa belum masuk duit syiling kemain adik seronok dok dlm ni.lps benda ni bergoyang2 adik menjerit2 mintak dukung pulak.hehhehe

my heart n my soul..luv both of u so much!

adik kena paksa pandang kamera dgn kak long,terus mengamuk!hehehe

~
~
~
~
~
lots of love from,
Mama






Wednesday, January 11, 2012

Dah cucuk setahun

Assalammualaikum kak long and adik..


Semalam dah settel cucuk setahun..act mama dah lewat sebulan cucuk adik.Sebab adik demam lepas tu cirit birit pulak.Semalam mama bawak la g klinik nak cucuk.Papa masuk sekali sebab mama tau mesti mama dgn papa kena pegang adik kuat-kuat masa doktor cucuk nanti..Macam tau2 je doctor nak cucuk,muka adik cuak betul bila tgk jarum.hahahaha

Doktor cucuk dekat lengan tangan kanan.mama dengan papa pegang adik sekuat hati sebab tenaga adik ni luar biasa kuat sikit kalau time makan ubat.hehehe..masa cucuk jarum tu menjerit la adik satu klinik!sampai terkeluar sikit ubt tu sebab adik bergerak.Lepas doktor cabut jarum adik dah berhenti menangis.Lepas tu adik membebel marah.Doktor gelak je sebab kelakar adik marah sebab kena cucuk..hihihi..ok settled!setahun setengah pulak nanti kita cucuk ye!


organ ni dengan rasminya hanya tahan 2 minggu je akibat diketuk oleh ipan boy!huwwwaaaa!!!!

~
~
~
~
~
lots of love
mama





Thursday, January 5, 2012

Rotavirus lagi

Assalammualaikum Zaraa and adik irfan..


Kesian adik, dah 5 hari cirit birit.Mama ingat sebab adik minum vitagen sampai 3 botol satu hari tu.Mama bagi pun sebab adik dah nangis2 dekat peti ais suruh bukak nak amik vitagen..pandai betul budak ni la...

Normally sehari je cirit sakit perut kalau sebab minum vitagen.Ni sampai beberapa hari.Mama syak adik kena rotavirus lagi sebab dah pernah kena..memang kalau dah pernah kena boleh kena lagi yerr??Maybe mama kena dapatkan suntikan anti rotavirus kot.huhu...

So semalam lepas balik dari ofis mama dengan papa terus bawak adik pergi klinik.Doctor just bagi air garam dengan ubat untuk kurangkan cirit je, sekali dengan cream sebab peha adik, celah kelengkang tu dah merah, naik ruam yang banyak sebab adik kerap berak.Yang mama kesian time mama nak cuci je adik jerit tolak getah paip dengan tangan, tak bagi mama cuci sebab adik pedih..sedihnya mama tgk..kalaulah mama boleh take over sakit adik tu kan, mama sanggup!

Masa masuk bilik doktor, adik jalan sendiri terkedek-kedek.Doc Anita dah senyum-senyum tgk adik, dia cakap adik aktif.Lepas tu doctor nak check perut adik, doc cakap 'come let me check you, very naughty aaaaaa'...hahahahaha..sebab adik tak duduk diam lah tu.senyum-senyum nakal dekat doktor pulak.Time doctor baringkan menangis pulak.Lepas tu mama angkat ok balik..heheheh.

Papa cakap adik dah la selalu sakit je lepas tu payah makan ubat, berperang nak bg adik makan ubat.Nampak je syringe dah lari.Mama pegang tangan dgn kepala, papa suap ubat.Lepas tu adik muntah!susah betul nak bagi adik makan ubat.Jadi tolong jangan sakit selalu yer...Oh,mama lupa adik belum cucuk setahun lagi sebab adik demam hari tu, so mama tunggu adik betul2 sihat.kalau sempat hari ni kita pergi klinik cucuk muntut adik yer!!!


tersengih-sengih dapat naik kereta ni dekat Giant :p

~
~
~
~
~
Lots of Love
~Mama~

Tuesday, January 3, 2012

Electronic organ

Assalammualaikum kak long n adik..


mama baru belikan kak long electronic organ..best jugak organ ni sebab byk fungsi jugak, ada macam2 bunyi, kena pandai main je.Walaupun bentuk dia totally for kids (comel je) tapi mama rasa berbaloi jugak mama beli dengan harga RM147..Asalkan kak long suka..siap dengan microfon lagi..Yang kelakarnya adik yg over ketuk-ketuk tak ingat.ermmm sampai bila la boleh tahan agaknya yer?heheh.

Mama akan keluarkan time nak bagi main je.kalau tidak habis la adik ketuk-ketuk, kak long pulak hari tu nasib baik mama sempat nampak kak long nak panjat benda tu!Alahai...kak long memang tak reti jaga and sayang barang,tak macam mama.Dari kecik sampai besar, mama sayang sgt segala harta benda mama..maybe kak long masih kecik kot...dah besar nanti mana tau pandai jaga brg kan??Mesti ingat bukan sng kita nak dapatkan sesuatu tu apatah lagi kalau kita bersusah payah, berhabis duit untuk dapatkan sesuatu benda.jadi bila dah ada, kita kena hargai sebaiknya ya anak-anak mama ;)


ada gaya tak?? :p




Salam sayang from
Mama

Monday, January 2, 2012

Layan Upin Ipin..begini caranya ;)

Assalammualaikum Zaraa and Irfan...


Nah tengok gambar kak long dengan adik layan Upin Ipin..Adik ni memang suka tgk tv dekat-dekat.berapa kali mama marah dah, nanti rosak mata tu ha..Tapi seploh kali mama cakap pun adik buat dek je kan..Habis-habis adik buat muka comel dengan gigi 4 batang tak berapa nak lawa tu sebab hisap puting.hahahahaha...takpe la adik, gigi susu je pun.kalau nanti tak sama jugak mama bagi pakai braces je la..hihihihih :p


tekun betul layan kartun..adik tu, dah lenguh duduk kejap pulak eh??
~
~
~
~
~
Lots of Love,
mama





Selamat Tahun Baru 2012

Assalammualaikum kak long dan adik...

Pejam celik pejam celik, cepatnya masa berlalu..kita dah pun meninggalkan tahun 2011 yang penuh dengan suka duka,kesedihan dan kegembiraan..Alhamdulillah dan syukur Allah masih memberikan ruang buat mama dan papa untuk terus menjaga anak-anak mama..Doa mama supaya Allah panjangkan umur kami berdua supaya kami dapat menjaga kamu berdua hingga dewasa dan boleh berdikari sendiri..Aminn...

Mama berharap tahun baru ni akan memberikan sejuta makna kepada kita semua. moga tahun ini akan dipenuhi dengan kebahagiaan dan kegembiraan dan dijauhi segala kesedihan dan kesusahan..Umur mama pun akan menginjak ke 27 tahun, kak long pulak 3 tahun!!Dah besar anak mama yer..Nanti mama hantar kak long sekolah la..mama try survey dekat rumah onni ye,senang onni hantar amik kak long.InsyaAllah..

Dan mama juga berharap kak long dengan adik akan jadi anak yg soleh, dengar cakap mama ni, tak mau melawan ye kak long,tak mau degil-degil.Penat mama ni ha, lagi penat kalau kak long dgn adik main losyen dengan bedak sampai habis, tumpahkan air, bergaduh berebut mainan dan macam-macam lagi perangai anak mama ni..kadang-kadang mama germa jugak, mama pukul tangan kak long.Adik pun sama.macam2 peel dah.Kuat merajuk, marah sikit lari dekat pintu protes merajuk la konon tu.Lepas tu menggelupur nak minum vitagen sampai 3 botol lepas tu cirit birit.alahai anak mama...Moga-moga Allah berikan kesabaran untuk mama, kesabaran yang tidak berbelah bahagi dalam membesarkan kamu berdua..aminnn...


Lots of Love
mama