Tuesday, December 27, 2011

Jalan-jalan dengan mak tok,abah wan and uncles

Assalammualaikum Zaraa dan Irfan..


Minggu lepas abah wan datang KL.Happy betul kak long ye, ramai pakcik-pakcik dok melayan kerenah kak long..pergi jalan mana-mana pun tak nak naik Alza mama, nak naik Honda Stream dengan pak ngah.mengada-ada sungguh!hehe

Adik pulak hari abah wan semua nak balik, dah petang baru mood okay nak main2 gelak2 sebab 2 hari adik sembelit, perut sakit adik tak aktif, masuk kete tido je pun.lemah je mama tgk.Lepas berak keras yg amat menyeksakan (kesian adik) mak tok tolong tekan2 bagi najis tu keluar, 2 kali baru adik ceria balik.kalau tidak nak meriba je..manja betul.

Jom tengok sikit gambar :)


bergambar sebelum naik bot dekat The Mines.Dari kiri pak uda,pak ngah,pak lang,abah wan,mama,adik,mak tok.Depan dari kiri pak usu dan kak long


singgah makan claypot lepas naik bot


naik bot keliling tasik


adik sibuk nak cabut bola kat pokok krismas tu.


peace!2 kali dah kak long dengan adik naik bot kat sini.cuti new year ni mama nak ajak papa jalan2 kat melaka pulak.nti kita naik bot kat sana pulak ye.


adik with mama


bagi ikan makan

~
~
~
~
nanti mama update cerita dekat i-city pulak ye.


lots of love
mama

Wednesday, December 14, 2011

Pity him :(

Assalammualaikum kak long dan adik


Mama nak cerita pasal adik.kesiannya adik...adik demam.semalam masa mama amik adik dekat rumah onni, onni cakap adik demam, badan panas.ubat demam pulak takde kat umh onni.Takpe la.balik umh kita mama terus bagi adik makan ubat demam.

Sebelum tidur 2 kali mama bg ubat demam.adik merengek je.tak nak mama bangun langsung.nak duduk beriba je.manja betul.

Pagi tadi masa nak pergi keje badan adik panas jugak.papa pun tak sihat sangat, so papa pun cuti jaga adik sama.Mama pergi keje mcm biasa.lepas hbs meeting mama balik kejap nak bawak adik pi klinik.Kereta ada satu je kat rumah.mama bwk pergi opis.kalau tak boleh papa je bawak adik pergi klinik depan rumah tu.

Pergi klinik pakar an-nur tadi, nasib baik tak ramai orang.mama nak puji adik la,tak nangis jumpa doktor sebab sebelum ni adik takut menjerit-jerit bila doktor check.tadi doc tu ckp kat adil 'siapa ajar hisap puting ni?'hehehhe.mama tau doktor tu nak marah mama la sebab bagi adik hisap puting.ada la sebab mama bagi kan.org lain tak tau masalah kita tapi suka komen macam-macam.biasala tu manusia...:)

Doktor nak cabut puting adik,adik hisap kuat2 lepas tu doktor cakap 'pandainya tak bg doktor amik puting'..lepas tu adik senyum..cumel je ;)

Doktor cek mulut semua adik tak nangis.tapi adik tolak2 je tangan doktor tu.so doktor bagi ubat demam,selsema dengan batuk.

Balik rumah pulak lps mama suap adik makan mama nak siap2 masuk ofis balik.Tiba2 mama dgr adik menjerit menangis.mama kuar tgk adik jatuh tertunduk.mama angkat tgk mulut adik dah penuh darah.memang banyak darah menitik2 atas lantai, kena tgn papa,bj adik pun kena darah.bibir adik terkena gigi,pecah sikit kot.tapi mama rileks sikit kali ni sebab dulu kak long pernah jugak jadi mcm ni.masa tu papa duduk kelantan.nasib baik mak ngah syikin ada.mak ngah drive bwk kak long g klinik.

Mama tak sdp ht nk g keje klu bole nj jg adik tapi tak boleh..mama kena masuk opis jugak.nsb baik papa ada.papa ckp jgn risau papa boleh jaga adik.mcm mana la adik nak hisap puting dgn minum susu yer?bengkak bibir atas tu.hopefully adik ok ye bila mama blk petang nanti.

Ya Allah sembuhkanlah anakku..amennn


Salam sayang dari,
mama

Monday, December 12, 2011

Birthday adik

Assalammualaikum kak long dan adik


Jom tengok gambar birthday adik jom...


kak long dengan adik tengah isi gula-gula dalam goodies bag.pandai ker tu?kacau je yang lebih.hehe


kembang kempis tiup belon tapi belon tu tak jugak besar-besar


1st time adik main belon.bukan main excited


tak putus asa tiup belon


mama ke bilik adik ke bilik.mama ke dapur adik ke dapur.sejak boleh jalan mengekor je mana mama pergi adik ni.


angry birds tema kek adik yang pertama.kalau mama amik boboiboy lagi comel kan.


nak cucuk kek


besday boy


adik nangis lepas semua cakap 'haaaa' masa adik penyekkan kek tu dengan tangan.heheh


bday boy merajuk


last last kak long yg over macam besday dia.hehe


makan kek kejap eh mama


hadiah kek dari kawan baik mama.dia bg kat adik.sedap kek ni.thx to auntie fizah yer.kawan mama sejak sek rendah lagi sampai sekarang.harap2 persahabatan ini kekal ke akhir hayat insyaAllah


apam dot dot mama order dekat kawan ofis mama


belon ni papa yang ikat


menu


goodies bag

~
~
~
~
Selamat hari ulang tahun kelahiran yang pertama buat permata hati mama, Irfan Zarif bin Nor Armizi.Moga menjadi anak yg soleh dan beriman ye adik.Amenn..

Salam sayang
mama

Sunday, December 11, 2011

Birthday adik

Assalammualaikum kak long, adik..


Lamanya tak update blog ni.Mama banyak kerja la.Hujung tahun ni nak close account, mama kena kejar siapkan claim orang cepat-cepat.InsyaAllah mama boleh buat sebab selama ni pun mama memang buat bagi habis, tak nak tangguh-tangguh.lagipun mama kalau boleh tak nak buat overtime, nak balik cepat main dengan kak long, dengan adik :)

Hari sabtu tu alhamdulillah birthday adik berjalan dengan lancar walaupun besday boy merajuk dan menangis sebab kena ''haaaaaaa''..tau kenapa?sebab adik penyek kek dengan tangan.hahahahaha..merajuk tak ingat bagi makan kek pun tak nak.comel je anak mama ni.Last2 bday boy bertukar jadi bday gurl.kak long yang over pakai topi, potong kek.heheheh

Esok la mama update gambar ye.Hari ni mama banyak keja..Assalammualaikum :)


Salam sayang dari
Mama

Thursday, December 8, 2011

Selamat hari lahir yang pertama anakku Irfan Zarif

Assalammualaikum kak long dan adik

Hari ni 8hb disember genap setahun umur adik...alhamdulillah adik membesar dengan sihat.Ya Allah, kurniakan lah kesihatan yang baik kepada anakku, jadikannya anak yang soleh dan beriman dan yang akan berbakti kepada kedua ibu bapanya kelak.ameennn

Sabtu ni kita decorate rumah dengan belon ye...heheheh :)


Lots of love
Mama



Monday, December 5, 2011

Papa kursus, kak long dgn adik baik-baik ya!

Assalammualaikum kak long dan adik..

Hari ni kita tinggal bertiga je la..papa takde, dah pergi Port Dickson kursus selama 4 hari.Mama nak tidur rumah onni je tapi mama malas lah nak bawak baju, bawak barang-barang mama yang banyak tu lagi.hurrmm...but at the same time mama macam takut je duduk rumah sorang-sorang..huhuhuhu..

Kak long jangan cakap ada hantu tau..pls la ye...adik pun sama jangan la jadik kes mcm dulu tu, masuk toilet takut nak lari bila pandang syiling.Serammmmm mama.Adik pun janganlah bangun nak susu pulak ye...dah dekat setahun dah umur masih jugak bangun sekali nak susu.Kak long dulu 8 bulan dah tak bangun menyusu, bangun pagi je mama bagi.Senang sikit.Nanti mama takut la nak keluar bilik buat susu adik pukul 3 pagi.huwwaaaaa

Tengok la mcm mana, mama try ajak pak usu teman kalau dia nak.Kalau dia tak nak, mama terpaksa la balik amik barang-barang mama, basuh baju sikit lepas tu baru mama pergi balik rumah onni.Anak-anak mama, pls dengar cakap, jgn nangis2 ye....



Lots of love

Mama